Elly Mazlein tidak menafikan ada ketikanya dia rasa penat kerana memberikan energi yang besar ketika mengacarakan Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) saban minggu.
Elly yang mesra disapa Kak Lina berkata, dia perku berbuat demikian demi memastikan perjalanan program berjalan dengan baik bersama rakan hos.
“Umur saya 42 tahun. Memang penat, tapi niat saya nak kena bawa program ini sebaik mungkin. Macam Tok Ram (Ramli MS) beritahu pada sidang media, kami sebagai hos pun kena ‘perform’, bukan hanya peserta.
“Jadi bagi saya tiada istilah untuk melebih-lebih daripada bintang bertanding, tidak. Sebab saya tahu, kalau kita bawa biasa-biasa, pun kita akan diperkatakan. Saya terpaksa tak fikirkan diri sendiri, yang saya tahu kami nak kena bersama-sama jaga program ini, supaya ia ‘hidup’.
“Memanglah penat, tapi saya tak boleh nak tunjuk kat semua orang yang saya penat. Bila tanggungjawab dah diberikan, saya kena lakukan yang terbaik,” katanya kepada MH.
Bintang yang kini bergelar penyampai radio Era ini bagaimanapun tidak mahu memandang komen diberikan netizen secara sebelah mata.
Ads
“Pada masa sama, memang saya hormati pandangan orang luar, tapi kadang-kadang saya terpaksa tutup telinga, saya kena buat ini. Sebab ini memang permintaan dan ini kemahuan. Jadi kena buat.
“Sebab nak galas tanggungjawab ini bukan senang. Susah… Hati kena cekal. Sebab kita ada yang suka dan tidak. Nasib baliklah untuk saya, rasanya lebih ramai yang suka. Walaupun ada yang kecam, ada yang bidas balik.
Ads
“Saya tak minta mereka untuk berbalah. Cuma saya berterima kasih kalau ada yang tak mahu saya rasa ‘down’. Saya tak risau pada netizen yang tak suka. Sebab pada saya, masing-masing ada pendapat sendiri.
“Saya kenalah terima. Tinggal lagi macam mana saya nak mengawal perkara itu,” katanya yang akui ada membawa komen yang ditinggalkan netizen di media sosial demi memperbaiki diri.
Terdahulu, cara Elly mengendalikan program realiti tahunan itu merima reaksi berbelah bahagi. Ada yang suka malah tak kurang yang menyifatkan caranya sebagai ‘over’ hingga menyebabkan dia lebih menonjol berbanding yang lain.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Hanis Zalikha berkongsi pengalamannya berdepan dengan ‘morning sickness’ saat mengandung anak keduanya.
Kongsinya lagi, pelakon drama Suamiku Encik Sotong itu juga berpengalaman sama ketika mengandungkan Yusuf Iskandar dulu.
“Baru lepas muntah satu hidangan complete makan malam. Orang kata macam mana nak tau gaya kita waktu mengandung, tengok mak kita selalunya.
“Kalau mak kita jenis memang takde morning sickness (loya & muntah2) waktu pregnant insyaAllah, kita pun takde. Bila tanya Mama, Mama kata untuk tujuh-tujuh orang anak dia, semua pregnancy memang dia loya dan muntah2. Omg help.
“Waktu mengandungkan Yusuf dulu, my morning sickness teruk ya amat, everyday muntah, hampir setiap kali makan, sehingga 9bulan masih muntah.
“Cuma reda sikit je time second trimester. Tapi kita kena kuat semangat. Mommynis nak pesan kat semua ibu ibu senasib kat luar sana, kita kena kuat semangat.
“Makan jugak walaupun kita tau kita akan muntah balik. Jaga waktu makan. Ikhtiharkan nak masukkan zat dalam badan. Sebab walaupun Mommynis muntah2 macam apa tah, Yusuf tetap mok masa lahir.
“Adalah tu zat2 yang sempat terserap. Allah tahu kita usaha buat yang terbaik untuk kandungan kita. Folic acid jangan miss. Masa masuk second trimester dah start minum @toujoursadvanced untuk zat2 buah-buahan & makanan sunnah. Lepas tu obimin.
“Minta tolong suami atau sesiapa yang mampu bantu kita ingatkan waktu makan. Sebab macam sekarang ni selalu lupa waktu makan sebab uruskan anak dan kerja kan.
“Bila perut kosong ya Allah, takde isi nak muntah pun tetap muntah. Sampai terkeluar acid perut yang hijau.
“Orang yang tak lalui morning sickness kadang2 susah nak faham. Sesetengah ibu yang diberikan peluang menghadapinya sampai rasa: beranak okay, pantang okay, breastfeeding okay, tapiii morning sickness paling tak okay, buat kita macam tak berdaya sangat sangat.
“Perasaan dia adalah sesak dada, terkulai, banyak angin dan waktu celik kita cuma fokus nak tahan muntah je. Paling best cuma waktu tidur. Sebab waktu tidur je badan kita macam lupa jap nak loya2 ni semua.
“Tapi sesak dada tu pulak buat susah nak lelap. Lol. Dengan itu, para suami dan orang sekeliling, semoga empati terhadap ibu mengandung lebih tinggi.
“Peka akan kehendak mereka. Loya dan muntah2 mereka nampak macam remeh je, tapi dunia mereka rasa macam slowww sangat2. Berkasih-sayanglah dan saling memahami. Pengorbanan ini akan berbaloi nanti buat semua,” tulisnya.
Guru vokal, Cikgu Shafi turut rasa terkesan atas pemergian penyanyi Sandra Dianne awal pagi Jumaat.
Cikgu Shafi merupakann guru vokal program Big Stage 2020 yang turut disertai Sandra.
Katanya menerusi satu posting di Instagram dia cukup menghargai momen bersama penyanyi berusia 26 tahun itu biarpun usia perkenalan antara mereka terlalu singkat.
“Innalillawainailahirojiun.. Pelajar kesayangan @sandradianneofficial di Big stage.
Sementara itu menerusi Insta Stories, Cikgu Shafi turut berkongsi dia berkesempatan menatap wajah anak muridnya itu buat kali terakhir sebelum jenazah dibawa pulang ke Sabah untuk dikebumikan.
“Perkenalan yang begitu singkat tetapi perjalannya dan setiap kenangan bersama seperti usianya 26 tahun.
“Rezeki untuk mendidiknya, membentuk peribadinya, menasihatinya agar terus positif dan kuat amat kusyukuri.
“Subuh tadi kumelangkah masuk ke bilik mayat untuk menatap wajah untuk kali terkahir. Hatiku sayu, rapuh.
“Segala kenangan menjadi abadi. Sandra… tiada lagi kesakitan kamu,” tulisya.
Petang tadi, Shafi ada memuat naik sepotong video yang merakamkan momen bersama Sandra sambil mendedahkan lagu terakhir yang diberikan buat arwah agar terus positif dari rasa sedih dan putus asa.
Sandra menghembuskan nafasnya terakhir pada Jumaat selepas lima hari bertarung nyawa akibat kemalangan jalan raya.
Terdahulu, Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria, 26, terlibat dalam satu kemalangan kereta di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) ketika sedang menuju ke Putrajaya International Convention Centre (PICC) bagi tujuan rehersal pada Sabtu.
Foto: Instagram Cikgu Shafi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!