Pendakwah bebas, Ustaz Adnin Roslan meluahkan rasa syukur apabila lagu duet bersama penyanyi Naim Daniel yang berjudul Seni Berdamai Dengan Takdir berjaya menduduki carta trending YouTube.

Menurut Ustaz Adnin, kejayaan ini membuktikan karya yang berkualiti dan bermesej tidak perlu bergantung kepada gimik atau unsur berlebihan untuk mendapat perhatian ramai.

“Ini bukti bahawasanya nak berjaya tak perlu nak buat benda yang pelik-pelik.

“Kalau anda perasan, dalam muzik video lagu ini tiada perempuan, babak berpegangan tangan dan aurat didedahkan.

Ads

“Liriknya pun berkisarkan ketuhanan, mengajak kita berdamai dengan takdir, melupakan kisah-kisah silam dan bersangka baik dengan takdir Allah.

“Alhamdulillah lagu ini berjaya dapat nombor satu dan mengalahkan lagu-lagu K-Pop dan sewaktu dengannya,” katanya.

Perkara tersebut dikongsikannya menerusi satu hantaran di Instagram miliknya, beberapa hari lalu.

Ads

Harap Lagu Beri Manfaat, Bukan Sekadar Hiburan

Dalam masa sama, Ustaz Adnin turut berharap agar karya ini dapat menyentuh hati dan memberi kesan positif kepada pendengar, lebih-lebih lagi dalam konteks kehidupan dan cabaran menerima ketentuan Ilahi.

“Apapun, nombor satu atau tidak, yang penting orang-orang yang mendengarkan lagu ini dapat mesej yang kami nak sampaikan. Semoga bermanfaat,” katanya lagi.

Ads

Terdahulu, Seni Berdamai Dengan Takdir mencatat lebih 1.4 juta tontonan di YouTube dalam tempoh sebulan selepas pelancarannya.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Adnin Roslan (@ustazadnin)

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI