Penyanyi terkenal, Ziana Zain mengakui kemelut yang melanda rumah tangganya baru-baru ini disifatkan sebagai suatu hal sensitif untuk dikongsikan secara terbuka, memandangkan ia melibatkan ramai pihak. Katanya kepada MH, dia juga perlu berhati-hati demi menjaga perasaan pihak terlibat.

Tambahan lagi, kes turut melibatkan prosiding mahkamah selepas suaminya didakwa atas tuduhan mencederakan anak. Bagaimanapun, penyanyi Kemelut Di Muara Kasih dan Berpisah Jua ini mahu positif dan cuba  bertenang terhadap apa yang telah berlaku.

“Alhamdulillah saya okay dan kehidupan perlu diteruskan. Move on dan kena fikir positif. Doakan yang terbaik,” itu kata-kata penghibur asal Melaka ini apabila ditanya mengenai dirinya pada ketika ini. 

Ditanya soal keterbukaannya untuk berdepan peminat ketika kisah peribadi masih menjadi cakap-cakap ramai, Ziana terpaksa akur dengan segala ketentuan selain menjelaskan apa yang dilakukannya ini adalah sebagai rasa hormat dan sayang kepada kerjaya seni yang dibina sejak sekian lama.

“Ini adalah periuk nasi saya. Saya ada rasa tangunggjawab yang besar kepada peminat dan industri seni. Kita tidak boleh lemah sebab kalau lemah, kita akan kalah.

 

“Jadi kena lawan perasaan tersebut. Saya pun kena kuat untuk masa depan,” katanya kepada MH selepas ditemui di program rakaman Konsert Dimensi Legenda Raya yang bakal bersiaran menerusi RTM sempena raya nanti.

IKLAN

Menjawab pertanyaan media sama ada mereka masih berkomunikasi selepas apa yang berlaku, kakak kepada penyanyi Anuar Zain ini menjawab;

“Semua ada perkara sendiri yang perlu dilakukan. Buat sementara waktu kita perlu tunggu keputusan mahkamah kerana pada ketika ini, fokus pada kerja dan pada anak-anak. Dia (suami) pun ada perkara yang difokuskan juga. Untuk keadaan sekarang, kita go with the flow,” akui Ziana yang turut mengakui apa yang berlaku merupakan satu ujian tersebar.

Apatah lagi sebelum ini, dia belum belum pernah terpalit dengan sebarang kisah kontroversi yang mencetuskan sensasi di atmosfera seni Malaysia.

“Allah itu  Maha Kaya. Kita tak tahu apa ujian yang Dia akan berikan pada kita pada masa depan. Semua benda boleh jadi,” jelasnya lagi.

Sambil mengharapkan yang terbaik, Ziana turut memohon doa daripada para peminat yang selama ini tidak putus-putus menyokong perjalanan kerjayanya sejak dahulu hingga kini.

IKLAN

“Pesanan saya kepadap peminat, doa yang baik-baik untuk saya, anak-anak, kerjaya dan semuanya, insyaAllah…,”akhiri Ziana.

Terdahulu, suaminya,  Armin Zaharin Ahmad Zambri didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Mei 1998 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Aiman,19, Muhammad Ammar,14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh,9.

IKLAN

Foto: Instagram Ziana Zain

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI