Dua hari lalu, pelakon Abby Abadi telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pramatang yang digelar sebagai Baby D seberat 540 gram.
Dilahirkan pada usia kandungan mencecah 24 minggu, zuriat hasil perkahwinan Abby bersama suami yang dikenali sebagai Faizal Zakaria pastinya memerlukan penjagaan rapi, termasuk keperluan susu ibu secukupnya.
Lalu, Memey Suhaiza cuba meringankan beban Abby dengan mengambil tanggungjawab bersama-sama membekalkan susu badannya buat Baby D.
Ads
Perkongsian tersebut dikongsikan isteri kepada pelakon, Norman Hakim itu menerusi satu video pendek di Instagram, baru-baru ini.
“You are the reason #BabyD. We love u so much. Tahniah mama @abby_abadi112 & abah @jaiezzany.
“Sama2 kita terus doakan #BabyD terus kuat & sihat ye.
“Tadi dtg ziarah mama, sambil2 pam susu utk stock Baby D.. mama pun sama buat stock susu.
“Mama mummy bergabung supaya baby cukup keperluan utk terus membesar dgn sihat.. mudah2an…mohon terus sama2 kita istiqomah utk mendoakan mama @abby_abadi112 & #BabyD,” tulisnya.
Lalu, video yang turut merakamkan aksi Memey yang membantu Abby nyata menyentuh hati ramai, malah rata-ratanya turut memuji keakraban serta hubungan silaturrahim yang terjalin di antara keduanya.
Terdahulu Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan, 41, dimasukkan ke hospital sejak minggu lalu selepas menghadapi masalah tekanan darah tinggi.
Ads
Bintang Gerak Khas itu mendirikan rumah tangga dengan Faizal pada 14 Ogos 2015 turut mempunyai dua anak angkat, Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.
Foto: Instagram Memey Suhaiza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi popular, Datuk Seri Siti Nurhaliza akui teruja malah tidak menyangka apabila bakal sepentas dengan maestro muzik terkenal India, AR Rahman sebagai penyanyi jemputan pada Konsert AR Rahman – Secret of Success – Live in Malaysia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.
Menurut Siti, pertemuan bersama AR Rahman di kediamannya beberapa tahun lalu mengeratkan hubungan persahabatan antara mereka yang seterusnya membuka peluang mencipta momen indah dalam kerjaya seni masing-masing.
“Sebenarnya beberapa tahun lalu saya pernah menjemput AR Rahman untuk datang ke rumah selepas dimaklumkan beliau berada di Malaysia.
“Saya ada menghubungi pihak penganjur dan tak sangka dia menyambut baik pelawaan tersebut.
“Bermula dari situ, kami saling berbalas emel untuk berkongsi segala perkembangan dan terbaru saya dapat tahu dia akan buat konsert di sini. Beliau juga ada maklumkan dan bertanya mengenai jadual seni saya.
“Bagaimanapun saya beritahu yang saya bercuti panjang di luar negara, kemudian beliau mempelawa saya untuk berkolaborasi dengannya pada tarikh yang diberikan. Saya pun apa lagi, ibarat pucuk dicita ulam mendatang, terus bersetuju,” katanya.
Pada konsert terbabit, Siti bakal menghiburkan peminat dengan sebuah lagu Tamil hasilan AR Rahman.
“Saya agak gementar untuk menjayakan persembahan ini kerana pertamanya saya bekerjasama dengan idola saya selain perlu memastikan sebutan lagu ini disampaikan dengan betul.
“Mujur ada kawan baik Datuk K (Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa) yang berbangsa India sudi mengajar dan membantu saya. Hari pertama dengannya, saya hanya belajar sebutan, kemudian saya ambil masa dua hingga tiga hari untuk menghafal lirik.
“Lagu yang bakal disampaikan nanti adalah sebuah lagu lama yang cukup terkenal ciptaan AR Rahman. Jadi setiap hari saya berlatih dan pastikan sebutannya jelas dan betul,” katanya yang berharap agar perjalanan persembahan nanti dipermudahkan.
Terdahulu, selepas enam tahun, AR Rahman, 56, kembali ke Malaysia untuk mengubat rindu peminat pada Konsert AR Rahman – Secret of Success – Live in Malaysia 2023 yang bakal dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Selain Siti, konsert yang dipersembahkan DMY Creation Sdn Bhd itu turut menampilkan barisan artis India yang terkenal di persada antarabangsa.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kecoh pertengahan bulan lalu apabila pelakon Ammar Alfian bertindak curang terhadap isterinya, Nelissa Nezam yang kini sarat hamil tujuh bulan.
Bagaimanapun, Ammar ada memuat naik status di Insta Storiesnya sebentar tadi apabila dia berasa teruja menyambut kelahiran anak sulungnya itu tidak lama lagi.
“No matter how big and bad you think you may be, when your two year old hands you a toy phone you answer it and start talking,” kongsi pelakon filenm Paskal itu.
Bagaimanapun, Nelissa seakan membalas kenyataan suaminya itu.
Malah, Nelissa yang juga seorang model itu memuat naik pula status bergambar iaitu sebuah petikan kata-kata (quotes) dari penyanyi antarabangsa, John Legend.
Terdahulu, hubungan rumah tangga Ammar dan Nelissa mulai goyang apabila Ammar bertindak curang terhadap isterinya.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 6 Mac 2016 dan Nelissa kini sedang hamil tujuh bulan untuk cahaya mata pertama.
Foto : IG Ammar Alfian, Nelissa
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Isaac Voo diumumkan sebagai peserta pertama yang tersingkir daripada program hiburan realiti hiburan, Big Stage 5 (BS5) yang berlangsung pada Ahad.
Penyanyi kelahiran Sabah berusia 28 tahun terkeluar dalam saingan menerusi Imuniti-X yang digunakan juri profesional, Ajai dan Aina Abdul bagi menyelamatkan Naufal Azrin yang sepatutnya menjadi peserta pertama tersingkir.
Isaac yang menyanyikan lagu Terhangat Di Pasaran (KRU) gagal menambat hati juri yang turut mengundang penyanyi terkenal Indonesia, Andmesh Kamaleng.
Dikongsikan kedudukan markah kesemua peserta yang bertanding;
Bertemakan Flex Your Beat, 13 peserta Big Stage 5 diadili oleh juri tetap Ajai dan Aina Abdul serta juri jemputan yang berbeza setiap minggu.
Sementara itu, penyanyi Nadeera Zaini memenangi anugerah Dominasi Persembahan Terbaik sekaligus membawa pulang wang tunai RM3,000.
Empat edisi Big Stage terdahulu telah menobatkan empat juara sepanjang penganjurannya yang terdiri daripada Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan Elica Paujin (2022).
BS5 berlangsung selama sepuluh minggu dan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 7 Mei, setiap Ahad, jam 9 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Primadona, Erra Fazira menafikan dirinya bakal membuat pengumuman istimewa bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-51 yang jatuh pada tanggal 7 Febuari ini.