Ikon muzik serantau, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, kini tampil dengan single terbaharu berjudul Kumbang Bunga yang menampilkan penyanyi terkenal Indonesia, Lesti, sebagai pasangan duet.

Lagu ciptaan Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh ini diangkat sebagai single pertama daripada album terbaru Siti, sekaligus menjadi simbol persahabatan dan keharmonian dua negara serumpun yang disatukan melalui bahasa muzik.

Kumbang Bunga membawa makna istimewa dengan gabungan tiga irama utama iaitu inang, dangdut dan masri, dalam garapan kontemporari tradisional.

Karya ini dihasilkan untuk menyantuni peminat dari pelbagai lapisan usia serta menarik minat generasi muda agar terus menghargai muzik berteraskan warisan.

Menurut Siti, dia terus tertarik dengan melodi Kumbang Bunga sebaik pertama kali mendengarnya, malah mencadangkan agar elemen dangdut, yang sinonim dengan gaya muzik Lesti, turut diserap dalam gubahan lagu tersebut.

“Saya gembira kerana hasrat untuk berduet dengan Lesti sudah lama dirancang dan inilah waktu yang tepat apabila saya tampil dengan single serta album berkonsepkan tradisional,” katanya.

Tambah Siti lagi, muzik mempunyai kekuatan luar biasa untuk menyatukan manusia tanpa mengira bahasa, budaya dan sempadan.

Ads

“Menerusi Kumbang Bunga, saya berharap lagu ini bukan sahaja diterima baik di Malaysia dan Indonesia tetapi turut mendapat tempat di hati peminat kami di negara lain,” jelasnya lagi.

‘Kumbang Bunga’ Satukan Dua Suara Nusantara, Siti Nurhaliza & Lesti Kejora, Komposer Ambil 2 Hari Untuk Siapkan – “Saya Gubah Khas…”

‘Kumbang Bunga’ Satukan Dua Suara Nusantara, Siti Nurhaliza & Lesti Kejora, Komposer Ambil 2 Hari Untuk Siapkan – “Saya Gubah Khas…” ‘Kumbang Bunga’ Satukan Dua Suara Nusantara, Siti Nurhaliza & Lesti Kejora, Komposer Ambil 2 Hari Untuk Siapkan – “Saya Gubah Khas…”

Dua Hari Siapkan Lagu

Sementara itu, Lesti menyifatkan peluang berduet dengan Siti Nurhaliza sebagai satu penghormatan besar dan menegaskan, muzik mampu menjadi medium yang menyatukan serta menghargai perbezaan dengan penuh kasih dan hormat.

Ads

“Saya berterima kasih kepada Dato’ Sri Siti Nurhaliza kerana mengundang saya berduet dalam lagu yang sangat indah ini.

“Para peminat kami sudah lama mendambakan kolaborasi ini dan akhirnya menjadi kenyataan,” kata Lesti.

Dalam pada itu, komposer Firdaus Rahmat pula mendedahkan, proses penciptaan Kumbang Bunga hanya mengambil masa kira-kira dua hari untuk disiapkan sepenuhnya.

Ads

“Lagu ini memang saya gubah khas untuk Siti Nurhaliza dan Lesti kerana saya ingin menonjolkan keindahan vokal mereka dalam nuansa irama tradisional yang moden dan segar,” ujar Firdaus.

Dia turut bekerjasama dengan Iqie Hugh dalam penciptaan lagu tersebut.

Kumbang Bunga diterbitkan oleh SN Legacy Sdn. Bhd., Trinity Optima Production dan Universal Music Sdn. Bhd.

Single ini boleh didapati di semua pelantar digital mulai 22 Oktober, manakala video muzik rasminya (MV) telah ditayangkan pada jam 3.00 petang hari yang sama.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Sehingga kini, MV berkenaan sudah pun menerima hampir 250,000 tontonan, kurang 24 jam selepas ia dilancarkan.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI