Wang Leehom merupakan seorang selebriti terkenal dalam dunia hiburan mandopop. Sepanjang lebih dua dekad berada di dalam industri seni dia antara penyanyi prolifik dan popular di negara yang rakyatnya menggunakan bahasa Mandarin termasuklah Malaysia dan Singapura.

Terkini mengenai penyanyi dan pelakon berusia 46 tahun ini. Dia telah terpalit skandal perceraian yang memalukan apabila bekas isterinya tampil menceritakan apa yang dilalui sepanjang berkahwin dengannya.

Langgan Pelacur Dan Jalin Hubungan Sulit, Bekas Isteri Wang Leehom Dedah Masalah Rumahtangga

Menurut laporan Dailymail, skandal itu tercetus selepas Leehom mengesahkan spekulasi bahawa dia dan isterinya telah bercerai dalam satu kiriman hantaran dalam talian. Kemudian dalam catatan media sosial yang panjang pada hari Jumaat lalu, bekas isterinya, Lee Jinglei kemudian menuduh Leehom curang, mendera secara emosi dan melanggan pelacur.

Ekoran pendedahan yang dilakukan oleh bekas isterinya, Leehom kemudiannya menafikan perkara tersebut namun akhirnya dia meminta maaf kepada Jinglei, kedua orang tuanya dan anak mereka kerana tidak pandai ‘menguruskan’ perkahwinan.

Langgan Pelacur Dan Jalin Hubungan Sulit, Bekas Isteri Wang Leehom Dedah Masalah Rumahtangga

IKLAN

Skandal ini menjadi bualan hangat di laman media sosial China menyaksikan ramai menyalahkan bintang tersebut atas masalah yang terjadi. Leehom selama ini diangap sebagai seorang selebriti yang bersih dari masalah dan memiliki imej yang positif.

Bapa kepada tiga anak itu bagaimanapun sebelum itu dikatakan memindahkan semua harta yang dimiliki ke bawah namanya dan juga ibunya. Lee tidak memiliki apa-apa sedangkan dia sudah melepaskan kerjayanya untuk menumpukan perhatian kepada keluarga dan ketiga-tiga anak mereka.

Langgan Pelacur Dan Jalin Hubungan Sulit, Bekas Isteri Wang Leehom Dedah Masalah Rumahtangga

IKLAN

Jinglei meluahkan perasaan dalam satu surat panjang yang dimuat naik di laman media sosialnya. Memetik kenyataannya seperti yang dilaporkan portal 8days. “Saya menghabiskan sebahagian besar kehidupan berumahtangga saya dengan persediaan untuk mengandung, hamil, atau menjaga anak-anak selepas bersalin. Dalam proses itu, badan dan minda saya banyak berubah tetapi saya terpaksa melaluinya senidrian.

“Saya tidak akan bersetuju jika saya tahu bahawa anda mahu menjalani kehidupan sebagai orang bujang dan meninggalkan keluarga selepas saya melahirkan tiga orang anak, dan bahawa saya perlu menjaga mereka sendiri,” luah wanita berusia 35 tahun itu kepada Leehom.

Langgan Pelacur Dan Jalin Hubungan Sulit, Bekas Isteri Wang Leehom Dedah Masalah Rumahtangga

IKLAN

Untuk pengetahuan pembaca, Jinglei bukanlah calang-calang wanita dia merupakan graduan lepasan Columbia University dan pernah berkerja sebagai penganalisis di JP Morgan Chase Group. Lapor Taiwan News, ekoran daripada perceraian tersebut, Jinglei akan menerima wang bejumlah NT$1.14 bilion (RM172.4 juta) berikutan perceraian mereka.

Langgan Pelacur Dan Jalin Hubungan Sulit, Bekas Isteri Wang Leehom Dedah Masalah Rumahtangga
Pasangan ini memiliki tiga cahaya mata bersama.

Leehom pada hari Isnin mengumumkan melalui akaun Weibonya bahawa dia akan memindahkan rumah yang didiami Lee kepada namanya. Dalam perjanjian perceraian asal, Lee dan tiga anak mereka akan diberikan “pengecualian khas” untuk tinggal di rumah selama 18 tahun, sebelum menyerahkannya semula kepadanya.

Leehom dan Jinglei berkahwin pada 27 November 2013 dan perkahwinan itu hanya bertahan selama lapan tahun sahaja.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI