Penyanyi baru, Layla Sania telah muncul dengan lagu single yang pertamanya dalam bahasa Mandarin yang berjudul, By Your Side.

Layla atau nama sebenarnya Layla Sania Khairuzikri memberitahu untuk memiliki lagu single dalam bahasa Mandarin merupakan satu impian bagi dirinya.

Lalu, penyanyi fasih berbahasa Mandarin ini bersyukur kerana diberikan peluang untuk merealisasikan impian.

“Saya dari tadika lagi memang sekolah Cina jadi saya memang fasih berbahasa Mandarin jadi daripada dulu lagi memang nak ada lagu Mandarin sendiri.

‘Alhamdulillah, kini ada peluang nak keluarkan lagu Mandarin jadi saya rasa bersyukur sangat,” katanya.

IKLAN

Dalam pada itu, penyanyi berusia 19 tahun ini tidak mampu untuk mengawal cakap-cakap orang jika dibandingkan dengan penyanyi Shila Amzah yang juga sinonim dengan lagu berbahasa Mandarin.

“Saya lihat Shila Amzah sebagai seorang penyanyi yang sangat berbakat, seorang yang sangat berjaya sehingga berjaya tembus pasaran di China.

IKLAN

“Harap sangat suatu hari nanti saya pun boleh ikut jejak Langkah Shila Amzah sehingga ke China, InsyaAllah.

“Kalau ada yang bandingkan saya dengan Shila Amzah, terus terang saya tak boleh nak kawal benda tu sebab lain orang lain pendapat.

IKLAN

“Saya sangat gembira dengan diri saya sendiri dan kepada keluarga serta peminat yang sentiasa sokong saya,” katanya lagi.

Imbas kembali, Layla dikenali selepas menyertai pertandingan ‘I Can See Your Voice Malaysia’ dan telah menyanyikan lagu oleh Tiger Huang yang berjudul You’re The Only One in My Heart dalam program hiburan tersebut, pada tahun lalu.

“Lain Orang Lain Pendapat…,” – Layla Sania Muncul Single Mandarin, Tak Mampu Kawal Cakap Orang Andai Dibandingkan Dengan Shila Amzah

Foto: Instagram Layla Sania

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI