Setiap manusia dalam dunia ini pasti akan merasakan mati cuma kita tidak tahu bila masanya akan tiba dan itu adalah rahsia ALLAH SWT.

Tersentuh hati MH apabila membaca luahan hati seorang pengacara popular, Aidid Marcello yang berkongsi tentang kematian.

Kadang-kadang dalam dunia ini kita sering terlupa dengan dunia yang kekal abadi di akhirat kelak.

Perkongsian Aidid ini sedikit sebanyak menyedarkan kita untuk sentiasa bersedia dengan bekalan di dunia untuk menempuh hari mati yang entah esok atau lusa buat kita.

IKLAN

“Innalillahiwainnailaihirajiun. (Muhasabah utk diri sendiri)

 

“Adakah kita sudah bersedia??? Semalam aku ambil kesempatan untuk melihat semua proses pengurusan jenazah (kecuali mandi), pada ketika itu, aku bayangkan itu aku. Apa yg aku ada ketika itu? Siapa yg aku ada ketika itu? Siapa dan berapa ramaikah yg kisah untuk membantu uruskan jenazah aku ketika itu. Aku terbayang anak2 lelaki aku sebagai hadiah Allah untuk aku besarkan dengan penuh tanggungjawab. Aku mahukan mereka yg memandikan aku, mengkafankan aku, menjadi imam ketika untuk solat terakhir kepadaku, membawa aku turun dengan penuh kasih sayang ke liang lahad sambil tak putus2 doa untuk ku.

 

“Tapi paling sedih…(realitinya) dari apa yg aku dapat lihat secara kebiasannya, tidak lama orang akan ingat kepada kita setelah kita ditanam. 3 hari? (Sebab tahlil), seminggu? Sebulan mungkin masih bersedih? Sebab selepas itu, masing2 sudahpun menyambung kembali urusan duniawi yang merupakan pentas permainan sementara untuk kita. Kita yang didalam? Tak payah tunggu 5 min, 3 hari, seminggu… hanya 7 langkah org terakhir yg meninggalkan kubur kita, akan mulalah sesi soal jawab kita bersama Munkar & Nakir ?

 

“Marilah kita sama2 persiapkan diri kita. Saya paling suka dengar bacaan Talkin. Apa kata jom kita baca dan faham sambil2 kita bersiap dengan soalan kubur yg PASTINYA akan ditanya.

“AL-FATIHAH, Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga arwah,” tulis Aidid.

Rata-rata pengikut Aidid juga turut tersentuh hati dan menjadikan perkongsian Aidid ini sebagai muhasabah diri masing-masing.

IKLAN

shahrul.izzan: Terima kasih @aididmarcello di atas peringatan. Benda yg selalu berlaku di sekeliling kita tetapi pengajarannya mudah kabur. Tiadalah kematian itu tidak benar melainkan yang benar-benar sahaja.

afieza_rahim: Allahuakbar. Terima kasih atas perkongsian ni. Terima kasih atas peringatan ni.. Saya pon takut bila fikir apakah pengakhiran saya nanti.. Bagaimana pengakhiran saya nanti… Allahuakbar???

IKLAN

iamcahayanm: Yes muhasabah utk diriku. Thanks

Mati itu pasti jadi selagi masih bernafas di muka bumi ini, marilah kita bersama-sama mengambil kesempatan yang ada untuk menambah bekalan menuju dunia yang kekal abadi nanti.

Sumber: Instagram Aidid Marcello

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI