Bapa penyanyi Zahid Baharuddin yang gagal dikesan hampir 12 jam yang bermula malam tadi telah ditemui di Grik, Perak, kira-kira 10.30 malam tadi.
Perkara itu dikongsikan bekas juara program realiti popular Akademi Fantasia (AF) musim kedua menerusi Twitter miliknya.
“Thank u warga twitter! Papa saya dah dijumpai di grik, Perak. Terima kasih yang membantu RT twitter saya sepanjang hari ni – alhamdulillah dia ok.
“The power of social media. Thank you Allah.. thank u semua skali lagi.” tulis Zahid.
Ads
Ads
Terdahulu, Zahid memohon bantuan orang ramai untuk mengesan kereta jenis Proton Preve Silver bernombor plat DCS 6092 yang dipandu bapanya di sekitar Teluk Intan, Perak.
Ads
Difahamkan, bapanya keluar kira-kira jam 11 pagi semalam tanpa pengetahuan ibunya yang berada di rumah.
Menerusi salah satu segmen program MeleTOP semalam, pelakon Elfira Loy telah diundang khusus bagi berkongsi mengenai penjagaan wajah selain bercerita mengenai perkembangan terkininya yang sedang sarat hamil tujuh bulan.
Menarik pada dihujung segmen, bintang Kum Kum itu secara seloroh ada meminta Neelofa untuk mendoakan anak sulungnya yang bakal lahir tidak lama lagi.
“Bila kita dapat tengok baby ni?,” tanya Neelofa dan Elfira atau lebih mesra disapa El menjawab dia bakal melahirkan anaknya itu kira-kira dalam tempoh dua bulan akan datang.
“Lagi dua bulan lebih sikit je,” katanya sambil Nabil memuji El yang dikatakan seperti tiada masalah alahan atau muntah-muntah sebagaimana di alami para ibu hamil.
“Semoga selamat sihat,” ucap Lofa sebelum berakhir lalu ia segera disambul El;
“Doalah Kak lofa. Nak suruh Kak Lofa doa untuk anak saya. Nanti panjang sikit doa,” pinta El sambil disambut dengan gurau Nabil.
Dalam perkembangan lain, El bakal muncul menerusi sebuah telemovie Ogos depan di Astro Ceria dan Astro Prima.
Foto: YouTube MeleTOP
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Lebih sedekad terlibat dalam seni membuatkan pelawak dan penerbit, Nabil Ahmad mengakui dia cuba sedaya upaya untuk menghargai individu yang berada di sekeliling.
Lebih-lebih lagi terhadap mereka yang sama-sama pernah menjalani kehidupan sukar bersamanya di kampung tidak lama dulu.
Berkongsi kepada MH, pemegang trofi Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular 2009 ini menambah, kenangan lama secara tidak langsung membuatkan dirinya mahu berpijak di bumi nyata, jauh sekali mahu menganggap diri sebagai ‘diva’.
“Saya asal penghantar surat saja (despatch). Mungkin saya tiada duit sangat pada ketika itu. Saya pernah merasa hidup dengan hanya berbekalkan duit RM5 setiap hari.
“Malamnya saya jual burger dan esoknya saya kembali jadi despatch dengan wang saku sebanyak RM7 atau RM8, hasil untung jual burger semalam.
“Jadi bila Allah murahkan rezeki, saya percaya setiap rezeki yang kita perolehi, bukanlah milik kita 100 peratus. Sebaliknya, ia adalah hak orang lain juga. Kita ni hanyalah perantara untuk salurkan rezeki pada mereka.
“Alhamdulillah, saya masih lagi berkawan dengan rakan sekampung, ‘mat despatch’ yang pernah sama-sama hidup susah dengan saya.
“Sebab saya tahu, bila kita mati nanti, siapa yang akan angkut kita ke kubur kalau bukan kawan-kawan? Kalau boleh tergolek sendiri tidak mengapalah…tak perlu nak minta tolong orang,” seloroh Nabil yang kini kian selesa bergelar penerbit di bawah produksinya, Nabil Ahmad Production Sdn.Bhd.]
Bintang baru, Cash Farhan mengakui banyak mengambil inpirasi daripada penyanyi pujaannya, G-Dragon dalam muzik.
Kata pemilik nama lengkap Muhamad Asyrol Farhan Ahmad ini lagi, minat terhadap muzik mendoronya untuk terus merealisasikan impian sementelah mengikuti pengajian di Korea Selatan sejak lebih dua tahun lalu.
“Saya sambung pengajian di Seoul lebih dua tahun dan pada masa sama banyak bergaul dengan warga tempatan di sana.
“Malah saya juga pernah jalani uji bakat di Korea juga, jadi minat itu diteruskan bila pulang ke Malaysia,” jelasnya jujur.
Ditanya siapakah penyanyi yang dijadikan sebagai sumber inspirasi, pemuda berusia 23 tahun ini mengakui anggota kumpulan BigBang, G-Dragon sebagai rujukan.
“Saya cukup kagumi G-Dragon meski ada yang sinikal terhadap gosip panas yang pernah melandanya. Apa pun, saya tidak melihat dari segi yang kurang enak mengenai sisi peribadi, tetapi saya lebih gemar untuk mengenai perjalanan muziknya.
“Misalnya dia juga merupakan seorang penerbit dan dia tahu muzik apa yang sesuai seiring cita rasa para peminat.
“Malah dia juga bijak bergaya dan saya sendiri turut meminati fesyen,” jelasnya yang kini melakukan percubaan awal dengan mempertaruhkan single sulung, Trust.
Berkonsepkan fushion pop yang mempuyai elemen dance, Trust menjadi ciptaan bersama Ewal Ismail dan lirik hasil tulisannya sendiri. Lebih menarik, Cash turut berkemampuan untuk bertutur dalam bahasa Korea dan Mandarin dengan baik.
“Saya seorang pelajar bahasa dan gemar untuk teroka perkara baru. Contohnya kalau ada yang pesimis terhadap usaha ini, saya tidak ambil pusing.
“Saya seorang positif. Saya tidak kisah dengan cakap-cakap orang. Setiap orang ada pandangan masing-masing. Janji saya puas dan ada yang berpuas hati dengan hasil kerja saya,” akhiri Cash optimis.
Terdahulu, Trust difahamkan berkisah mengenai kisah cintanya sendiri yang kecundang di tengah jalan kira-kira empat tahun lalu.
Video muzik rasmi Trust juga sudah dimuat naik di YouTube sejak penghujung Jun lalu.
Foto: Instagram Cash Farhan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza kekal dengan pendirian untuk terus bertanding di Anugerah Industri Muzik (AIM), meskipun ada yang berpandangan statusnya sebagai figura berpengaruh dalam industri membuatkan dia tidak lagi perlu bersaing di pentas berkenaan.