Bakal memulakan tayangan pada 6 Mac ini, drama Andai Itu Takdirnya menampilkan barisan pelakon seperti Shukri Yahaya, Hannah Delisha dan Puteri Sarah Liyana.

Rata-rata netizen melahirkan keterujaan mereka yang sudah tidak sabar untuk menyaksikan drama yang diadaptasi daripada novel tulisan Siti Rosmizah Ismail itu.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin, 38, turut berkongsikan sedutan babak naskhah berkenaan yang memaparkan adegan Shukri sedang mencekik isterinya lakonan Hannah.

Dalam hantaran itu, Puteri Sarah menulis, “Ramai je suami macam ni tapi tak buat report je.”

Ads


Sementara itu, kes permohonan penceraian Puteri Sarah terhadap suaminya, pengarah Syamsul Yusof akan dibicarakan pada 7 Mac ini.

Ads

Menerusi kenyataan media sebelum ini, Puteri Sarah berharap Syamsul akan melepaskannya secara baik.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4 tahun.

Ads

Pada 6 Januari lalu, Syamsul membuat pengakuan sudah berkahwin dengan wanita yang didakwa sebagai individu ketiga iaitu Ira Kazar di Thailand.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI