Perkongsian terkini pengasas kosmetik, Datuk zzeri Aliff Syukri berkenaan dengan lagu Raya barunya di Instagram mendapat perhatian warganet.
Menurut Aliff, lagu berkenaan yang diberi judul Kelepuk Raya itu akan dilancarkan dalam beberapa hari lagi dan dia berkongsi sedutan lagu berkenaan buat tatapan ramai.
Selebriti popular, Noor Neelofa mengulas lanjut mengenai pemergian sepupu lelakinya, Noor Mohamed Faisal Noor Amran, semalam, berpunca daripada masalah kesihatan melibatkan jantung dan buah pinggang.
Menurut Neelofa, 33, dia mengetahui berita tersebut menerusi komen yang ditinggalkan pengguna Instagram sebelum dihubungi ahli keluarga.
“Arwah sepupu baru berusia 37 tahun. Saya difahamkan dia ada masalah dari segi jantung dan buah pinggang. Kita sedia maklum arwah sebelum ini masuk hospital dan ditidurkan dua hari.
“Ketika saya buat ‘IG Live’ bersama Ustazah Datuk Dr Norhafizah Muda, saya terima banyak mesej dan panggilan video daripada ahli keluarga.
“Kemudian banyak yang komen ucapan takziah. Saya hentikan sesi tersebut dan mengetahui sepupu meninggal dunia selepas itu.
“Arwah meninggal dunia kira-kira jam 10 malam lebih, jadi ibu saudara hasrat mahu terus uruskan soal pengebumian jenazah,” katanya.
Neelofa ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Neelofa & Haris di Cili Kampung, Hartamas pada Khamis.
Ibu kepada seorang cahaya mata ini bagaimanapun reda atas pemergiaan ahli keluarga di bulan penuh keberkatan ini.
“Bagi saya, pengakhirannya sangat indah dan tidak disangka. Arwah mempunyai empat orang anak dan seorang balu.
“Sejak dua tahun kebelakangan, dia banyak mendekatkan diri dengan al-Quran. 19 kali arwah khatam al-Quran dan boleh menjadi inspirasi dan semangat buat kita juga, insyaAllah.
“Allah ambil dia di bulan yang baik. Semoga syurga buat Allahyarham. Kami maklum dia ada mengadu sakit dua tiga hari pada bulan puasa di tidurkan selepas itu,” katanya.
Jenazah selamat dikebumikan di Pasir Mas, Kelantan, bersebelahan dengan pusara Allahyarham datuk mereka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan Ayu Raudhah mendedahkan dia tidak melihat mengenai soal peminat yang membandingkan penampilannya dengan kakak, aktres Rozita Che Wan atau Che Ta sebagai suatu hal serius.
Malah menurut Ayu,38, dia tidak kisah sekiranya masih ada yang menyifatkan Che Ta lebih menyerlah imejnya berbanding adik-beradik lain.
Sebagai adik, Ayu sama tumpang bangga atas pencapaian kakak tersayang baik dalam seni dan bisnes.
“Kita tahu dia jenis yang macam mana. Malah kalau tidak bergelar artis pun, dia begitu. Pergi sekolah pun pakai sarung kaki. Ya, dia sendiri memang menjaga benda-benda begitu.
“Dia juga tak ada lepak-lepak Mamak. Dia menjaga sampai tahap begitu. Jadi bagi saya dia berhak dengan apa yang diusahakan sekarang,” katanya.
Ibu kepada lima cahaya mata itu berkata demikian ketika ditemui pada sesi ramah mesra bersama media sekaligus memperkenalkan koleksi baju kurung jenama BYLR x Ayu Raudhah di Pavillion, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
“Saya bangga dengan dia. Tidak ada rasa dibanding-bandingkan. Apa yang dia sudah capai, dengan apa yang dia lakukan dan ‘wow’ sampai sekarang. Bagi saya dia layak atas usahanya selama ini,” katanya lagi.
Malah bagi Ayu, persona yang dibawa Che Ta adalah tersendiri.
“Dia sendiri pun bukan biasa. Dia luar biasa. ‘Agak luar biasa untuk dia pakai biasa.’ Bagi saya tak semua orang boleh ‘carry’ dengan apa yang dipakainya.
“Ibaratnya, dia boleh ‘carry’ dengan ‘soul’,” katanya yang kini mahu fokus menggerakkan promosi menerusi kerjasama dengan BYLR.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Majalah Nona
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Setiap pasangan berkahwin pastinya impikan kehadiran cahaya mata bagi melengkapi seterusnya menyerikan lagi mahligai yang dibina.
Lalu, persoalan mengenai cahaya mata pastinya tidak lari buat pelakon, pelakon Nelydia Senrose yang sudah hampir tiga tahun mendirikan rumah tangga dengan suami tercinta, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid.
Malah baru-baru ini juga terdapat dakwaan mengatakan dirinya sedang berbadan dua namun adik kepada pelakon Uqasha Senrose itu menafikan perkara tersebut.
“Allah, saya aminkan saja khabar tersebut. Tapi belum ada berita ke arah itu (hamil).InsyaAllah doa-doakan,” katanya ringkas kepada MH.
Bintang cantik itu berkata demikian pada sesi sidang media secara virtual drama Khilaf Asmara baru-baru ini.
Aktres berusia 28 tahun itu juga berkata, dia tidak meletakkan sebarang syarat tertentu untuk watak selepas tampil berhijab sejak Disember tahun lalu.
“Sebenarnya sebelum ini pun saya tak pernah beri apa-apa kenyataan sebab saya belum bersedia lagi.
“Tapi sebelum saya bertudung atau sudah bertudung ke, saya sentiasa terbuka untuk sesuatu yang baharu.
“Jadi saya tak letak sebarang had (tawaran lakonan), selagi ia tidak melanggar atau keterlaluan… saya mahu terus mencuba,” katanya.
Mula menceburi bidang lakonan sejak berusia 13 tahun lagi, Nelydia berkata seiring dengan peningkatan usia, dia kini mahu mempelbagaikan watak agar dapat memberikan impak kepada penonton.
“Apabila usia semakin meningkat kalau boleh saya tidak mahu hanya melakonkan watak sama sahaja.
“Bukanlah bermaksud terlalu memilih cuma jika menerima sesuatu tawaran itu saya akan teliti dahulu agar watak yang diberikan boleh memberi impak kepada penonton,” katanya.
Drama terbaharu Nelydia, Khilaf Asmara turut dibintangi Fasha Sandha, Fattah Amin dan Fahrin Ahmad.
Khilaf Asmara yang diarahkan oleh Uchee Fukada ini akan mula bersiaran di slot Samarinda bermula pada 18 April ini, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 10 malam di TV3.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.