Bekas personaliti televisyen yang kini merangkap sebagai Senator di Dewan Negara, Ras Adiba Radzi meluahkan rasa kecewa selepas mendapati banyak kemudahan awam yang dikhaskan untuk orang kelainan upaya (OKU) digunakan pihak yang tidak berhak.

Menurut laporan Malaysia Kini, Ras Adiba menyifatkan permasalahan tersebut berpunca daripada kurangnya penguatkuasaan daripada pihak berwajib.

“Ketika ini aksesibiliti kemudahan dalam dan luar bangunan serta ruang awam di setiap kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) masih tidak memuaskan. Banyak lagi kemudahan awam yang tidak mesra OKU.

“Bukan itu sahaja, kemudahan kami sering disalahgunakan oleh orang bukan OKU seperti meletak kenderaan di parkir kami, menjadikan tandas kami sebagai stor simpan dan sebagainya.

IKLAN

“Ia seolah-olah ramai di luar sana tidak sabar menjadi sebahagian daripada kami, tidak sabar nak jadi OKU.

“Jelas, tidak ada penguatkuasaan adalah punca utama berlakunya perkara seperti ini,” katanya seperti yang dipetik.

IKLAN

Dalam pada itu, Ras Adiba turut berharap agar syarikat swasta mempertimbangkan syarat kelayakan untuk memberi ruang buat warga OKU mendapat tempat didalam sektor pekerjaan.

Malah, dia juga tidak mahu apa yang telah dilaluinya sebelum ini terjadi juga kepada golongan OKU yang lain.

IKLAN

“Saya sendiri mengalami diskriminasi dan disisihkan selama enam tahun selepas menjadi OKU.

“Majikan lama saya tidak memberi saya peluang untuk saya kembali berkhidmat. Mungkin kerana saya tidak seperti dahulu – tidak boleh berdiri, tidak boleh bergerak dan mungkin tidak semanis dahulu.

“Sukar saya bukan kepalang. Saya hanya makan nasi bercampur garam dan meminum air paip selama enam tahun,” katanya lagi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI