Selepas beberapa keping foto YouTuber terkenal, S. Pavithra mencetuskan sensasi di internet yang kelihatan persis model profesional, kali ini sekeping foto terkini yang dimuat naik jurusolek popular, Razzi Musa menerusi Instagram miliknya pula menjadi perhatian ramai.

Lengkap mengenakan persalinan kain sari bersama padanan aksesori senada dalam rona keemasan, penampilan bintang YouTube berusia 28 tahun ini begitu memukau pandangan.

“Golden Queen #sugupavithra,” tulisnya pada ruangan kapsyen sambil dihujani dengan pelbagai reaksi dari warga maya.

Rata-ratanya memuji tatarias solekan yang dikenakan Razzi buat Pavithra, selain tidak kurang yang mengakui wajah Pavithra yang sedia ayu kelihatan kian menawan setelah bersolek cantik.

“Macam Kajol,” – Foto Pavithra Berkain Sari Lengkap Aksesori Warna Emas Pula Buat Ramai Terpesona, Wow Habis!

IKLAN

Terdahulu, Pavithra yang tampil dalam beberapa persalinan pereka terkenal tanah air terlibat dalam sebuah penggambaran yang dijalankan di Perak.

IKLAN

Terdahulu, dia dan suami, M.Sugu mulai menempa nama apabila sering memuat naik video masakan dalam Bahasa Melayu yang fasih menerusi saluran YouTube mereka.

Fasih berbahasa Melayu di dalam video yang dimuat naik, mereka yang menggunakan nama saluran Sugu Pavithra di YouTube itu turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Setakat ini, Sugu Pavithra sudah pun mempunyai lebih 715,000 subscribers di YouTube.

Foto: Instagram Razzi Musa

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI