Semalam, pihak kerajaan telah mengumumkan beberapa sektor perkhidmatan seperti pasar malam, pusat cuci kereta dan kedai gunting rambut akan dibenarkan untuk beroperasi semula bermula hari ini.

Pengumuman tersebut nyata melegakan hati ramai pihak terutamanya buat para pengusaha perkhidmatan berkenaan yang sebelum ini harus menghentikan segala operasi mereka akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang bermula sejak Januari lalu.

Perkhabaran tersebut turut disambut baik oleh pengacara dan penulis lagu, Ahmad Fedtri Yahya.

Bagaimanapun, Fedtri berharap agar semua pihak dapat bekerjasama dalam memastikan segala prosedur operasi standard (SOP) dapat terus dipatuhi.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AHMAD FEDTRI YAHYA (@fedtriyahya)

 “Kepada yang berniaga di pasar malam, selamat mencari rezeki. Peniaga dan pelanggan patuhi SOP, semoga pencarian rezeki halal dipermudahkan dan keselamatan semua dipelihara,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pengacara program Malaysia Hari Ini itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.

IKLAN

Sementara itu, Fedtri turut dilihat menitipkan kata-kata semangat terutamanya buat mereka yang terkedan dikala pendemik Covid-19 ini.

“Musim PKP, ramai yang sayu. Makin ke lapisan bawah, makin perit rintihannya. Moga kesabaran menjadi asbab rezeki lebih luas dan tenang,” akhirnya.

IKLAN

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan terima kasih selain turut berharap agar keadaan dapat pulih seperti biasa tidak lama lagi.

“Makin Ke Lapisan Bawah, Makin Perit Rintihannya,” – Pasar Malam Dah Boleh Mula Buka, Fedtri Yahya Harap Semua Patuhlah SOP “Makin Ke Lapisan Bawah, Makin Perit Rintihannya,” – Pasar Malam Dah Boleh Mula Buka, Fedtri Yahya Harap Semua Patuhlah SOP

Sumber: Instagram Fedtri Yahya

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI