Model, pengacara dan personaliti televisyen terkenal Gigi Hadid dilaporkan telah ditangkap di Kepulauan Cayman kerana memiliki ganja dan juga alatan untuk menghisap bahan tersebut.

Gigi dan temannya ditangkap sebaik sahaja mendarat menggunakan kapal terbang peribadi di negara tersebut apabila pihak berkuasa melakukan pemeriksaan.

Mereka telah ditangkap atas dasar disyaki melakukan Pengimportan Ganja dan Pengimportan Perkakas yang digunakan untuk pengambilan ganja. Setelah itu mereka dibawa ke Pusat Tahanan Banduan.

Selebriti Terkenal Ditahan Di Luar Negara Akibat Pemilikan Ganja

Walau bagaimanapun mereka kemudiannya telah dilepaskan dengan ikat jamin. Ketika hadir kemahkamah pada 12 Julai, Gigi dan rakannya mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman denda $1000 bersamaan RM4,600.

IKLAN

Dalam satu kenyataan kepada pihak media, pihak pengurusan Gigi berkongsi, “Gigi mengembara dengan ganja yang dibeli secara sah di Kota New York dengan lesen perubatan.

Selebriti Terkenal Ditahan Di Luar Negara Akibat Pemilikan Ganja

BACA JUGA: Dituduh Pukul Ibu Kekasih, Syarikat Rakaman Dan Pengurusan Gugurkan Zayn Malik

IKLAN

“Bahan tersebut juga sah untuk kegunaan atas tujuan perubatan di Grand Cayman sejak 2017. Rekodnya kekal jelas dan dia menikmati sisa masanya di pulau itu.”

Walaupun insiden tersebut terjadi kepada dirinya, ibu kepada seorang cahaya mata itu kelihatan sudah melupakan ‘epidod hitam’ tersebut  apabila meneruskan percutian yang dirancang.

Menerusi hantaran terkini di Instagramnya, Gigi menulis, “Semua yang baik-baik berakhir dengan baik.”

IKLAN

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

Sumber foto: Instagram Gigi Hadid

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI