Sejak beberapa hari ini, antara subjek tular yang diperkatakan ramai ialah mahligai baru pengasas kosmetik yang kini bergelar penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri yang baru-baru ini menjemput rakan media dan kenalan terdekatnya bagi meninjau kediaman barunya yang dikenali sebagai Palace Aliff Syukri yang terletak di Kota Damansara.

Selain membei ruang buat para jemputan untuk berkongsi kegembiraannya dalam mendiami kediaman baru yang diidamkannya sejak sekian lama, penyanyi lagu Abang Nak Tegur ini juga turut menyambut ulang tahun kelahiran ke-31 di rumah agam berkenaan.

Berkongsi mengenai perincian mahligai yang mempunyai lebih 30 buah bilik itu, Aliff mengakui ketika ini, rumahnya sudah 80 peratus siap. Selebihnya adalah bagi memperbaiki struktur aras bawah kediaman yang masih tidak lengkap sepenuhnya.

IKLAN

“Boleh saya katakan, hampir 80 peratus siap. Lagi 20 peratus adalah untuk menyiapkan ruang aras bawah. Ia jadi lambat sebab saya ni seorang yang cerewet, khasnya berkaitan dengan pemilihan perabot dan kelengkapan rumah. Misalnya meja makah utama ni pun saya pernah reject. Karpet pun saya minta tukar lain sebab tak selari dengan apa yang diinginkan.

 

“Sebab impian untuk bagunkan rumah agam di kawasan taman perumahan sudah menjadi kenyataan. Jadi sudah tentulah saya mahukan yang terbaik untuk kediaman saya. Malah saya pun sedar, sepanjang nak siapkan rumah ni pun, saya terima macam-macam kecaman dari netizen,” katanya kepada MH.

Ditanya mengenai apakah konsep secara keseluruhan, Aliff memberitahu konsepnya ialah Royal Modern Classic kerana setiap sudutnya mempunyai elemen moden dan vintage, selari dengan cita rasanya.

IKLAN

“Boleh saya katakan, 90 peratus daripada setiap inci sudut rumah ni saya ambil ilham setiap kali melancong atau pun melihat di mana-mana hotel yang dirasakan menarik. Saya tangkap gambar dan berbincang dengan pereka dalam yang diupah.

 

“Saya ambil gambar dan beritahu, nak macam ni. Setiap bilik ibaratnya macam menceritakan mengenai sesuatu tempat atau inspirasi tertentu. Ada juga sudut yang diilhamkan daripada kediaman Celine Dion. Shah Rukh Khan pun ada,” jelasnya Aliff yang enggan berkongsi mengenai kos keseluruhan pembinaan rumah agamnya itu.

 

“Saya tak nak kongsi, cuma cukuplah kalau saya katakan, tanah empat lot rumah ini dibina di atas tanah bernilai RM13 juta,” kongsi Aliff. Ha.. makan hati tak? Apa pun, kami rasa bangga juga bila ada peniaga kita yang mampu bina mahligai persis istana macam Aliff ni.

Ini antara sedutan menerusi LIVE FB Media Hiburan saat kami dijemput ke sesi house warmingnya. Enjoy!

IKLAN

PART 1 – Jom kita usha mahligai Datuk Seri Aliff Syukri di atas tanah bernilai RM13 juta kau!!! Menangis tak?

Posted by MEDIA HIBURAN on Tuesday, 3 April 2018

PART 2 – Jom usha rumah agam rumah Datuk Aliff Syukri yang mempunyai 30 buah bilik!

Posted by MEDIA HIBURAN on Tuesday, 3 April 2018

https://www.facebook.com/mediahiburan/videos/10155546641443435/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI