
Pelakon dan pengarah, Sheila Rusli akui teruja apabila menantunya yang juga pelakon, Elisya Sandha memutuskan untuk menjalani tempoh berpantang di rumahnya selepas melahirkan cahaya mata kedua.
Menurut Sheila, sepanjang tempoh berpantang ini, dia berusaha untuk merancang menu sihat khusus buat menantu kesayangannya itu.
“Bila anak menantu Elisya Sandha cakap nak berpantang di rumah mama, gigih sis plan menu,” tulisnya di Instagram.
Menerusi hantaran yang sama, isteri kepada pengarah, Jinggo ini turut berkongsi video memaparkan proses dia memasak Nasi Goreng Halia Pegaga buat Elisya.
Malah, Sheila juga turut menyediakan sup lobak putih dan merah yang dikatakan baik untuk ibu yang sedang menyusu badan.
Memerusi video berdurasi satu minit turut memaparkan reaksi Elisya yang sedang makan dengan penuh berselera.
Warganet Memuji
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha Sheila yang sangat perihatin terhadap Elisya selain menyifatkan dirinya sebagai ‘ibu mentua dari syurga’.
“Rezeki dapat ibu mentua baik macam ni. Pandai masak, baik hati dan gigih. Sama dengan anak menantu tu. Lawa, pandai dan gigih.
“Menu berpantang tu beyond first class.
“Mak mentua dari syurga. Nampak keikhlasan menjaga dan sayang menantu macam anak sendiri. Mak mentua macam sis idaman semua perempuan.
“Ya Allah, besarnya pahala. Banyak ganjaran sis. Berbuat baik tak kira dengan siapa. Contoh ikutan buat para ibu bapa dan mentua di luar sana,” antara komen-komen netizen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Sheila Rusli
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Mungkin Ada Yang Ketawa, Bertepuk Tangan Atau Bersorak…,” – Peserta Pertama Terkeluar, Ifa Raziah Percaya Rezeki Allah Luas

Meskipun sudah menunjukkan perubahan menerusi persembahan sehingga meraih komen positif pihak juri, namun ia masih belum cukup untuk menyelamatkan Ifa Raziah daripada menjadi peserta pertama tersingkir di program realiti, Terpaling Juara.
Menurut Ifa, dia akur dengan keputusan tersebut kerana merasakan dirinya sudah memberikan yang terbaik sepanjang menyertai program terbabit.
“Saya akur tersingkir pada minggu ini. Tadi Datuk Hattan ada berjumpa dengan saya dan dia mengatakan, undian online saya rendah tetapi markah daripada pihak juri adalah tinggi.
“Mungkin para peminat saya semua hadir ke sini malam ini dan mereka tak sempat nak mengundi. Bagaimanapun, saya dah buat yang terbaik. Saya dah kata sejak awal, sama ada tersingkir atau mara ke pusingan akhir, saya tetap Ifa Raziah.
“Rezeki Allah itu luas dan bukan di sini sahaja. Dekat luar sana ada banyak lagi rezeki lain. Mungkin Allah nak tunjuk yang perjalanan saya hanya sampai di sini sahaja tapi dia nak bagi lebih lagi daripada apa yang saya dapat di sini,” katanya kepada MH.
Ifa yang membawakan lagu Purnama dendangan asal kapten pasukannya, Naim Daniel berkata sedemikian selepas tamat saingan Terpaling Juara, malam tadi.
Katanya lagi, dia akan meneruskan kerjaya seninya seperti biasa walaupun ada pihak yang bergembira dengan penyingkirannya itu.
“Semua ini bukan pengakhiran tetapi satu permulaan yang baru dan baik untuk saya. Mungkin ada yang ketawa, bertepuk tangan atau bersorak kerana saya tersingkir tatapi ia tidak mematahkan semangat saya.
“Saya tetap di sini, berdiri teguh dan masih relavan di dalam industri. Orang masih lagi memanggil saya untuk buat persembahan, berlakon dan mengacara. Yang ketawakan saya itu, hidup mereka masih sama sahaja.
“Saya okay sahaja bila ada orang yang tak suka atau membenci saya. Saya berterima kasih kerana mereka ini yang memberikan promosi percuma kepada saya.
“Terima kasih kerana kini saya makin dikenali, diperkatakan dan dipertikaikan. Reda itu penting. Kalau tak reda, hati kita tak akan tenang,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Ifa turut menyifatkan minggu ini sebagai minggu yang penuh hikmah di dalam hidupnya.
“Saya sifatkan minggu ini sabagai minggu yang penuh hikmah. Pertama, saya dapat mengenali guru vokal, Shaffiq Erwin secara lebih dekat. Saya juga minta dia sendiri untuk betulkan kelemahan nyanyian saya.
“Yang kedua, pendakwah, Ustazah Asma Harun datang sendiri berjumpa dengan saya setelah menyelar diri saya sebagai seorang yang istijraj. Seorang pendakwah datang memohon maaf kepada saya.
“Mungkin pada mata orang saya ini hina tapi mungkin tidak dipandangan Allah SWT,” akhirinya.
Terdahulu, pada konsert minggu keempat ini, penyanyi, Hazami seakan bangkit daripada tidur apabila persembahan mantapnya menerusi lagu Mewangi dipilih sebagai persembahan terbaik sekaligus membawa pulang wang tunai bernilai RM5,000.
Terpaling Juara dihoskan oleh gandingan pengacara Shiha Zikir dan Haziq Hussni manakal posisi juri tetap pula disandang oleh dua penyanyi lagenda tanah air iaitu Datuk Hattan dan Fauziah Latif.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram TV3
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Pun Tak Perasan Kasut Azil Terbalik, Sampailah…- Kisah Mencuit Azil, Ini Foto Happening Zarina Zainuddin & Famili Di London

Pelakon Zarina Zainuddin sememangnya dikenali sebagai ibu sabar dan penyayang membesarkan dua orang anak kembar istimewa penghidap autisme.
Terbaharu, Zarina kini sedang bercuti di kota London dan apa yang menariknya, percutian pelakon tersebut turut disertai oleh ahli keluarganya yang lain, termasuk Azal dan Azil.
Malah menerusi Instagram, Zarina kerap berkongsi sekitar momen percutian mereka.
View this post on InstagramA post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on
Menerusi satu entri pula, Zarina ada berkongsi mengenai pengalamannya bercuti bersama dua anak istimewanya itu.
Katanya, percutian ini merupakan hasrat dari anak bongsu dan pada masa sama, bukan mudah untuk bercuti bersama seluruh ahli keluarganya yang lain.
“Bukan senang nak dapat berkumpul satu keluarga. Sebenarnya permintaan ke London ini anak saya yang bongsu adam nak pergi dari cuti tahun lepas tapi tahun lepas saya bawa dia bercuti ke Penang. Untuk anak ke 3 saya naim azrai permintaannya nak ke umrah nak ajak dia ikut sekali ni pun susah.
“Untuk azal sia sebenarnya teringin ke bali ..azil saja takde permintaan tapi redup matanya mengatakan ibu jangan tinggalkan aku. Percutian kali ini saya bawa p a saya sekali ..dia pun taknak ikut sebenarnya..tapi dia kesian kat saya nak handle empat anak lelaki ni bukan senang tambah ada azil sekali semua slander.
“Azil pun last minutes suami cakap kita bawak azil sekali saya rasa lega..yes akhirnya azil ikut..Tantrum ..memang akan ada tadi saja azil mengamuk di apartment tempat kami tinggal azal pun dah tak tentu arah..hingga datang jiran dari bawah ketuk pintu..
“Selidik apa yang berlaku..nampaknya orang london begitu detail tentang ketentraman, keselamatan anak2,” tulisnya.
Selain itu, Zarina turut mendedahkan Azil juga tidak tidur sepanjang perjalanan ke London meski sudah diberikan ubat.
“Bercerita tentang dlm flight azil langsung tak tido dlm flight walaupun dah bagi ubat..sepanjang penerbangan tangan saya dia gengam kuat dia takut air pocket.. saya pun tak tido sebab takut azil nak ke tandas atau apa2. Tak cuba tak tahu.
“Nak seribu daya taknak seribu dalih. Soal anak takde alasan sebagai emak bapak dan keluarga hanya yang ada perasaan sayang akan ambil risiko kalau takde perasaan itu mereka akan rasa ia menganggu dan menyusahkan.
“Anak anak autism mereka tahu siapa yang suka dan sayang mereka ..dan dengan siapa mereka selesa. Kerana mereka ada deria rasa itu yang orang normal tak ada. Kalau anda nak bawak anak ke msna2 jumpa doktor pakar mereka dulu.
“Ambil ubat mereka kerana mereka kalau mengamuk tak kira masa jadi ubat ini membantu menenang kan perasaan mereka sementara,” kongsi Zarina.
Akhir tulisannya pula, bintang itu turut menyatakan hasrat untuk membawa anak-anak ke tanah suci bagi menunaikan umrah dengan izinNya.
“InsyaAllah saya akan bawak mereka ke Mekah. Menunaikan umrah tahun depan,”jelas Zarina.
Terdahulu, Zarina juga turut mencuit hati netizen apabila memuat naik insiden lucu yang berlaku di antaranya dengan Azil.
Kongsinya, dia tidak perasan kasut yang dipakai anaknya itu terbalik, sehinggalah selesai merakam foto anaknya itu.
“Ramai yang perasan kasut azil terbalik..tadi kami transit di Oman di sana nak masuk flight balik semua kena bukak kasut bila pasang kelam kabut azil nak cepat saya pun tak perasan kasut terbalik sampailah habis gambar ni diambil,” akhirinya
View this post on InstagramA post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on
Foto: Instagram Zarina Zainuddin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Jangan Terlalu Ikut Emosi,” – Ella Nasihat Anak Seni, Perlu ‘Ready’ Hadapi Cabaran Dunia Hiburan

Isi Kandungan
ToggleRatu rock tanah air, Ella, menasihatkan para penggiat seni agar tidak terlalu mengikut emosi sehingga menjejaskan perjalanan kerjaya mereka lebih-lebih lagi apabila berdepan dengan kritikan masyarakat.
Harus Persiapkan Diri
Menurut Ella, seseorang anak seni itu bukan sahaja perlu memiliki bakat, tetapi juga harus bersedia dari segi mental dan emosi bagi menghadapi cabaran industri hiburan.
“Sebelum nak melibatkan diri di dalam industri, kita sememangnya perlu bersiap sedia. Kita tidak boleh terlalu emosi sampai tidak mahu keluar daripada rumah. Kenapa pula nak buat begitu?
“Kita sendiri yang buat keputusan untuk muncul di khalayak. Jadi, kitalah yang perlu bersedia untuk berhadapan dengan segala kemungkinan,” katanya.
Penyanyi lagu Layar Impian itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis berbuka puasa Rockqueen bersama anak-anak yatim di Saujana Hotel, Kuala Lumpur, pada Isnin.
Pada acara sama,Ella turut memperkenalkan koleksi busana baharu di bawah jenama Rockqueen bersempena sambutan Syawal yang boleh didapati di stor fizikal di Aras G, SACC Mall, Shah Alam sepanjang Ramadan.
“Sampai Bila Nak Emosi?”
Ella turut menekankan, sikap terlalu mengikut perasaan hanya bakal menghalang seseorang anak seni itu mencapai tahap yang lebih tinggi dalam kerjayanya.
“Sampai bila kita nak emosi? Takkan kita nak duduk di takuk yang sama sahaja? Sudah tentu kita nak melangkah jauh. Jika nak melangkah jauh, inilah hal-hal yang perlu kita lalui.
“Kalau kita sentiasa emosi, kita tidak akan ke mana-mana. Jika kita sudah buat keputusan untuk tampil berani, emosi tidak sepatutnya ada pada tahap seperti ini,” katanya.
Tambahnya lagi, dalam era media sosial, penggiat seni perlu lebih cekal kerana masyarakat kini lebih bebas melontarkan pandangan, termasuk kritikan.
“Ada kalanya perkara seperti ini berlaku tanpa dirancang. Namun, ia berbalik juga kepada diri sendiri.
“Jika kita lakukan sesuatu yang berkemungkinan mengundang kecaman tapi kita tak mahu terima, ia agak susah.
“Kata orang, berani buat, berani tanggung. Namun, kita tetap perlu menjadi lebih kuat. Ini adalah realiti media sosial yang tiada sempadan,” katanya lagi.
Tak Cepat Melatah
Ketika ditanya bagaimana dirinya menghadapi kritikan sepanjang bergelar anak seni, Ella mendedahkan dia bukan individu yang cepat melatah.
“Kalau sesuatu perkara itu tidak betul, saya akan biarkan sahaja. Jika teguran itu adalah fakta, kita kena berbincang dan perbaiki. Saya sejenis yang tidak cepat melatah.
“Apapun yang berlaku, saya bertenang dan renungkan segala hikmahnya,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI