Komposer dan pencipta lagu, Ajai menyifatkan dirinya amat bertuah kerana diberikan peluang untuk bekerjasama bersama penyanyi berbakat besar, Allahyarham Siti Sarah sejak daripada awal kemunculannya didalam industri seni.

Menurut Ajai, Sarah sememangnya dikurniakan bakat nyanyian yang sangat luar biasa dan dia juga berasa amat berbagga kerana berpeluang untuk menghasilkan beberapa buah lagu buat penyanyi kesukaan ramai itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MOHD FAIZAL MAAS🇲🇾 (@byajai)

“Usai sudah majlis kebumi Allahyarhamah Siti Sarah. Saya hanya mampu memanjatkan doa serta Al-fatihah mengiringi pemergian beliau. Saya mengenali beliau seawal kerjaya seninya.

“Peluang memberikan karya-karya ciptaan saya padanya merupakan satu penghargaan. Bekerja dengan seorang insan seni yang mempunyai kurniaan bakat yang sangat indah daripada Allah,” tulisnya.

“Kita Mula Kenal Dengan Kesetiaan,”- Tak Sangka Lagu Duet ‘Momen’ Terakhir, Ajai Anggap Pemergian Siti Sarah Ibarat Permata Yang Hilang

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

IKLAN

Dalam pada, Ajai turut mendedahkan dirinya juga tidak menyangka lagu duet, Semakin Benci Semakin Cinta yang diciptakan khas buat Sarah dan Shuib bakal menjadi kerjasama terakhirnya bersama penyanyi tersebut.

“Adik, kita mula dengan Kesetiaan, begitu lah sifat kamu adik. Setianya kamu sebagai seorg isteri, ibu, anak dan sahabat. Budi pekerti adik sangat indah. Yang terakhir bersama adik, untuk lagu duet bersama Suami kamu.. @shuibsepahtu.

“Rupanya itulah kenangan tawa terakhir kita. Sebesar mana kasih sayang kami padamu adik, besar lagi kasih Allah SWT yang menjemputmu hari ini,” katanya lagi.

IKLAN

“Kita Mula Kenal Dengan Kesetiaan,”- Tak Sangka Lagu Duet ‘Momen’ Terakhir, Ajai Anggap Pemergian Siti Sarah Ibarat Permata Yang Hilang

Dikesempatan itu juga, Ajai turut menitipkan doa semoga arwah Sarah diberikan ganjaran syurga di akhirat kelak.

“Hilang kata, hilang rasa, hilang sebutir permata. Moga syurga buatmu adik.

IKLAN

“Damailah kau di bumi abadi. Buat ib, kau kena kuat. Jangan sia-sia kan apa yang telah kau bina bersamanya. Demi anak-anak ib. Al-Fatihah,” akhirinya.

“Kita Mula Kenal Dengan Kesetiaan,”- Tak Sangka Lagu Duet ‘Momen’ Terakhir, Ajai Anggap Pemergian Siti Sarah Ibarat Permata Yang Hilang

Sekadar informasi, lagu duet Semakin Benci Semakin Cinta merupakan hasil ciptaan sepenuhnya daripada Ajai dan kini telah pun meraih hampir 300,000 jumlah tontonan di Youtube.

Sumber: Instagram Ajai

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI