Baru saja melancarkan biografi berjudul Life Goes on, Siti Nordiana optmis untuk berkongsi kepada para peminat perihal liku-liku sepanjang tempoh bergelar anak seni.

Malah, peminat juga berpeluang untuk membaca kisah suka duka penyanyi ini, termasuk menatap beberapa foto eksklusif soal kepayahan perjalanannya dalam membina nama sebagai anak seni.

“Idea untuk menghasilkan buku tersebut adalah sejak dua tahun lalu. Memang kalau nak diikutkan tiada masa jadi saya lakukannya secara peringkat. Saya yang bercerita dan memberikan ayat, sementara pihak penerbit membantu untuk olah dengan pemantauan daripada saya sendiri supaya jalan ceritanya tidak ‘lari’.

 

“Kalau nak diiukutkan, ia lebih kepada sebuah kisah yang mengetengahkan sisi motivasi berkenaan diri saya sejak dahulu sampai sekarang,” katanya kepada MH.

Mengharapkan respon positif daripada peminat terhadap buku berkenaan, penyanyi yang kini sinonim menerusi lagu duet, Sesungguhnya aku di samping Alif Satar turut menambah, dia sedang di peringkat perbincangan untuk melakukan sebuah projek duet bersama Khai Bahar.

“Lagu Memori Berkasih Yang Memulakan Segalanya…” – Siti Nordiana Jawab Isu Apa Fasal Khai Bahar?

IKLAN

Kongsinya, jika perancangan tersebut berjalan lancar lagu mereka itu boleh didengari peminat awal tahun depan.

“InsyaAllah kalau jadi saya akan nyanyikan lagu duet bersama Khai Bahar. Saya yang buat sendiri lagu. Begitu juga dengan dia. Jadi kami akan pilih mana lagu ciptaan masing-masing yang paling serasi untuk dirakamkan. Kena lihat juga pada kesesuaian lagu,” katanya yang mendedahkan, idea bergabung menerusi satu lagu itu hadir daripada penyanyi lelaki berkenaan.

 

“Memang ada yang sudah tahu mengenai perancangan kami untuk duet bersama. Dia yang tawarkan diri dan saya pastinya gembira memandangkan genre lagu-lagu kami pun hampir sama. Boleh dikatakan, lagu Memori Berkasih yang memulakan segalanya. Kami pernah duet sama di Smule dan mungkin lagu itulah yang memberi ‘sinar’ terhadap awal kerjayanya dulu.

 

“Malah, setiap kali jumpa saat membuat persembahan pun, Khai akan tanya mengenai projek duet. Dia sangat ‘sweet’ daripada segi personaliti. Harapnya ia akan menjadilah projek kami tu. Seronok dan teruja sebab rata-rata peminat menerusi media sosial pun sambut baik idea berkenaan,” kongsinya lagi.

Terdahulu, Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana ini ditemui media pada majlis pelancaran Konsert Fenomena D’Pop akan berlangsung pada 28 September ini di Dewan Banquet Menara FELDA, Kuala Lumpur.

IKLAN

Selainnya, barisan artis lain yang bakal membuat persembahan ialah  Datuk Jamal Abdillah, Siti Nordiana, Amelina, Datuk M Daud Kilau, Datuk Nassier Wahab, Rohana Jalil, Zur Eda, Haiza dan Zamani. Tiket mula dijual pada harga RM 1000 (pakej platinum), RM 500 (pakej gold), RM 300 (pakej silver) dan RM 200 (pakej emerald).

IKLAN

Foto: Instagram Siti Nordiana/ Khai Bahar

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI