Tidak dinafikan, apabila bercakap mengenai perkahwinan di kalangan selebriti, antara sisi yang paling menjadi buah mulut dan perhatian ramai ialah gaun pengantin yang dikenakan selebriti wanita kita.

Pelbagai komen diberikan netizen, sama ada positif mahu pun sebaliknya. Apa pun, bagi yang belum dan bakal mendirikan rumah tangga, pasti akan punya angan-angan untuk gayakan gaun bak puteri impian kan?

Jom ikuti mana satu gaun selebriti yang paling mencuri tumpuan untuk tahun ini. Agaknya mana satu yang meletop dan menjadi pilihan korang?

Yuna 

Mendirikan rumah tangga pada hujung Januari lalu, Yuna yang mengakiri zaman solonya bersama Adam Yousof Mohamed Sinclair, pasangan ini selamat disempurnakan dalam satu majlis nan indah di Bentong, Pahang. Ini pula antara persalinan rekaan Hatta Dolmat yang dikenakan Yuna.

Lima Gaun Pengantin Selebriti Berkahwin Tahun ini, Mana Satu Yang Paling Meletop?

IKLAN

Betty Rahmad

Betty yang juga pelakon dan adik kepada Erma dan Umie Aida ini mendirikan rumah tangga pada 4 Februari lalu bersama jejaka pilihannya, Ardy Damis. Betty yang kini sudah pun berbadan dua turut menjadi perhatian ramai kerana busana perkahwinannya. Cantikkan?

Lima Gaun Pengantin Selebriti Berkahwin Tahun ini, Mana Satu Yang Paling Meletop?

Dynas Mokhtar

IKLAN

Pelakon Dynas Mokhtar selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Syazrik Din dengan sekali lafaz pada 21 April lalu di kediaman pengantin perempuan di Shah Alam. Seiring dengan berita perkahwinannya, ramai yang turut teruja dengan busana pengantin yang diperagakan Dynas.

Lima Gaun Pengantin Selebriti Berkahwin Tahun ini, Mana Satu Yang Paling Meletop?

Shakila Koriri

Pelakon cantik ini berkahwin dengan penyampai radio, Fizi Ali pada Februari lalu. Mengenakan beberapa persalinan sempena majlis bersejarah mereka, ini antara persalinan yang mencuri tumpuan netizen.

IKLAN

Lima Gaun Pengantin Selebriti Berkahwin Tahun ini, Mana Satu Yang Paling Meletop?

Elvina Mohamad

Elvina Mohamad, 23, selamat bergelar isteri kepada usahawan , Datuk Mohd Haniff Borhan, 32, pada 18 Mac lalu. Ini persalinan rekaan Altelia Amani. Memang terserlah aura raja sehari kan?

Lima Gaun Pengantin Selebriti Berkahwin Tahun ini, Mana Satu Yang Paling Meletop?

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI