Semalam, usahawan kosmetik, Nur Sajat ada memuat naik sebuah video memaparkan dirinya hanya mengenakan bikini ketika bercuti di Lubanon.
Video tersebut telah menimbulkan rasa tidak senang sesetengah ramai pihak termasuklah penceramah, PU Amin.
Berkongsi dilaman Instagram, PU Amin memberi tahu, di bulan Rabiul Awal yang mulia ini, dia tidak menyangka Sajat sanggup mencemarkan bulan kelahiran Rasulullah dengan video tariannya itu.
“Bulan Rabiul Awal , bulan kelahiran Nabi dicemarkan dengan video gelek berdurasi 35 saat oleh sajat . Dalam 12 jam video gelek ber background lagu arab dapat 422k tontonan di Facebook . Nyata budak budak kecik sampai orang tua menonton video gelek ini.
“Ya Rabb ! Di atas laut itu . Laut yang pernah menjahamkan manusia . Boleh memusnahkan manusia . Bersaksikan langit yang terbuka , dijaga malaikat pemelihara rahmat , di lantai kan laut yang bertasbih dan berzikir pada Tuhan . Dia sanggup,” tulisnya.
Tambah PU Amin lagi, dia boleh terima sekiranya usahawan tersebut bertindak biadap kepadanya tetapi tidak kepada keagungan Allah S.W.T. Dia juga masih bingung mengapa ramai pihak yang masih menyokong perniagaan usahawan tersebut.
“Apakah sajat mahu mencabar Allah? Aku hanya mampu menulis , kalau aku buat video netizen kata aku dakwah kasar tak macam Nabi Saw. Kurang ajar dengan ustaz boleh terima. Tapi kau kurang ajar dengan Allah . Aku tak faham kenapa ramai lagi yang sokong yang beli produk dia ni . Satu persatu azab di perlihatkan tapi masih berdegil dan angkuh.
“Ya Rabb ! Kami dah berusaha , kami dah cuba menasihati , kami dah cuba membenci , pelihara kami wahai Tuhan dari azab dan seksa . Jangan kau azab dan laknat kepada kami yang tidak bersalah . Kami takut Ya Allah dengan kemarahan mu Ya Allah . Lindungi kami Ya Allah,” katanya lagi.
Menjengah di ruangan komen, ini antara sebahagian reaksi netizen terhadap kenyataan yang diberikan PU Amin.
Semoga apa yang dikongsikan oleh PU Amin itu dapat memberi manfaat kepada kita semua untuk dijadikan pengajaran. Apa-apa pun doakan sahaja yang terbaik untuk kedua-dua belah pihak.
Foto: Instagram PU Amin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Isteri usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid muat naik fotonya bersama permata hatinya, Yusoff Al-Qardawi di laman Instagramnya, hari ini.
Namun begitu, apa yang menarik perhatian adalah perkongsiannya di ruangan kapsyen, di mana tahun lalu, dia gigih membawa Yusoff di dalam kandungannya untuk menunaikan umrah.
“Waktu mama baru pregnant yusoff tahun lepas 2017….kebetulan dah daftar umrah….berbelah bahagi antara nak pergi atau tidak.
“Sbb nak tunggu @yusoffalqardawi lama baru dapat lepas last bersalinkan abg @baem_adham 6 tahun lepas.
“Tapi kan mama fikir kalau tuhan nak bagi rezeki Insya Allah ada…kadang kalau kita terlalu risau dan terlalu berjaga2 kalau dan Allah kata bukan rezeki kita x dapat juga.
“So pergilah mama ke sini dgn pening mabuk,muntah dan mcm2 simpton mama bawa ke mekah dan madinah ni.
“Sekarang mama datang lagi bawa yusoff pula kan…..dalam keadaan sihat ceria,” tulisnya.
Pelawak Jep Sepahtu mencuri perhatian apabila menitipkan nukilan istimewa menerusi ruangan Direct Message (DM) Instagram buat pemain bola sepak kegemarannya, Cristiano Ronaldo yang bakal mengetuai cabaran Portugal di kejohanan Piala Dunia FIFA 2026.