Selebriti dan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina berkongsi dia kini sedang berada di Mekah bagi mengerjakan ibadah umrah bersama anak angkatnya, Musa.

Menerusi hantaran yang dibuat naik menerusi laman sosial Instagam, Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Azman, 42, berkongsikan gambar dia dan Musa berada di hadapan Kaabah bersama jemaah yang lain.

“Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana memberikan kami peluang untuk bersama-sama berada di Tanah Suci.

“Beberapa bulan sebelum ini, Musa sering dihidangkan dengan imej serta mendengar cerita-cerita berkaitan haji daripada saya dan Alhamdulillah dia dapat melihat Kaabah depan-depan mata,” tulis Nina di ruangan kapsyen.

IKLAN

Dalam perkongsian sama, Nina memanjatkan doa semoga agar anak lelakinya itu mempunyai akhlak serta budi pekerti mulia dalam menggemudi kehidupannya kelak.

“Ya Allah, semoga Musa membesar dengan akhlak yang baik dan hidup berlandaskan iman, takwa dan mengikut landasan ajaran Al-Quran dalam menggemudi kehidupannya di dunia dan akhirat kelak. Amin,” tulis Nina lagi.

Artikel Berkaitan;

IKLAN

Aktif & Sinonim Sertai Misi Kemanusiaan, Mizz Nina Terima Anugerah Maulidur Rasul Kebangsaan

“Saya Cintakan Awak Namun Saya Terpaksa Lepaskan Awak Pergi,” – Individu Ini Cuba Singkap Maksud Gambar ‘Sunset’ Mizz Nina

Istiqamah Bertudung Selepas Tunai Haji & Miliki Anak Angkat Bernama Musa, Ini 10 Trivia Mengenai Mizz Nina

IKLAN

Terdahulu, Nina baharu sahaja menerima anugerah Ikon Aktivis Kemanusiaan sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1444H pada Ahad lalu.

Bekas isteri vokalis Hujan, Noh Salleh ini sememangnya dikenali ramai dengan kerja-kerja kebajikan sejak 2013 sejurus memperlahankan karier seninya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

https://www.youtube.com/watch?v=lKzn6GUIO-8

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI