Selain lagu Hati ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong yang mencuri perhatian ramai selepas dipilih sebagai Lagu Terbaik pada separuh akhir Muzik Muzik 35 (SFMM 35) pertama yang berlangsung malam tadi, persembahan Dayang Nurfaizah menerusi Sebentar turut diperkatakan.

Dalam persembahan santai seiring dengan rentak muziknya yang ‘fast’, penampilan bintang asal Sarawak ini buat kesekian kalinya di pentas separuh akhir program berkenaan tetap ditunggu-tunggu.

“Love You Queen D,” – Peminat Beri Reaksi Persembahan ‘Live’ & Puji Penampilan Dayang Nurfaizah Di Semi Final Muzik-Muzik Malam Tadi

“Thank you for supporting #sebentar @faithfulmusicmy,” tulisnya ringkas sambil memberi kredit kepada jurufoto, Aqo Imran.

Lalu menerusi ruangan komen pada posting tersebut, para peminat dan rakan selebriti memberi reaksi baik terhadap persembahan bertenaga dari penyanyi berkenaan.

IKLAN

Malah, tidak kurang yang turut memuji persalinan sut senada ilham Datuk Rizalman yang dikenakan Dayang malam tadi.

“Love You Queen D,” – Peminat Beri Reaksi Persembahan ‘Live’ & Puji Penampilan Dayang Nurfaizah Di Semi Final Muzik-Muzik Malam Tadi “Love You Queen D,” – Peminat Beri Reaksi Persembahan ‘Live’ & Puji Penampilan Dayang Nurfaizah Di Semi Final Muzik-Muzik Malam Tadi “Love You Queen D,” – Peminat Beri Reaksi Persembahan ‘Live’ & Puji Penampilan Dayang Nurfaizah Di Semi Final Muzik-Muzik Malam Tadi

IKLAN

Sebentar merupakan lagu hasil ciptaan Faizal Tahir, Mike Chan, Mage dan Romeo.

Terdahulu, selain Sebentar dan Hati yang dinyanyikan Hael Husaini, lagu lain yang turut bersaing termasuk Sembah (Naim Daniel dan Iqie Hugh), Curang (Syamel dan Aepul Roza), Takkan Merubah (Farouk Roman dan Amylea) dan Canggung (Hael Husaini dan Ezra Kong).

IKLAN

Sementara lima buah lagi lagu yang turut membuat persembahan ialah Gundah (Ernie Zakri dan Sharon Paul), I Want You To Love Me (Faizal Tahir, Ezra Kong, Romeo dan Mike Chan), Kelabu (Yonnyboii), Khayal (Hang Nadim, Bunga Cantik dan Ziin) dan Gila (Noki, Loca B dan Ezra Kong).

Pemenang Lagu Terbaik setiap episod membawa pulang baucer WOW Shop RM1,000 dan SFMM 35 menampilkan pasangan hos, Sherry Al Hadad dan Haziq.

Pertandingan yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam itu juga turut diadakan secara normal baharu iaitu tanpa kehadiran penonton.

Episod kedua dan ketiga masing-masing bakal berlangsung pada Sabtu dan Ahad, jam 9 malam, secara langsung di TV3.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI