Pelakon dan usahawan, Wak Doyok meluahkan rasa geram selepas mengetahui ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah menggunakan fotonya tanpa keizinan untuk mempromosi aktiviti perjudian atas talian.

Sehubungan itu, Wak Doyok telah pun meminta pertolongan daripada orang ramai untuk melaporkan mengenai perkara tersebut agar akaun berkenaan dapat disekat.

“Tolong report bila masa aku ada share jadi tokey judi genting. Main suka-suka letak muka aku. Letaklah muka Bapak ko sana,” tulisnya.

IKLAN

“Main Suka-Suka Letak Gambar Aku, Letak Muka Bapak Kau Sana,” – Jijik! Wak Doyok Bidas Individu Guna Fotonya Promosi Judi “Main Suka-Suka Letak Gambar Aku, Letak Muka Bapak Kau Sana,” – Jijik! Wak Doyok Bidas Individu Guna Fotonya Promosi Judi

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem, Abang Long Fadil itu menerusi sebauh hantaran yang dimuat naik di laman Twitter miliknya.

Dalam pada itu, Wak Doyok turut menjelaskan dirinya langsung tidak pernah terlibat dengan aktiviti-aktiviti seumpama itu.

IKLAN

“Main Suka-Suka Letak Gambar Aku, Letak Muka Bapak Kau Sana,” – Jijik! Wak Doyok Bidas Individu Guna Fotonya Promosi Judi

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat kenyataan yang diberikan oleh Wak itu selain turut memaklumkan mereka sudah pun melaporkan mengenai akaun berkenaan.

IKLAN

“Main Suka-Suka Letak Gambar Aku, Letak Muka Bapak Kau Sana,” – Jijik! Wak Doyok Bidas Individu Guna Fotonya Promosi Judi “Main Suka-Suka Letak Gambar Aku, Letak Muka Bapak Kau Sana,” – Jijik! Wak Doyok Bidas Individu Guna Fotonya Promosi Judi “Main Suka-Suka Letak Gambar Aku, Letak Muka Bapak Kau Sana,” – Jijik! Wak Doyok Bidas Individu Guna Fotonya Promosi Judi

Baru-baru ini, Wak Doyok telah pun menarik perhatian ramai selepas dia baru sahaja melancarkan produk pewangi terkininya yang diberi nama ‘DOSA’

Sumber: Twitter Wak Doyok

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI