Penganjur konsert, Live Universe, mengumumkan satu acara K-Pop berskala besar yang bakal mencipta sejarah dengan menampilkan artis antarabangsa (G)I-DLE dan BamBam dari kumpulan GOT7.
Konsert ini dijadualkan berlangsung pada 14 Jun depan di lokasi ikonik, Stadium Merdeka.
Menariknya, ia merupakan acara pertama konsert K-Pop yang dianjurkan di stadium bersejarah tersebut, menjanjikan sebuah pengalaman luar biasa buat peminat muzik dari seluruh negara.
“Kami berdedikasi untuk membawakan pengalaman yang tiada tandingan kepada peminat K-Pop di Malaysia.
“Sebagai tuan rumah kepada (G)I-DLE dan BamBam di Stadium Merdeka, acara ini bukanlah sekadar konsert, tetapi ia adalah pencapaian bersejarah yang akan dikenang untuk tempoh yang panjang,” ujar wakil penganjur menerusi satu kenyataan rasmi.
Ads
Kehebatan (G)I-DLE Sebagai Kuasa Wanita Global
Kumpulan (G)I-DLE yang ditubuhkan pada 2018 di bawah naungan Cube Entertainment, telah melonjak naik sebagai salah satu kumpulan wanita paling berpengaruh dalam industri K-Pop.
Dianggotai oleh lima ahli berbakat iaitu Miyeon, Minnie, Soyeon, Yuqi dan Shuhua, mereka terkenal dengan gaya muzik tersendiri dan persembahan bertenaga.
Album sulung mereka I Am yang menampilkan lagu hit iaitu Latata, yang mendapat sambutan hangat dan menjadi permulaan kepada perjalanan gemilang kumpulan ini.
Album susulan seperti I Trust dan I Never Die mengukuhkan lagi pengaruh mereka terutamanya menerusi lagu Tomboy yang berjaya meraih tempat pertama dalam Carta Digital Gaon Korea Selatan serta Billboard K-pop Hot 100.
Ads
I Never Die turut mendapat pengiktirafan daripada majalah Time sebagai antara The Best Albums of 2022′.
Lalu, pendekatan kreatif dan identiti muzik mereka telah meletakkan (G)I-DLE sebagai ikon wanita dalam industri hiburan global.
BamBam, Bintang GOT7 Kekal Bersinar
Sementara itu, BamBam yang dikenali sebagai ahli kumpulan lelaki popular GOT7, bukan sahaja seorang rapper dan penyanyi, malah dikenali sebagai penari berbakat yang karismatik.
Ads
Memulakan kerjaya pada tahun 2014 di bawah JYP Entertainment, BamBam pantas meraih perhatian kerana gaya unik dan persembahan pentas yang memukau.
Seiring perkembangan kerjayanya secara solo, BamBam terus mengukir nama dalam dunia muzik K-Pop dan kekal relevan dengan sokongan peminat di seluruh dunia.
Gabungan BamBam dan (G)I-DLE dalam satu pentas di Stadium Merdeka ini dijangka akan menjadi momen epik dalam sejarah hiburan tanah air.
Malah ia turut dilihat mampu mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi utama konsert bertaraf antarabangsa.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat penyanyi dan pelakon Syafiq Farhain yang mengesahkan isteri yang juga pengurusnya, Alia Nadia, 29, yang kini hamil lima bulan.
Bersyukur atas rezeki zuriat, Syafiq atau nama sebenarnya Nursyafiq Farhain AM Salim, 29, turut berdebar menanti kelahiran anak sulung yang dijangka lahir pada hujung Mei atau awal Jun ini.
“Ya, isteri saya hamil lima bulan. Jadi saya berharap sesiapa yang baca berita ini sama-sama mendoakan semoga anak kami dan juga isteri saya sihat dan selamat.
“Insya-Allah isteri saya akan melahirkan anak kami sekitar Mei atau Jun depan. Jujurnya macam-macam saya fikir apa yang akan saya buat nanti.
“Tapi kalau tanya saya sudah bersedia atau belum, semestinya kita kena bersedia. Tapi saya bersyukur semuanya berjalan dengan baik dan saya juga tiada masalah alahan atau sebagainya,” katanya.
Untuk rekod, Syafiq dan Alia bernikahpada 10 Oktober 2021.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kumpulan Shiro muncul juara Maharaja Lawak Mega (MLM) 2018 selepas saingan minggu terakhir di Royale Theatre, Shah Alam di sini, malam tadi.
Gandingan antara Ajak dan Sharol telah meraih wang tunai RM500,000 dan trofi.
Trio tersebut menewaskan empat pesaing lain dalam persembahan yang bertemakan bebas dan muzikal komedi.
Manakala, kumpulan Bocey menjadi naib juara dan memenangi hadiah wang tunai RM250,000 berserta trofi.
Tempat ketiga dimenangi peserta kumpulan Zero yang meraih wang tunai RM150,000 serta trofi.
Kumpulan Puteh di tempat keempat diikuti kumpulan Taman di tempat kelima yang masing-masing menerima hadiah wang tunai RM50,000 dan RM15,000 berserta trofi.
Hadiah disampaikan oleh Seniwati Wan Maimunah.
Peserta diadili juri tetap, Douglas Lim, Remy Ishak,Tia Ariffin dan Scha Al-Yahya dengan pemarkahan sebanyak 70 peratus dan 30 peratus daripada undian penonton melalui aplikasi Tik Tok.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kalau sudah namanya rezeki… Itulah situasi yang boleh digambarkan apabila usahawan yang juga jutawan tudung Bawal Exclusive, Haliza Maysuri terharu selepas menerima hadiah mewah daripada suaminya, pada Isnin.
Kejutan tersebut dibuat bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-47 di The St Regis, Kuala Lumpur yang dihadiri lebih 200 tetamu jemputan.
Menerusi video yang dikongsikan di media sosial, Haliza menerima sebuah kereta mewah jenis BMW SUV XM Label Red bernilai RM1.6 juta bersama sekalung tasbih emas 916 yang ditempah khas berharga RM30,000.
“Tak.. Saya tak tahu. Terima kasih banyak suami,” katanya ringkas sambil terkejut.
Majlis serba mewah itu turut diserikan dengan persembahan daripada penyanyi, Dayang Nurfaizah.
Sementara itu menerusi hantaran di Instagram, Haliza mengharapkan lebih banyak hal yang indah dalam kehidupannya selepas ini.
“Tetaplah menjadi peribadi yang selalu belajar tidak terbang dengan pujian, tidak tumbang dengan cacian, tetap tenang dalam ujian dan teruslah berusaha dalam diam.
“Satu lagi tahun yang indah telah berlalu. Semoga apa saja yang menanti di tahun hadapan diberikan kemudahan.
“Saya cintakan diri saya. Saya bangga dengan diri saya,” jelasnya.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Pelakon filem adaptasi aksi nyata Lilo & Stitch terbitan Disney, David Hekili Kenui Bell, dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 46 tahun, menurut kenyataan...