Pelakon Shakilla Khoriri meluahkan rasa terharunya kerana dia kini sudah bergelar seorang ibu selama dua bulan.

Dalam pada itu, Shakilla mengakui bahawa dia kini sukar untuk melelapkan mata kerana terlalu memikirkan masa depan anaknya, Ameena Sofia yang kini berusia dua bulan.

“Hari ni aku rasa sebak entah kenapa.
Semalam tak lena tidur.
Sebenarnya dah 3-4 hari.

“Aku rasa sebak bila terkenang anak2 yang dilahirkan tak sempurna. Aku dok stalk satu IG yang menceritakan anak istimewanya dari lahir sampai ke 5 tahun sekarang.

“Allahuakbar..
sebak dada tengok.
Bila fikir balik, kalaulah aku ditempat diorang belum tentu aku kuat.
Belum tentu aku boleh teruskan hidup tanpa sokongan dan kata2 positive dari orang ramai.

“Dalam video ni, kali pertama aku dapat pegang,angkat dan cium @ameenasofia_ .
15 March 2019.
Satu perasaan yang aku tak tahu macam mana nak gambarkan.

IKLAN

“Bahagia.
Tak percaya.
Sedih.
Terharu.
Perasaan bercampur baur.
Dada tak henti berdebar.
Even sampai hari ni.

“Hampir 2 bulan lebih aku masih tak percaya.
Budak ni anak aku.
Aku yang uruskan budak ni sampai hari ni.
Makin sedih.

“Macam2 yang terlintas dalam fikiran.
Macam mana kalau umur aku tak panjang?
Macam mana kalau terjadi apa2 pada aku atau Fizi?
Macam mana aku dengan Fizi nak membentuk dan mendidik amanah Allah ni.
Fikiran yang buat aku fikir setiap malam.
Takut tapi bahagia.

IKLAN

“Aku akan buat semampu dan seboleh aku untuk budak ni.
Semoga Allah permudahkan.

“Thank you Allah.
Alhamdulillah,” tulisnya. 

View this post on Instagram

#?• . Hari ni aku rasa sebak entah kenapa. Semalam tak lena tidur. Sebenarnya dah 3-4 hari. . Aku rasa sebak bila terkenang anak2 yang dilahirkan tak sempurna.Aku dok stalk satu IG yang menceritakan anak istimewanya dari lahir sampai ke 5 tahun sekarang. . Allahuakbar.. sebak dada tengok. Bila fikir balik, kalaulah aku ditempat diorang belum tentu aku kuat. Belum tentu aku boleh teruskan hidup tanpa sokongan dan kata2 positive dari orang ramai. . . Dalam video ni, kali pertama aku dapat pegang,angkat dan cium @ameenasofia_ . 15 March 2019. Satu perasaan yang aku tak tahu macam mana nak gambarkan. . Bahagia. Tak percaya. Sedih. Terharu. Perasaan bercampur baur. Dada tak henti berdebar. Even sampai hari ni. . Hampir 2 bulan lebih aku masih tak percaya. Budak ni anak aku. Aku yang uruskan budak ni sampai hari ni. Makin sedih. Macam2 yang terlintas dalam fikiran. Macam mana kalau umur aku tak panjang? Macam mana kalau terjadi apa2 pada aku atau Fizi? Macam mana aku dengan Fizi nak membentuk dan mendidik amanah Allah ni. Fikiran yang buat aku fikir setiap malam. Takut tapi bahagia. . . Aku akan buat semampu dan seboleh aku untuk budak ni. Semoga Allah permudahkan. . Thank you Allah. Alhamdulillah ❤️

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri) on

IKLAN

Video tersebut memaparkan reaksi Shakilla memeluk dan mencium Ameena selepas selamat dilahirkan pada 15 Mac lalu.

Lalu, netizen berasa sebak melihat video berkenaan.

“Macam Mana Kalau Umur Tak Panjang,”- Shakilla Khoriri Tak Lena Tidur Gara-Gara Fikir Ini… “Macam Mana Kalau Umur Tak Panjang,”- Shakilla Khoriri Tak Lena Tidur Gara-Gara Fikir Ini…

Untuk rekod, Shakilla dan suaminya, Fizi Ali mendirikan rumah tangga pada Februari tahun lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ameena Sofia,2 bulan.

Video : IG Shakilla Khoriri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI