Nampaknya gosip hangat tentang pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella yang dikatakan akan berkahwin dengan Engku Emran bulan hadapan masih lagi menjadi perbualan ramai.

Terbaru menurut sebuah portal hiburan dari Indonesia, mereka mengatakan bahawa Bella telah memohon surat kebenaran untuk bernikah di negara lain.

Berita permohonan surat ini dikatakan oleh sumber telah disahkan sendiri oleh seorang staf dari jabatan permohonan tersebut.

Ads

“Ya, benar Bella minta surat kebenaran,” ujar staf tersebut ketika dihubungi oleh wartawan.

Menurut sumber lagi, staf tersebut mengatakan bahawa bukan Bella yang datang untuk membuat permohonan tetapi Bella diwakilkan oleh keluarganya.

Walau bagaimanapun, menurut sumber untuk bernikah di Malaysia, ada beberapa lagi prosedur yang harus dilakukan oleh Bella.

Ads

Ditanya lagi bilakah tarikh Bella akan bernikah dengan pasangan yang dikatakan sebagai Emran, nampaknya staf tersebut menjawab dia tidak mengetahui tentang bila tarikh pernikahan akan dilakukan.

Ads

“Kami tidak meminta tarik pernikahan di dalam permohonan tersebut dan kami hanya membantu untuk menghantarkan surat tersebut sahaja,” ujarnya.

Nampaknya gosip di antara, Emran dan Bella masih lagi menjadi tanda tanya kepada semua lebih-lebih lagi buat peminat Bella yang berada di Indonesia mahupun Malaysia.

Jika benar perkhabaran yang didengari ini, kami di MH Online mendoakan agar segala urusan menuju hari bahagia mereka dipermudahkan dan semoga segalanya berjalan dengan lancar.

Sumber: Kapan Lagi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI