Menerusi satu hantaran di akaun media sosial Instagram milik Hafreez Adam, pelakon itu ada menitipkan ucapan istimewa bersempena ulang tahun kelahiran sahabat baiknya yang juga merupakan pelakon, Afifah Nasir.
Hafreez atau nama lengkapnya, Hafreez Adam Aizat Zahalan menyifatkan adik kepada pelakon Anzalna Nasir itu sebagai wanita periang dan sentiasa merendah diri dengan orang di sekelilingnya.
“To this special lady, today is your day. Heck this month is your month.
I’m wishing you nothing but the best.
“Because you deserve nothing but the best. I want people to know how special you are as a person.
“Sesiapa kenal dia, ada dekat dengan dia, confirm akan asyik gelak.
Susah nak nampak dia marah/cranky. Always so humble and nice to everybody around her,” tulisnya.
Ads
Sudah lebih enam tahun menjalinkan hubungan persahabatan, pelakon berusia 31 tahun ini akui berasa bertuah memiliki teman baik seperti Afifah dalam hidupnya.
“I have so many things to say, but words can’t describe how lucky I am to have you in my life.
“Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki selalu, semoga semua doa you dimakbulkan. Aamiin.
Ads
“To many more years of making great memories together! Happy birthday @afifahnasir93 ,”tulisnya lagi.
Dalam pada itu, Hafreez turut mengimbau kembali momen ketika kali pertama bertemu dengan Afifah dengan memuat naik beberapa keping foto dan rakaman video menerusi hantaran yang sama.
“P/s : the first picture of us together yang black & white tu, producer yang ambil, sebab dia kena jadi heroin Abe, producer nak tengok dia boleh ada chemistry ke tak. Itu first meeting.
Ads
“Nervous dia bila producer suruh pegang lengan abe. and the 2nd last picture tu tadi. 6 years after. Thanks to @creativeskillsolution,” kongsinya lagi.
Drama bersiri Kau Cipta Kasih yang dibintangi Nazim Othman dan Uyaina Arshad sebagai pelakon utama kini sudah melabuhkan tirai, pada Selasa.
Lalu, Nazim atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman menitipkan ucapan terima kasih kepada semua penonton setia drama berkenaan.
Di samping itu, aktor berusia 37 tahun ini berharap semua para penonton akan mendapat mesej pengajaran yang telah disampaikan dalam drama rantaian ini
Pada masa sama, Nazim memberitahu sudah menjadi tanggungjawabnya sebagai seorang pelakon untuk menjiwai watak secara baik dengan harapan dapat memberikan impak positif kepada penonton.
“Semoga kita semua dapat belajar daripada pengajaran yang disampaikan melalui naskhah ini.
“Kami berlakon pun dengan harapan dapat berkongsi rasa melalui cerita, bukan untuk keluar tv secara suka-suka.
“Cuba share sikit apa yang awak dapat lepas menonton drama #KauCiptaKasih ? Nak tau jugak.
“Terima kasih atas sokongan kalian. Afiq and Dija signing off..~Take care,” tulisnya.
Sekadar informasi, Nazim telah memegang watak seorang jejaka bernama Afiq yang juga merupakan seorang anak tunggal dan telah dibesarkan dalam sebuah keluarga serba kemewahan.
Selepas hubungan percintaan Afiq bersama bekas kekasihnya Nelly berakhir, Afiq secara tidak sengaja telah jatuh cinta dengan seorang gadis kampung bernama Khadijah lakonan Uyaina Arshad.
Selain Nazim dan Uyaina, drama ini turut dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Norlia Ghani, Sherie Merlis, Fify Azmi, Nafiz Muaz dan ramai lagi.
Kau Cipta Kasih arahan oleh Nazir Jamaluddin ini telah bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 Malam di slot Samarinda, TV3 bermula 13 Januari lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Nazim Othman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Filem Operasi UFO terbitan MBC Pictures Sdn Bhd. arahan Khairul Anuar Mat Noor atau Abang Warna menggunakan elemen kesan khas imej janaan komputer (CGI), sekali gus menjadikan filem sulung terbitan syarikat itu sebagai sesuatu yang boleh dibanggakan.
Disebabkan itu juga, menurut pengarahnya, Abang Warna filem berkenaan mengambil masa dua tahun untuk disiapkan sebelum mula ditayangkan di Astro First sejak 5 Februari lalu.
“Penggambaran dijalankan pada bulan September 2020 dan ia memakan masa sedikit disebabkan proses suntingan yang menggunakan CGI. Dalam masa sama untuk kami mendapatkan kelulusan Astro First juga agak memakan masa.
“Kami menjalankan penggambaran ini selama 10 hari dan lokasinya di sekitar Kuala Lumpur. Lokasi lain di Batu Pahat, Johor kerana kami ingin mendapatkan suasana ladang nanas di sana,” katanya.
Filem komedi drama ini mengisahkan sekumpulan sahabat yang lari dari penderitaan di rumah orang tua dan mengejar ‘UFO ‘yang menjanjikan kehidupan awet muda sepanjang zaman.
Berkongsi mengenai kos pembikinan filem Operasi UFO itu pula, Abang Warna berkata naskhah berkenaan dihasilkan dengan bajet rendah.
“Cukup untuk dikatakan, bajet yang kami keluarkan adalah terhad dan itu bukanlah bajet sebenar untuk supertele ataupun filem. Kami tiada masalah apabila lewat ditayangkan kerana ia memakan masa dalam proses suntingan.
“Kebetulan juga penyunting kami mempunyai banyak projek yang perlu diselesaikan. Filem ini juga banyak kali diperbetulkan terutama dari segi muzik, gambar, ‘cutting point’ dan lain-lain lagi,” katanya.
Bagaimanapun, Abang Warna akui bajet yang ada cuba dimanfaatkan sebaiknya dalam menghasilkan kualiti yang bagus untuk tayangan penonton di rumah.
“Untuk menghasilkan naskhah yang baik dengan bajet rendah memang sangat sukar. Jika ada bajet setiap proses penggambaran akan menjadi mudah dan akan dapat hasil yang terbaik.
“Cuma apabila bajet yang terhad kita tidak boleh dapat hasil yang terlalu baik dan banyak kekangan yang timbul. Dengan percubaan pertama ini saya harap pada sedikit kejayaan.
“Semoga dapat membuka mata ‘founder’ kami agar mereka lebih yakin untuk memberi bajet yang lebih besar dalam penghasilan supertele ataupun filem,” katanya.
Berkongsi lanjut, Abang Warna juga tidak menafikan perancangan asal adalah untuk menerbitkan telefilem.
“Sebenarnya pada mulanya hasrat kami adalah untuk membuat satu telefilem khas untuk TV3 dan juga Astro. Disebabkan kami ini syarikat yang baharu maka apabila kami nak cadangkan satu tajuk telefilem maka mereka tidak terima disebabkan sudah biasa dengan syarikat yang sudah ‘established’.
“Jadi, kami berhasrat untuk menghasilkan satu telefilem khas dan meletakkan bajet yang tinggi sedikit supaya dapat hasil yang terbaik. Dengan harapan apabila produk ini selesai, pihak TV3 atau Astro akan terima jika hasilnya bagus.
“Apabila sudah siap, ada antara kami yang cadangkan untuk cuba di Astro First pula. Alhamdulillah cerita ini diterima untuk ditayangkan oleh mereka,” katanya lagi.
Sementara itu, Abang Warna menambah, pasukan produksi juga berdepan cabaran dari segi masa selain bilangan pelakon yang ramai.
“Dalam perancangan awal penghasilan naskhah ini kami berhadapan dengan masalah masa yang agak terhad dan bilangan pelakon yang agak ramai maka banyak syot yang perlu dilakukan.
“Apatah lagi kita tidak boleh terlalu menekan pelakon terutama pelakon senior kerana mereka perlu ada masa bertenang dan berehat. Kadang-kadang penggambaran mula pagi dan habis lewat.
“Jadi, saya pun rasa serba salah untuk mengambil masa yang terlalu lama,” katanya yang bersyukur kerana proses penggambaran tetap berjalan lancar.
Filem Operasi UFO dibintangi oleh Wan Hanafi Su, Fauziah Nawi, Sharif ZERO, Jasmin Hamid, Lousi Alissa Chong, Rozita Che Wan dan Redza Rosli.
Bintang lain yang turut beraksi ialah Fahrin Ahmad, Vicha, Adeline Tsen, Hairi Safwan, Laura Olivia, Munir Pak Pandir, Wan Shade dan Mulyady Rudy.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Elfira Loy berjanji untuk tidak akan bersikap sambil lewa perihal kesihatan anak lelakinya, Muhammad Rayyan Khalaf, pada masa akan datang.
Tambah lagi pelakon berusia 28 tahun ini juga akan sentiasa menyediakan persikataran yang bersih dan terbaik buat Rayyan supaya terhindar daripada sebarang penyakit merbahaya, selepas ini.
Pada masa sama, Elfira yang kini sedang berbadan dua menasihati kepada semua para ibu bapa untuk tidak sewenang-wenangnya membiarkan anak mereka mendekati golongan perokok khususnya.
“The first time i held your hand like this , lebih kurang dua tahun yang lepas Rayyan. I hope that’s the first & this is the last.
“I never want to take your health for granted. I promise , i will provide the best environment for you my Rayyan boi after this. (no more near the smokers/ crowded public area).
“Take note parents , jangan ingat its okay to let your child near smokers or vapers or after they’re done smoking,” tulisnya.
Di samping itu, Elfira menarik nafas lega apabila Rayyan yang mengalami masalah jangkitan kuman di bahagian paru-paru kembali sembuh dan sihat seperti sedia kala.
Kini, Rayyan telah dibenarkan pulang ke rumah selepas seminggu dimasukkan ke hospital bagi menjalani rawatan penyakit berkenaan.
“Luckily he recovered from pneumonia pretty fast.
kebanyakan kids kat situ seminggu kena duduk hospital & ada post effect.
“Alhamdulillah, rayyan dah discharged. Terima Kasih atas doa yang baik baik keatas Anak saya Muhamad Rayyan Khalaf.
“Saya doakan jugak untuk semua anak-anak kita akan terus sihat , terhindar dari segala penyakit & virus covid ini.,” tulisnya lagi.