Penyanyi dan pelakon popular, Lindsay Lohan telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki hasil perhubungan dengan suaminya, Bader Shammas.
Bintang yang berusia 37 tahun itu berkahwin dengan Bader pada 2022 dan telah mengumumkan kepada umum mengenai kehamilannya pada Mac tahun ini.
Menarik tentang kelahiran anak sulungnya itu, Lindsay telah menamakan anaknya dengan nama Arab dan seluruh keluarga telah jatuh cinta dengan ahli baharu keluarga mereka itu.
Wakil Lindsay Lohan berkongsi kepada media, “Lindsay Lohan dan suami pembiayanya, Bader Shammas mengalu-alukan seorang anak lelaki yang cantik dan sihat bernama Luai. Keluarga sedang jatuh cinta.”
Bayi itu dilahirkan di Dubai di mana tempat pasangan itu menetap kini, dan dia dipercayai lahir pada hari Isnin. Luai ialah nama Arab yang bermaksud ‘perisai atau pelindung’.
Hangat betul sehari dua ini dengan berita perceraian. Baik bintang tempatan mahupun antarabangsa semua tidak terlepas dari kemelut perhubungan.
Terbaharu, bintang The Modern Family dan juga juri America’s Got Talent, Sofia Vergara mengumumkan yang dia dan suami, Joe Manganiello mengambil keputusan untuk bercerai.
Mengesahkan lagi khabar akhir perceraian mereka. Pasangan itu berkongsi berkenaan perkara tersebut kepada portal hiburan Page Six dalam satu kenyataan bersama.
“Kami telah membuat keputusan yang sukar untuk bercerai. Sebagai dua orang yang sangat menyayangi dan mengambil berat antara satu sama lain, kami dengan rasa rendah diri meminta semua pihak menghormati privasi kami pada masa ini semasa kami mengharungi fasa baharu dalam hidup kami,” ujar mereka.
Sofia yang kini berusia 51 tahun mula mengenali Joe, 47, sekitar tahun 2014 sebelum membawa perhubungan mereka ke satu tahap yang lebih serius dan berkahwin pada tahun 2015.
Sama-sama mencipta nama dalam dunia hiburan. Keretakan rumah tangga mereka dihidu apabila sejak kebelangan ini Sofia jarang memuat naik gambar mereka bersama.
Tambahan lagi, ketika ini bintang asal Colombia itu sedang berada di Itali untuk menyambut hari jadi dan cincin perkahwinan tidak terlihat pada jari manisnya.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Rumah produksi Malaysia, 4WARD Pictures bakal tampil menerusi sebuah filem seram terbaharu berjudul The Parcel selepas sukses dengan sebuah filem seram terdahulu iaitu Rumah Iblis.
Dibintangi oleh Atiqah Hasiholan dan beberapa bintang ternama Indonesia lainnya, The Parcel yang diarahkan oleh Andi Bachtiar Yusuf itu sudah pun memulakan penggambaran bermula 27 Julai di beberapa lokasi di Jakarta, Indonesia.
Eksekutif produser 4WARD Pictures, Nashrul Nasir dan Alif Nabil ada alasan tersendiri mengapa pihaknya memilih untuk mempersembahkan filem seram di negara jiran.
“Filem horor (seram) mempunyai nilai yang besar berdasarkan kepada permintaan daripada penonton. Naskhah sedemikian masih diminati dan mudah difahami berdasarkan kepada penceritaannya.
“Malah 4WARD Pictures merasakan wujudnya persamaan budaya dan nilai antara dua negara serumpun, Malaysia dan Indonesia. Kami juga mendukung filem-fikem berkualiti yang ditayangkan di kedua-dua negara,” katanya.
Sependapat dengan Nashrul, Alif juga melihat Indonesia banyak menawarkan keunikan dan keistimewaan dalam konteks sebuah karya filem.
“Dari dulu kami juga sangat minat dengan filem Indonesia dan kini kembali berkesempatan untuk mencipta nama berkembangan di Indonesia,” kata Alif Nabil.
Berkongsi mengenai pemilihan Atiqah Hasiholan sebagai pelakon utama The Parcel, Nashrul menjelaskan pihaknya telah melakukan ‘reset’ dan uji bakat bagi mendukung watak yang diperlukan.
“4WARD Pictures memang mencari bintang yang mampu menyampaikan karakter utama sesuai dengan situasi dan Atiqah dilihat mampu memberikan apa yang diperlukan.
“Iaitu daripada segi ciri-ciri, imej, kriteria, fizikal selain prestasi lakonan yang dikehendaki,” katanya lagi.
Selain Atiqah Hasiholan, The Parcel turut dibarisi pelakon hebat seperti Baim Wong, Putri Ayudya dan Whani Dharmawan selain bintang Malaysia, Nora Danish dan pelakon baharu yang kian meningkat naik, Amir Ahnaf.
The Parcel mengisahkan tentang wanita bernama Radha, yang bertugas sebagai ‘photo journalist’. Nasibnya berada di hujung tanduk susulan sebuah kes.
Atas desakan kewangan, Radha dan anak lelakinya perlu mencari sebuah rumah yang lebih murah sewanya.
Lalu, mereka mendiami sebuah rumah yang mana di dalamnya turut mempunyai sebuah bilik yang dikhaskan untuk memproses filem negatif.
Tiada jiran yang mendedahkan mengenai kisah lama pemilik rumah terdahulu sebelum mereka mendiaminya.
Misteri berlaku apabila Radha menerima satu kiriman bungkusan tanpa nama dan alamat yang jelas. Atas rasa ingin tahu, Radha membuka kiriman berkenaan.
Lalu, tercetuslah pelbagai kejadian menakutkan, antaranya jiran yang tiba-tiba ditemukan mati dalam keadaan yang dahsyat. Mampukah Radha merungkai misteri yang berlaku?
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kematian Lisa Marie Presley pada 12 Januari 2023 membawa khabar duka kepada dunia hiburan antarabangsa kerana mendiang merupakan satu-satunya anak penghibur legenda, Elvis Presley.
Meninggal pada usia 54 tahun, dia meninggalkan tiga orang cahaya mata yang masih hidup.
Kini setelah tujuh bulan berlalu, laporan autopsi mengenal pasti punca kematiannya telah didedahkan kepada umum. Menurut laporan portal People, mendiang Lisa meninggal dunia disebabkan komplikasi pembedahan bariatrik yang dilakukannya untuk menurunkan berat badan.
Laporan itu menyatakan bahawa kematian bintang popular itu disebabkan oleh siri penyumbatan usus kecil yang merupakan kesan daripada pembedahan bariatrik beberapa tahun lalu.
Menurut laporan autopsi itu lagi, halangan itu adalah dalam bentuk usus kecil yang tercekik disebabkan oleh perekatan yang terbentuk selepas pembedahan penurunan berat badan tersebut.
“Ini adalah komplikasi jangka panjang yang diketahui umum bagi jenis pembedahan ini,” ujar Timbalan Pemeriksa Perubatan, Dr. Juan Carrillo.
Pada saat kematiannya, Lisa dikatakan mengalami sakit perut dan demam berpanjangan sebelum dia ditemui tidak sedarkan diri oleh bekas suaminya, Danny Keough. Ketika itu, dia dikatakan meninggal dunia akibat serangan jantung selepas beberapa jam di rawat di hospital.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Meskipun pernah bergelar artis rakaman dan memiliki beberapa karya yang meraih jutaan pendengar, penyanyi Danial Kifli melihat penyertaannya dalam program Big Stage Rocketfuel sebagai platform terbaik untuk memperkukuhkan namanya dalam industri seni.