Meski berbadan gempal dan tidak mempunyai bentuk tubuh ideal seperti mana para selebriti lain, namun tuah nyata berpihak pada Sherry Alhadad apabila ramai yang sudah buka mata terhadap bakat yang dimiliki.

Malah, sehingga kini, Sherry kekal menjadi antara pelakon dan pengacara yang cukup bijak di dalam mengawal audiens, khasnya menerusi lawak spontan yang dipersembahkannya. Siapa yang boleh lupa kewibawaannya dalam mengendalikan Anugerah Juara Lagu tahun ini di samping Alif Satar kan?

Bagaimanapun sehari lalu, Sherry ada memuat naik sekeping gambar menerusi Instagram yang memaparkan dirinya bergambar dengan rakan selebriti yang kesemuanya bertubuh ‘comel’. Difahamkan, mereka dijemput khusus sebagai panel untuk program bual bicara kendalian Sherry, iaitu The Sherry Show & Friends.

Kongsi Pengalaman Dibuli Sebab Gemuk, Sherry Alhadad Pernah Kena Tendang Sampai Jatuh Longkang!

IKLAN

Sementara menerusi ruangan kapsyen, pelakon sitkom Bus Stop ini sempat mengenang memori yang dilaluinya di zaman persekolahan.

“Love just the way you are.. Dari kecik dulu saya selalu kena ejek dengan perkataan GEMUK. Saya kena buli masa sekolah rendah, pernah saya jalan kaki ke sekolah saya ditendang sampai jatuh longkang dan saya tak ada buat apa-apa salah pun dengan dia,” tulis Sherry.

Pada masa sama, Sherry turut menekankan supaya jangan rasa lemah dengan bentuk badan. Sebaliknya, jadi seorang yang positif dan cintai diri-sendiri.

IKLAN

“Diskriminasi ada di mana-mana, tapi jangan jadikan itu alasan untuk terus lemah.. Be yourself be fabulous be true be positive and paling penting love yourself,” tulis Sherry sambil disertai dengan tanda palang #thesherryshowandfriends.

Kongsi Pengalaman Dibuli Sebab Gemuk, Sherry Alhadad Pernah Kena Tendang Sampai Jatuh Longkang!

IKLAN

Entri yang dimuat naik turut menerima reaksi pelbagai di kalangan para pengikutnya, rata-rata turut bersimpati atas apa yang menimpa Sherry selain berkongsi pengalaman masing-masing.

Sehingga kini, gambar tersebut sudah pun menerima hampir 13,000 tanda suka selain lebih 180 komen diterima. All the best buat Sherry!

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI