Pelakon dan usahawan, Nadya Syahera lima hari lalu ada memuat naik sekeping foto bersama anak keduanya, Mohamad Dayyan yang bakal menginjak usia setahun bulan hadapan.
Bagaimanapun, perkongsiannya menerusi Instagram itu membuatkan ramai terhibur apabila dia menulis status dengan dialek Kelantan selain turut memberi hint, tidak mahu ‘beri adik lagi’, memadai dengan dua cahaya mata.
“Anok jate kito bule depe cukup setaun, mama toksey bui adik doh, biar dayyan jah jadi adik,” tulisnya sambil disambut dengan komen humor dari netizen.
Aduhai…banyak benar kisah sensasi melibatkan figura dikenali dalam dunia hiburan tanah air kebelakangan ini.
Mengambil berat akan situasi yang berlaku, PU Amin menerusi laman Instagram ada berkongsi perihal kata-kata nasihat, khasnya buat kaum wanita di luar sana.
Ulasnya, Al Quran menyuruh memakai tudung untuk menutup dada, namun bila kita pakai mengikut suka, mudah untuk syaitan terus menggoda.
Penyanyi, Siti Nordiana mengakui hingga kini, tiada mana-mana penyanyi lelaki yang boleh menggantikan rakan duetnya, Allahyarham Achik Spin.
Penyanyi Hatiku Milikmu itu menyatakan pendapat tersebut menerusi program GIG Siti Nordiana siaran TV1.
“Zaman kegemilangan duet dengan arwah Achik tiada gantinya sampai sekarang memandangkan kami ada peminat dan pengikut tersendiri.
“Meski saya cuba duet dengan mana-mana artis lelaki lain, ia masih tidak boleh sama. Misalnya dengan Khai Bahar, Lan Solo atau Alif Satar. Mereka masing-masing punyai genre sendiri.
“Jadi tiada peminat yang membandingkan. Arwah sudah sedia ada dalam hati peminat saya dan dia,” katanya seperti yang dipetik.
Ditanya di antara ketiga-tiga bintang tersebut mana satu yang dirasakan paling sesuai berduet dengannya, Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana memberitahu, Khai Bahar merupakan penyanyi lelaki paling sesuai.
“Rasanya yang betul-betul sesuai, ialah Khai. Dia boleh dan mampu nyanyikan semua lagu duet saya dan arwah. Malah tone dan lagu-lagunya yang mendayu-dayu tu sesuai dengan muzik saya juga,” kongsi Nana.
Terdahulu, pasangan duet Nana dan Allahyarham Achik dari kumpulan Spin yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya lebih sembilan tahun lalu.
Antara lagu duet yang sinonim dengan keduanya seperti Paling Comel, Gurauan Berkasih dan banyak lagi.
Dalam perkembangan lain, Nana kini sedang giat berlatih vokal bagi bersaing di Anugerah Juara Lagu ke-33 minggu hadapan bersama Jaclyn Victor menerusi lagu Nisan Cinta.
Pelakon dan bekas finalis Dewi Remaja edisi 2014/15 Mawar Rashid awal semalam ada memuat naik sepotong video di mana dia dan suaminya, Raf Yaakob baru sebulan menyulam cinta.
Menurut Mawar, video berkenaan diambilnya sekitar dua tahun lalu.
“This video was taken last 2 years. Time ni kita kenal dah sbulan, tengah dilamun cinta sampai dunia rasa macam terbalik, time ni terkejut jugak, sebab baru tahu Abang sporting sangat2, and happy go lucky macam Anje! Kita menari kat tengah2 publika kot!
“Anje pilih Abang pun, sebab Abang buat Anje terlebih happy, and time tu, Anje tahu kalau Abang jadi Husband Anje, mesti Anje akan happy sampai bila2 :’) Alhamdulillah sampai sekarang ni Abang sentiasa buat Anje happy!,” tulisnya.
Pada masa sama, bintang ini turut mengharapkan agar kegembiraan di antara mereka akan terus kekal, sampai bila-bila.
“Hopefully kita macam ni sampai kita tua kay. Happy je tak kira masa tak kira dimana kita berada. Heheheh @rafyaakob,” kongsi Mawar.
Dalam perkembangan lain, Mawar kini sedang menantikan detik bergelar ibu. Mawar dijangka melahirkan cahaya mata sulung sekitar Mac depan.
Penyanyi Kaka Azraff menjelaskan segala hantaran yang dikongsikan di media sosial sejak kebelakangan ini langsung tidak mempunyai kaitan dengan kisah peribadinya.