Pasangan usahawan, Asyraf Khalid bersama isterinya yang juga pelakon, Tya Arifin menjadi tuan rumah bagi sebuah majlis ilmu yang diadakan di kediaman mereka, baru-baru ini.
Antara selebriti yang dilihat hadir ke majlis ilmu berkenaan ialah Neelofa yang hadir bersama suaminya, Haris Ismail, Abby Abadi, Linda Rafar, Datin Fouziah Ghouse, Izara Aishah dan ramai lagi.
Anggota kumpulan Dolla iaitu Sabronzo menjelaskan setakat ini dia tidak boleh ulas lanjut berhubung isu penampilan seksi mereka ketika membuat persembahan di acara Good Vibes Weekender, baru-baru ini.
Sabronzo atau Sab berkata, dia menghormati keputusan yang dibuat syarikat pengurusan mereka yang mahu mengeluarkan kenyataan secara rasmi dalam tempoh terdekat.
“On behalf of Universal Music, mereka tidak benarkan kami keluarkan kenyataan lagi sebab nanti mereka akan beri kenyataan.
“Saya pun kena hormat keputusan pihak pengurusan yang tidak benarkan untuk saya beri kenyataan. Lagipun, kami hanya artis dan pihak pengurusan yang buat segala keputusan.
“Sebagai artis, kami hanya ikut saja. Sebab tugas kami hanya untuk buat persembahan dan menyanyi… itu saja,” katanya.
Terdahulu, imej seksi ahli kumpulan Dolla yang terdiri daripada Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya di acara hiburan tersebut mengundang kritikan netizen.
Malah sedutan persembahan mereka turut dikongsikan di media sosial, sekaligus mencetuskan tular.
Susulan itu, macam-macam reaksi yang ditinggalkan netizen, termaksuk ads yang membandingkan pakaian Dolla dengan penyanyi dari Korea Selatan,merupakan ahli kumpulan 2NE1, Lee Chae-rin atau CL yang turut hadir di lokasi sama.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Azan Scan berpandangan pihak Gegar Vaganza (GV) seharusnya memberikan lebih banyak peluang kepada artis yang sudah sekian lama menyepi bagi menyertai program tersebut demi menaikkan nama mereka semula.
Menurut Azan, atau nama sebenarnya Noor Hazan Rashid, 50, penglibatan artis yang masih lagi aktif di dalam program popular tanah air itu disifatkan sebagai tidak adil.
“Bagi saya, GV merupakan satu platform untuk mengangkat kembali artis-artis yang sudah menyepi.
“Bukan maksudnya mereka tidak membuat lagi persembahan, tetapi mungkin kurang mendapat perhatian stesen televisyen mahupun radio. Maklum sahaja dah berumur,” katanya kepada MH.
Jelasnya lagi, pendapat tersebut merupakan pandangan peribadinya dan dia tidak kisah sekiranya ada pihak yang tidak bersetuju atau mengecam kerana kata-katanya itu.
Malah, dia juga percaya ada segelintir pihak di luar sana yang turut bersependapat dengannya.
“Baru-baru ini saya ada ke Singapura atas urusan kerja, peminat di sana juga turut bertanya program ini GV atau Anugerah Juara Lagu (AJL).
“Sebenarnya saya malas nak bercerita panjang tentang hal ini, apa-apa pun saya tetap tidak bersetuju dan kalau orang diluar sana nak cakap apa, cakaplah,” ujarnya.
Penyanyi yang popular menerusi lagu Kau Terpaksa Aku Dipaksa ini berkata sedemikian ketika ditemui di Fiesta Market Celebrity baru-baru ini.
Dalam pada itu, Azan akui teruja apabila diberi peluang menyertai festival yang turut memberikan pengiktirafan kepada penghibur nombor satu Asia, Allahyarham Datuk Sudirman Hj Arshad.
Kata Azan, dia sebenarnya sudah lama menjalankan perniagaan kerana dibesarkan dalam keluarga yang memang sudah berniaga sejak dia kecil lagi.
“Kami sudah lama berniaga dan mencuba pelbagai perniagaan terutamanya makanan.
“Saya banyak ikut jemputan ekspo untuk membuka booth. Sebelum ini saya pernah berniaga mi kari, roti john dan terbaharu saya mengeluarkan produk makanan kapit roll dan cookies,” jelasnya.
Sementara itu, Azan juga sedang merancang untuk menjenamakan produknya atas nama sendiri dan berharap bakal mendapat sambutan ramai.
“Produk-produk yang dijual ini insyaAllah akan dilabelkan dengan nama saya. Doakan agar perniagaan saya bertambah maju,” kata Azan.
Untuk rekod, Azan merupakan pemenang tempat kelima Gegar Vaganza musim ke-8 yang membawa pulang wang tunai RM15,000 berserta trofi.
Penyanyi ini turut bersaing dengan Alif Aziz, Nikki Palikat, Suki Low, Adibah Nor dan Aweera di pentas akhir GV8.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Azan Scan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengarah, Datuk Ahmad Idham menyuarakan luahannya susulan jenaka kumpulan lawak, UBI kerana didakwa mempersenda anak istimewa sewaktu pentas akhir Muzikal Lawak Superstar 3 baru-baru ini, secara tak langsung.
Menerusi kenyataan yang dikongsikan di media sosial, Ahmad Idham memaklumkan tindakan kumpulan berkenaan yang dikatakan meniru watak selebriti media sosial, Yoe Parey yang telah didiagnos mempunyai masalah pembelajaran sebagai agak keterlaluan.
“Baru-baru ini tular di media sosial sebuah rancangan komedi menampilkan satu kumpulan melakonkan watak seorang anak istimewa, Yoe Parey yang telah didiagnos masalah pembelajaran.
“Saya melihat budaya menjadikan watak anak istimewa sebagai bahan lawak sudah dinormalisasi dalam kalangan masyarakat kita.
“Saya mengambil kesempatan ini untuk menegur sebagai tanda kasih dan sayang saya kepada adik-adik di dalam industri hiburan,” tulisnya.
Katanya lagi, dia juga tidak mahu budaya mempersenda anak istimewa ini turut menjadi ikutan terutamanya buat golongan muda di luar sana.
“Jauh disudut hati ibu bapa yang mempunyai anak-anak istimewa terbuku sedikit rasa kecewa apabila kekurangan anak-anak istimewa dijadikan bahan lawak untuk mentertawakan orang.
“Saya mendapat keluhan ini secara terus daripada ibu bapa ketika mengadakan program dan jelajah dibawah Hab Pendidikan Khas saya.
“Harapan saya agar kita tidak terus membudayakan perkara-perkara sebegini kerana ianya akan mempengaruhi anak-anak muda untuk turut sama melakukan perkara yang sama,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Ahmad Idham yang juga merupakan Pengasas Hab Pendidikan Khas turut berharap semua pihak dapat menjadi lebih peka agar perkara seperti ini tidak berulang lagi pada masa akan datang.
“Semoga kita semua dapat terus memainkan peranan diposisi kita masing-masing untuk membentuk satu komuniti positif yang saling menyokong antara satu sama lain tanpa mendiskriminasi mana-mana pihak secara langsung atau pun tidak langsung,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Ahmad Idham merupakan seorang aktivis yang aktif memperjuangkan hak-hak anak istimewa.
Dia juga telah menubuhkan Sekolah Pendidikan Khas Eden Firdaus yang juga dinamakan bersempena anak sulungnya, Ahmad Firdaus Ahmad Idham, 21, yang juga anak istimewa.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Datuk Ahmad Idham
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.