HomeBerita“Maaf Mama Tak Dapat Cium Dahi Alif Lagi,” – Ulang tahun ke-21...
“Maaf Mama Tak Dapat Cium Dahi Alif Lagi,” – Ulang tahun ke-21 Arwah Alif Johan, Kecekalan Hati Nora Ariffin Ziarahi Pusara Anak & Suami Jentik Jiwa Ramai
Nora Ariffin ada memberi dedikasi serta titipan teristimewa buat anak keduanya, Allahyarham Alif Johan yang sudah pergi mengadap Illahi Disember lalu bersempena dengan ulang tahun kelahiran arwah, semalam.
Menerusi Instagram, coretan yang dibuat penyanyi Renungan Terakhir ini nyata menjentik jiwa sesiapa sahaja yang membacanya.
“Happy birthday yg ke 21 buat anakku Alif Johan. Hanya Doa yg mampu mama berikan. Maaf mama tak dpt cium dahi Alif lagi.
“Moga tenang disana bersama papa. In Shaa Allah kita akan bertemu lagi. Mama rindu Alif. Mama rindu Alif sebagai anak, teman borak, tengok wayang & & etc.
“Miss you my BFF. Nnt kita jumpa lagi ye. Al- fatihah,” tulis Nora.
Manakala, bintang asal Kelantan ini turut berkongsikan beberapa keping foto menerusi entri lain yang merakamkan dia turut menziarahi pusara suami, Allahyarham Johan Nawawi.
Turut kelihatan dalam foto yang dikongsi ialah anak-anaknya yang lain.
“Abang, hari ini ni 7/3 hari lahir anak ke2 kita, Alif Johan tak sempat sambut 21 tahun hari ni.
“Alif juga sudah pergi meninggalkan kami. Anak2 lain, Alhamdulillah semuanya baik2 belaka.
“Syukur pada Allah, dgn kekuatan yg diberi, sokongan anak2, Iman, Putri & fatehah, walau payah, perlahan – lahan i cuba melangkah selagi terdaya menyara hidup & memberi kebahagiaan utk anak2 kita.
“We miss you a lot. Really Miss you. In Shaa Allah kita semua dpt bertemu lagi dijannah. Al- fatihah Johan Nawawi,” titipnya.
Lalu, apa yang dikongsikan Nora mendapat reaksi para peminat. Selain memuji hati si ibu yang cukup kuat, rata-ratanya turut sedekahkan doa serta bacaan al-Fatihah buat dua insan tersayangnya itu.
Terdahulu, arwah Johan yang juga komposer terkenal itu meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun.
Sementara, Alif atau nama sebenarnya Muhammad Syakir Alif Johan turut aktif di arena nyanyian, malah mara sebagai 20 calon protege program Mentor Milenia 2019.
Foto: Instagram Nora Ariffin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Memuat naik satu bebenang di laman Twitter, kata Nabila Huda, dia meluahkan ketidakpuasan hati apabila ada individu yang meminta bantuan perubatan untuk kucing akibat tidak mampu.
Malah, dia menyelar pihak yang sanggup membeli kucing tanpa ada rasa tanggungjawab. Semata-mata untuk bergaya di Instagram.
“Ok Lagi satu nk bgtau. Sebenarnya lama jugak Saya perhati kan. Ada tweet mintak bantuan sebab kucing sakit tak mampu Nak bayar kos perubatan mintak bantuan Pada semua.Dan Tiba-tiba Saya ter fikir benda ni..
“Saya memang akan terharu bila nampak orang Yang adopt Dan jaga stray cats and wouldn’t mind to help Kalau mereka perlu kan bantuan sebab kucing tu tidak bertuan.Dia Di buang Dan pulak tu sakit. Memang Saya tak boleh la. Lemah part kucing sakit tu.
“Untuk mereka Yang memang ada niat memiliki kucing, beli kucing untuk di jaga.( walaupun sebenarnya kite tak boleh jual or beli kucing) Pada 1st masa dah plan Nak jaga kucing tu, apa Yang ada dalam kepala adalah tanggungjawap And Mesti ada bnyk soalan Pada diri sendiri.. “What if”,” tulisnya.
Katanya, sebelum mengambil keputusan untuk membela kucing, fikirkan dahulu kos yang akan ditanggung. Janganlah asyik memberi nasi gaul dengan ikan sahaja.
Ini bebenang luahan hati Nabila.
Foto – Twitter Nabila Huda
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selebriti popular, Janna Nick berkongsi berita di Instagram apabila dia kini berjaya memiliki kediaman kedua.
Memuat naik foto yang berlatarbelakangkan rumah teres dia tingkat yang baru dibeli, pelakon drama Cari Aku Di Syurga ini turut menulis coretan humor menerusi ruangan kapsyen.
“Alhamdulillah done tambah hutang. Jom la kerja lebih keras lagi,” tulis Janna sambil disusuli dengan hashtag #newhouse.
Berita pemergian penyanyi Sandra Dianne nyata mendapat perhatian meluas daripada rakan selebriti dan peminat industri hiburan tanah air.
Lalu, masing-masing memberikan penghormatan terakhir dan turut sedekahkan al-Fatihah atas pemergiaan.
Kami kongsikan, latar belakang mengenainya.
1.Sandra Dianne atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuri telah dilahirkan pada 16 September 1994 di Tuaran, Sabah.
2.Bintang berusia 26 tahun ini beragama Islam dan dibesarkan di Sabah sebelum memulakan kerjayanya sebagai penyanyi kira-kira lima tahun lalu.
3.Sandra merupakan anak kedua daripada empat adik-beradik dan mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Badin Tuaran, Sabah.
4.Selepas itu, Sandra memiliki kelulusan dalam bidang Architectural Drafting.
5.Ketika berusia 20 tahun, Sandra pernah menyertai program realiti nyanyian Mentor Lagend di TV3 dan merupakan anak didik kepada penyanyi Dayang Nurfaizah.
6.Pada tahun 2015, Sandra telah mengeluarkan lagu single pertamanya yang berjudul Hey Kau ciptaan Tam Spider dan penulis lirik oleh Iman Imran.
7.Penyanyi kelahiran Sabah ini merupakan salah seorang peserta yang bertanding dalam program Big Stage 2020 terbitan Astro.
8.Siapa menduga, Sandra terlibat dalam satu kemalangan jalanraya pada 5 September lalu ketika sedang menuju ke Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk menjalani sesi latihan penuh konsert minggu keempat program berkenaan.
9.Arwah Sandra telah menghembuskan nafas terakhir pada 11 September selepas koma selama 5 hari di Hospital Putrajaya.
10.Memetik Harian Metro, jenazahnya akan dikebumikan di Sabah.
Foto: Instagram Sandra Dianne
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Konsert pertama Kilauan Emas 2024 telah pun melabuhkan tirai semalam. Siapa sangka selepas tujuh tahun ‘hiatus’, rancangan realiti nyanyian khusus untuk golongan veteran ini...