Penyanyi Liza Hanim akui tertekan dalam memenuhi ekspektasi peminat apabila dia kini bersaing dengan 15 peserta lain di program realiti, All Stars Gegar Vaganza (GV10).
Bagaimanapun, Liza tetap menghargai usaha mereka yang mengundinya sehingga terpilih menjadi salah seorang daripada enam peserta hot seats GV10.
Malah, namanya kini juga trending di platform sosial, X (Twitter).
“Saya memang ada rasa sedikit tekanan, lebih suka menjadi peserta ‘underdog’ supaya saya boleh membuat kejutan.
“Namun, bohonglah kalau saya tak rasa teruja bila membaca komen peminat yang bersungguh mahukan saya bertanding.
“Ia secara tidak langsung memberikan semangat kepada. Sebelum ini, saya ada juga baca komen, sehingga saya sangka diri ini sudah tidak diterima lagi.
“Namun, segalanya seakan berubah di GV10. Baru saya sedar yang tanggapan itu salah. Peminat masih menantikan diri saya. Jadi, kita kena beri apa yang mereka mahu,” katanya kepada MH.
Ads
Penyanyi lagu Gelisah Mimpi ni berkata sedemikian ketika ditemui sejurus konsert pertama GV10 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam pada Ahad.
Katanya lagi, dia tetap akan berusaha untuk memberikan persembahan terbaik setiap minggu.
“Tahap fizikal dan stamina ketika ini sangat berbeza ketika saya bertanding di GV4 dulu. Ketika itu, umur saya 37 tahun dan kini 44 tahun. Perbezaannya memang ketara.
“Orang bukan jangkakan saya untuk menyanyi seperti lapan tahun lepas tetapi meraka mahu saya menyanyi seperti 20 tahun lepas.
Ads
“Saya harap peminat dapat menerima saya seadanya. Saya makin berusia dan akan membuat persembahan mengikut kemampuan serta keadaan diri semasa.
“Namun, hal ini tidak membuatkan saya awal-awal mengangkat bendera putih. Saya sudah setuju nak masuk pertandingan ini dan saya kena berikan yang terbaik,” ujarnya lagi.
Ditanya mengenai responnya terhadap kenyataan juri tetap, Datuk Ramli MS yang mahukan para peserta menjadikan penyanyi, Naqiu sebagai penanda aras, Liza memaklumkan dirinya memandang perkara itu daripada sudut positif.
“Naqiu merupakan seorang penyanyi yang hebat. Dia ada aura tersendiri dan kehebatan membuat persembahan di atas pentas. Tak salah apa yang Datuk Ramli MS cakapkan tu.
Ads
“Tiada perasaan iri hati sebab dia lagi muda sebaliknya, saya meraikan lagi perkara seperti ini. Memang saya penyanyi senior tetapi setiap peserta punyai kehebatan sendiri.
“Ini peluang untuk saya belajar tips-tips penyanyi lain. Jika ‘KPI’ ditetapkan sebegitu, kini saya tahu apa sebenarnya yang para juri mahukan,” katanyq lagi.
Sekadar informasi, Liza dinobat naib juara GV4 selepas tewas kepada juaranya, Datuk Aishah.
Selain Liza, lima peserta hot seats lain ialah Tomok, Zamani, Suki Low, Nikki Palikat dan Ezad Lazim.
All Star Gegar Vaganza bersiaran bermula 24 September ini disaluran Astro Ria.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi baharu, Ahmad Adly memberitahu akan lebih berhati-hati dan berwaspada dengan setiap perkongsian di laman media sosial miliknya.
Ini kerana, isu kontrovesi foto seksi yang melibatkan dirinynya baru-baru ini telah memberi satu pengajaran, apatah lagi sebagai penyanyi yang baru mula berkecimpung dalam dunia nyanyian.
Malah, penyanyi yang dicungkil bakatnya menerusi program Lagu Cinta Kita musim kedua (LCK2) ini menambah, hal tersebut mampu menjejaskan imejnya sebagai penyanyi.
“Selepas perkara tersebut berlaku, saya memang akan lebih berhati-hati untuk berkongsi apa sahaja di laman media sosial saya, supaya tidak ada lagi situasi seperti ini akan berlaku.
“Jadi lepas ni saya kena bersikap lebih peka dengan perkara yang mungkin sensitif kepada orang ramai. Setakat ini semuanya okay sahaja,” katanya.
Pada masa sama, penyanyi berusia 21 tahun ini memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut dan telah pun membuat permohonan maaf kepada umum menerusi akaun Instagram miliknya awal Ogos lalu.
“Sebenarnya pada hari kejadian, saya ada pergi ke rumah kawan untuk satu sesi fotografi untuk satu produk baju ni… dan di rumah dia tu ada kolam renang.
“Sejujurnya saya memang tidak merancang untuk mandi kolam pada waktu itu, saya datang pun sehelai sepinggang. Jadi ada yang ambil gambar saya.
“Saya tengok kualiti gambar itu memang terbaik jadi saya pun kongsikan di akaun Instagram, tapi tak sangka benda ini boleh jadi isu,” terang Adly.
Bintang ini berkata demikian menerusi sidang media yang diadakan secara virtual, baru-baru ini.
Dalam perkembangan lain, Adly baru sahaja tampil single, Nota Hasratku hasil ciptaannya sendiri bersama komposer dan penulis lirik Nuriman, Yonnyboi dan Mas Dewangga.
Menurut Adly yang sudah memulakan karier seni nyanyian pada tahun 2017 itu, lagu berkenaan menjadi single ketiganya dan apa yang dirasainya itu diterjemah kedalam lirik lagu ini.
“Seperti mana yang kita semua tahu pelbagai dugaan yang dihadapi sampai ada yang terganggu emosi sampai sanggup membunuh diri. Semuanya kerana tekanan dihadapi sehingga ada yang tidak mampu melaluinya lagi.
“Tapi di sebalik ujian dan dugaan percayalah ada sinar juga menanti. Anda tidak keseorangan dalam menghadapinya memandangkan masih ramai yang mahu membantu.
“Jadi, jangan sesekali bersendirian dan carilah jalan untuk keluar daripada masalah tersebut,” katanya lagi.
Nota Hasratku telah dilancarkan secara rasmi di semua platform digital dan YouTube Indigital Music, sejak 6 Ogos lalu.
Foto: Instagram Ahmad Adly
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Liza Abdullah,56, tampil menjelaskan mengenai penampilannya yang kerap dilihat mengenakan hijab menerusi mana-mana program yang dihadiri kebelakangan ini.
Menurut Liza atau nama sebenarnya, Norliza Abdullah, dia memilih untuk tidak memperbesarkan hal berkenaan, sebaliknya meminta dititipkan doa yang baik-baik buat semua.
“Memang ada yang bertanya mengenai penampilan saya yang sesekali dilihat mengenakan niqab. Tetapi saya pilih untuk tidak memberikan kenyataan sama ada berpenampilan begini untuk meninggalkan industri atau dah tak nk berlakon lagi.
“Bimbang juga kalau apa yang dikongsikan akan disalah erti nanti. Sebab kalau berlakon pun saya tidak mengenakan niqab.
“Sebaiknya ia tidak perlu untuk dijadikan isu. Lebih baik kita sama-sama mendoakan yang terbaik untuk semua orang termasuk diri-sendiri.
“Lebih-lebih lagi dengan situasi pandemik ketika ini. Jadi tiada salah bila saya pakai niqab bersama pelitup muka. Sekurang-kurangnya ia memberi perlindungan tambahan,” katanya kepada MH.
Mengulas mengenai watak antogonis yang begitu sinonim dengan dirinya, Liza akui tidak mahu selesa atau statik dengan watak sedemikian semata-mata.
Sebaliknya setelah hampir 40 tahun dalam seni, dia masih mahu cabar diri untuk mencuba pelbagai watak baru.
“Saya tidak cakap saya hebat, tapi saya tak nak tekankan satu karektor sahaja. Saya suka cabar diri sama ada menerusi watak air mata, komedi dan sebagainya. Kita sebagai pelakon kena cipta sesuatu yang istimewa dalam tiap watak yang dibawakan.
“Tak boleh statik. Kalau begitu saja, kita payah untuk berada lama dalam bidang seni. Kena jadi versatil. Saya pegang pada prinsip, bila ada peluang buatlah yang terbaik. Jadi kalau hanya nak statik pada satu karektor, tidak akan selamat (bertahan lama),” katanya lagi.
Liza yang kini menjadi duta kepada satu jenama tudung, bakal terlibat di dalam projek drama Tujuh Hari Mencintaiku 3 yang bakal memulakann penggambaran tidak lama lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Liza Abdullah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Instafamous, Coach Yin muat naik beberapa foto menjelaskan bahawa ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan namanya untuk satu akaun palsu.
Kisahnya akaun palsu itu dikatakan telah membusukkan namanya apabila meninggalkan komen-komen yang tidak elok pada selebriti lain.
Susulan itu, dia memohon agar semua pihak tidak terpedaya dengan akaun palsu itu dan menjelaskan dia hanya mempunyai satu akaun IG sahaja.
“Salam kepada semua follower sy. Ini bkn ig sy. Sy hanye ada 1 shj acc ig,, ig sy @coach_yin. Jika ad ig lain y guna nama sy atau gambar sy dan pergi komen dekat ig korg,itu bkn sy.
“Udah2 lah buat kerja mcm ni. Sy ni nk berniaga cari mkn. Jgn guna gmbr sy utk keperibadian anda,” tulisnya.
Alahai, masih ada ya yang menggunakan akaun palsu untuk mengenakan orang ini? Apa-apapun, MH harap semoga orang ramai mengambil iktibar daripada insiden ini dan juga moga-moga ada sesuatu dapat dilakukan mengenai gejala ‘fake account’ ini.
Foto/Instagram: Coach Yin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bekas anggota kumpulan Boy’z dan pelakon asal Hong Kong, Steven Cheung Chi-hang kini berdepan detik sukar apabila diarahkan keluar dari rumah sewanya selepas dilaporkan...