Pelakon dan penyanyi popular, Mandy Moore meluahkan rasa kecewa dan marah selepas kenderaan yang dinaiki bersama keluarganya terlibat dalam satu insiden langgar lari, baru-baru ini.
Dalam perkongsian yang dimuat naik menerusi Instagram Story, bintang drama bersiri This Is Us itu mendedahkan bahawa sebuah kenderaan lain telah melanggar bahagian belakang keretanya sebelum pemandunya bertindak melarikan diri tanpa mengambil sebarang tanggungjawab.
“Kepada wanita yang melanggar kereta kami dan terus melarikan diri sebaik sahaja kami berhenti. Saya harap karma akan cari awak. Nasib baik kami semua selamat tetapi manusia jenis apakah bertindak sedemikian?” tulisnya
Walaupun tidak memperincikan siapa yang berada bersama dalam kereta tersebut, Mandy mempunyai tiga orang anak kecil iaitu August “Gus” (4 tahun), Oscar “Ozzie” (2 tahun) dan Louise “Lou” yang baru berusia 10 bulan. Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa semua ahli keluarganya berada dalam keadaan selamat.
Ads
Ads
Insiden tersebut nyata mengundang kemarahan peminat yang menyifatkan tindakan pelaku sebagai tidak berperikemanusiaan, apatah lagi membabitkan keselamatan kanak-kanak.
Pihak berkuasa tempatan difahamkan sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian langgar lari itu, namun identiti pelaku masih belum dikenal pasti setakat ini.
Ads
Imbas kembali, Mandy Moore sebelum ini turut menjadi tumpuan media apabila lantang bersuara terhadap komen-komen negatif netizen susulan usaha mengutip dana bagi membantu keluarga mentuanya yang kehilangan kediaman dalam kebakaran awal tahun ini.
Dikecam kerana dikatakan berkelakuan kurang sopan di sebuah program televisyen baru-baru ini, usahawan sensasi Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM, menjelaskan tindakannya itu adalah atas permintaan pihak produksi.
Malah baginya, apa yang dilakukan hanyalah atas dasar komitmen kerja semata-mata dan tiada niat untuk mengguris hati mana-mana pihak.
“Itu adalah permintaan daripada pihak stesen televisyen. Bila orang menjual, kita membeli. Tak perlu risau tentang apa yang saya lakukan. Itu semua hanyalah urusan kerja atau konten semata.
“Saya tiada niat nak mengguris hati atau menarik perhatian mana-mana pihak. Itu adalah trademark saya.
“Bila pihak TV minta saya berkelakuan sebegitu, apa salahnya? Bukannya saya bogel pun,” katanya kepada MH.
Anak kepada pelakon senior Normah Damanhuri itu juga tidak kisah jika ada yang beranggapan dia seolah-olah dipergunakan stesen TV demi menaikkan rating.
“Seperti semua tahu, saya tidak menumpang populariti orang lain tapi orang lain yang menumpang populariti Kak KM.
“Kalau ada yang kata pihak televisyen mempergunakan saya, tak mengapa. Pada saya, itu adalah situasi ‘menang-menang’.
“Saya ini bukanlah seorang artis. Masih ramai yang tak kenal saya. Jadi, bila saya diberikan platform di televisyen, saya sangat bersyukur. Orang lain tak dapat peluang seperti ini.
“Kalau nak masuk tv pun, mereka kena bayar. Saya pula tak perlu bayar. Mereka yang jemput saya,” ujarnya lagi.
Malah baginya juga, kata-kata negatif tidak akan sesekali mematahkan semangatnya untuk terus berjuang dalam dunia perniagaan.
“Saya tak peduli apa orang nak kata. Rezeki saya tak pernah putus. Yang tak suka saya mungkin dua atau tiga orang sahaja. Ada berjuta lagi yang suka saya.
“Tengoklah jumlah tontonan video saya di media sosial, hampir semuanya mencecah jutaan penonton. Selagi ada permintaan, itu bermakna kita masih diterima,” kongsinya.
Dalam masa sama, dia menasihatkan orang ramai agar tidak cepat menilai seseorang hanya berdasarkan penampilan luaran.
“Setiap hari, saya sentiasa berdoa meminta Allah jauhkan daripada hal-hal yang tidak baik. Kita sendiri pun kena jadi orang baik.
“Mungkin anda nampak luaran saya seperti ini tapi anda tak tahu apa yang saya buat sehingga saya berjaya sampai ke tahap ini.
“Kalau tak tahu, diam sahaja. Jaga sahaja keluarga sendiri. Sibuk tengok hal orang lain, keluarga sendiri yang terabai,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas mencetus fenomena menerusi single Monalisa (Bang Bang) dan P. Ramlee & Saloma, kumpulan boy band, Alpha kini tampil dengan karya terbaharu berjudul Sahabat.
Menurut salah seorang anggotanya, Ariel Fesol, lagu ini dicipta khas sempena kempen Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia anjuran Astro bertemakan Inilah Kita, Sehati Bersama.
“Kami sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada kempen ‘Inilah Kita, Sehati Bersama’. Lagu ketiga kami juga baru sahaja dilancarkan.
“Ia satu penghormatan buat kami untuk membawakan sebuah lagu patriotik bersempena sambutan Hari Kemerdekaan negara yang ke-68.
“Walaupun lirik lagu ini tidak terlalu ‘straight foward’ berkaitan patriotik namun, lagu ini banyak menerapkan nilai persahabatan, perpaduan dan berbilang kaum,” katanya kepada MH.
Ariel turut menambah, Sahabat menggambarkan identiti mereka sebagai sebuah kumpulan yang lahir daripada pelbagai latar belakang selepas tamat program Big Stage Alpha.
“Misalnya dalam Alpha sendiri, kami datang daripada pelbagai kaum dan negara. Namun, kami semua mempunyai impian yang sama.
“Lagu ini secara tidak langsung menggambarkan walaupun kami datang dari pelbagai latar belakang, semangat perpaduan ini mampu membawa kami untuk mengejar impian yang kami mahukan,” jelasnya lagi.
Perkara itu dikongsikan Alpha ketika ditemui di acara Hello Inilah Kita: Sehati Bersama yang berlangsung meriah di Pavilion, Kuala Lumpur selama dua hari, dengan kehadiran lebih 10,000 penonton.
Selain Alpha, pentas acara turut dihangatkan dengan persembahan artis tanah air seperti Noryn Aziz, Wani Kayrie, Niki Palikat serta bintang Raise The Star Malaysia iaitu Didie, Zuana dan Rayme.
Para pengunjung juga berpeluang beramah mesra bersama barisan pelakon drama terbitan Astro seperti Thariq Ridzuwan: His Treasure, Mandul Bukan Pilihan dan Generasi: Perfect 10.
Malah, pelakon filem Legasi: Bomba The Movie dan Abah Saya, Uncle Mike turut membuat penampilan istimewa di pentas utama.
Pavilion bertukar menjadi pentas seni yang menyatukan fesyen, hiburan dan semangat kemerdekaan!
Sepanjang bulan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, Astro terus menghadirkan pelbagai program menarik menerusi platform televisyen, radio dan digital.
Raikan semangat Inilah Kita, Sehati Bersama bersama Astro sepanjang bulan kemerdekaan ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kompleks Penternakan Moden Bebiri World, Kg PT Hj Zain, Batu 15½, Air Hitam, Muar, Johor menjadi tumpuan ribuan pengunjung pada 10 Ogos lalu apabila Karnival Bebiri Fest 2025 berlangsung dengan penuh warna-warni dan pengisian bermanfaat.
Acara anjuran Bebiri Hostel Empire (M) Sdn Bhd yang diasaskan oleh Abdullah Muhammad Tajuddin ini bermula seawal 8.30 pagi dan dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor, YB Mohamad Fazli Bin Mohamad Salleh.
Penganjuran edisi kali ini bukan sekadar mempromosikan program penternakan yang dijalankan, malah memperkukuh kedudukan DUN Bukit Naning sebagai salah satu destinasi agro-pelancongan utama di Johor.
Lokasi karnival yang bersebelahan kawasan ternakan memberi peluang kepada orang ramai melihat sendiri persekitaran penternakan moden serta memahami proses pengurusan ternakan secara lebih dekat.
Tarikan dan Aktiviti Sepanjang Hari
Sejak pagi, tapak karnival dipenuhi pelbagai aktiviti menarik yang sesuai untuk semua peringkat umur. Antara tarikan utama termasuk pameran bebiri dengan sesi pemilihan induk, pertandingan memancing tradisional, pertandingan makan durian, pemeriksaan kesihatan percuma dan cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah lumayan.
Hadiah utama yang menjadi tumpuan ialah sebuah skuter Benelli Panarea 125, selain pelbagai barangan lain yang disediakan oleh penganjur.
Pengunjung turut berpeluang menikmati suasana karnival yang mesra keluarga dengan deretan booth jualan makanan, permainan dan hadiah misteri. Kehadiran pengunjung dari pelbagai daerah termasuk keluarga, usahawan, golongan muda, penduduk bandar dan pesara menjadikan karnival ini sebagai medan pertemuan komuniti yang hidup dan aktif.
Karnival Bebiri Fest 2025 turut menampilkan promosi khas bagi menarik minat orang ramai menyertai program ternakan. Pengunjung yang membeli lima pakej ternakan Bebiri layak menerima potongan harga RM500 serta penyertaan automatik ke dalam cabutan bertuah.
Lebih banyak pakej diambil, lebih tinggi peluang untuk memenangi hadiah. Promosi ini bukan sahaja terbuka kepada pengunjung pada hari karnival, malah turut melibatkan mereka yang membuat pembelian pada bulan Julai lalu.
Platform Penternakan Moden untuk Semua
Bebiri World yang ditubuhkan pada Disember 2021 merupakan sebuah syarikat Bumiputera yang menawarkan peluang penternakan moden melalui konsep “pawah moden”. Konsep ini membolehkan sesiapa sahaja memiliki baka pedaging premium seperti Santa Ines dan Blackhead Dorper tanpa perlu menguruskan proses penjagaan harian.
Menariknya, segala urusan pemantauan ternakan diuruskan oleh pasukan profesional lengkap dengan warden ternakan dan Bahagian Hal Ehwal Ternakan (HET) yang menyediakan laporan berkala kepada penternak.
Selain itu, Bebiri World turut memperkenalkan program Smart Breeder bagi penternak yang memiliki anak bebiri betina untuk tujuan pembiakan dan penjanaan pendapatan. Penternak yang memiliki anak jantan pula berpeluang menjualnya semula kepada Bebiri World atau membuat penjualan sendiri dengan keuntungan penuh milik mereka.
Berita bagus untuk pembaca, syarikat ini menawarkan tiga pakej utama ternakan serendah RM6,900 yang boleh dipilih seperti Al-Kabsy Plus++, Al-Kabsy dan Al-Kharuf. Ketiga-tiga pakej ini boleh dipilih mengikut kesesuaian masing-masing.
Pendekatan Digital dan Masa Depan Industri
Dalam usaha membawa penternakan tradisional ke era moden, Bebiri World sedang membangunkan sistem digital khusus yang akan memuatkan semua data penternak dan ternakan ke dalam laman web rasmi.
Melalui sistem ini, setiap penternak akan diberikan akses log masuk peribadi bagi memantau status kesihatan, rawatan serta kos pengurusan ternakan mereka secara dalam talian. Pendekatan ini dijangka meningkatkan tahap ketelusan serta memperkukuh hubungan antara penternak dan syarikat pengendali.
Dengan penganjuran Karnival Bebiri Fest 2025, Bebiri World bukan sahaja berjaya mempromosikan konsep penternakan moden, malah secara tidak langsung menggerakkan ekonomi agro komuniti setempat.
Kehadiran pengunjung dari luar daerah turut memberi impak positif kepada sektor perniagaan kecil sekitar Bukit Naning seperti pengusaha makanan, penginapan dan perkhidmatan sokongan lain.
Karnival ini membuktikan bahawa gabungan hiburan, pendidikan dan peluang ekonomi mampu menarik perhatian masyarakat untuk mendekati dunia penternakan, sekali gus memacu pertumbuhan industri agro di Johor ke tahap yang lebih mampan.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Girl group popular, DOLLA bakal mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa menerusi penyertaan mereka di The A Festival Paris yang akan berlangsung pada 24...