Hasrat peminat untuk melihat bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya untuk membuat penampilan khas di konsert ‘Dolla Re:Birth The Experience’ masih menjadi tanda tanya.
Menurut salah seorang anggotanya Tabby, pihak Dolla masih belum membuat sebarang perbincang namun, segala kemungkinan boleh berlaku.
“Ketika ini, kami belum membuat sebarang perancangan mengenai hal tersebut. Kita lihatlah nanti sama ada perkara itu boleh terjadi atau tidak,” katanya kepada MH.
Ditanya sama ada idea untuk mengadakan konsert ini dibuat sebelum atau selepas Syasya mengundurkan diri, Tabby memaklumkan ia sebenarnya sudah menjadi impian Dolla sejak dua tahun lalu.
“Idea untuk mengadakan konsert sulung ini bermula sejak dua tahun yang lalu. Ketika itu, kami merasakan sudah tiba masanya untuk kami mengadakan konsert sendiri.
“Kami hanya menunggu waktu yang sesuai agar kami boleh menunjukkan satu persembahan yang hebat.
Ads
“Malah, kami juga baru melancarkan album pertama dan kini kami sudah punyai lagu yang cukup.
“Jadi, ini merupakan waktu yang tepat untuk berikan persembahan terbaik dan memenuhi harapan peminat yang ingin melihat Dolla beraksi di pentas sendiri,” ujarnya lagi.
Dolla ditemui ketika sidang media konsert solo mereka, baru-baru ini.
Ads
Pada masa sama, Tabby atau nama sebenarnya Tabitha Ariel Lam menyifatkan konsert ini sangat istimewa buat Dolla kerana ia akan menunjukkan sisi baharu kumpulan tersebut.
“Konsert ini bakal menceritakan mengenai evolusi kumpulan Dolla. Kami sudah pun mengambil satu langkah ke hadapan dan secara teknikalnya Dolla diibaratkan seperti dilahirkan semula.
“Ketika konsert nanti, anda akan melihat sendiri imej Dolla yang baharu. Ia merupakan sesuatu yang kami cipta untuk setiap penonton yang hadir di hari konsert itu nanti.
“Selain imej dan semangat baharu, mungkin anda juga akan melihat sisi Dolla yang lebih matang,” kongsinya lagi.
Ads
Dalam pada itu, Tabby turut memaklumkan Dolla kini sedang giat menjalani latihan demi menampilkan persembahan luar biasa ketika konsert nanti.
“Persiapan Dolla juga sudah bermula. Ketika ini, kami sedang berusaha untuk menambahkan stamina dengan melakukan latihan kardio dan menari.
“Kami juga akan mengadakan latihan daripada aspek muzik dan vokal,” akhirinya.
Terdahulu, konsert Dolla Re:Birth The Experience bakal berlangsung di Zepp KL pada 3 Ogos ini dan tiket mula dijual pada 30 Mei.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Meski masih lagi dalam rasa terkejut saat diumumkan sebagai juara Gegar Vaganza 6 (GV6) bersama Hady Mirza, Naqiu mendedahkan pada awalnya dia terpinga-pinga, lebih-lebih lagi apabila melihat wajahnya bersama ‘rakan juara’ terpampang di skrin.
Bintang berusia 33 tahun itu menambah, ketika itu dia masih ternanti-nanti siapa bakal juara dan tidak menyangka buat pertama kali dalam sejarah, GV mengangkat dua juara sekali gus.
“Saya blur. Itulah kenyataannya. Saya fikirkan mungkin Astro sengaja meletakkan dua gambar. Namun ia masih begitu dan tiba-tiba saya mendengar pengumuman Gegar Vaganza punya dua juara.
“Saya blur sampai terlupa trofi. Saya bertanya kepada Hardy, kita berdua juara?,” katanya jujur.
Menepis dakwaan yang mengaitkan kemenangan bersama sebagai ‘juara dirancang’, sebagaiman yang dibayangkan sesetengah pihak, Naqiu akui Hady punya lebih harapan untuk ditabal sebagai juara.
“Sebenarnya saya fikirkan Hady akan menjadi juara kerana saya ada kesilapan lirik di bahagian rap dan sebab itu saya nyatakan saya blur dengan keputusan.
“Sampaikan saya meminta Hady untuk menampar muka saya (ketawa) untuk kepastian, adakah ia benar?
“Dia penyanyi yang bagus dan saya akui tidak mampu ‘lawan’ dia.
“Yang terjadi sudah terjadi, tidak dinafikan kami berdua terkejut adakah pertandingan yang punya dua juara. Namun melihat kembali kepada Sukan Olimpik, pernah ada dua pingat emas dimenangi dalam acara yang sama. Ini bukan perkara mustahil.
“Kalau ada enam juara pun saya okay. Saya berpuas hati dengan apa yang berlaku,” kata Naqiu jujur.,
Atas tiket juara yang diraih, pemilik nama lengkap, Wan Naqiuddin Wan Najib membawa pulang RM100,000, trofi, pakej percutian ke Eropah Timur dan Asia Barat, pakej ubahsuai ruang tamu dan ruang makan serta penginapan hotel.
Bintang senior, Jatt Ali menduduki tempatketiga, Nurfatima di kedudukan keempat, diikuti One Nation Emcees (kelima) dan Sham Visa (keenam).
Naqiu dan Hady mendapat markah yang setara, iaitu 87 peratus.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad mengatakan pihaknya berpuas hati dengan prestasi hos, Elly Mazlein di Gegar Vaganza (GV9) bagi menggantikan Jihan Muse yang berpantang.
Menurut Raqim, Elly memberikan persembahan baik di samping Nabil Ahmad, sepanjang 11 minggu program realiti itu bersiaran.
“Saya rasa Elly telah melakukan ‘a fantastic job’ sebab dia memberikan satu nafas baru kepada Gegar Vaganza. Saya ada berjumpa dengan Elly selepas mendapat tahu Jihan mengandung.
“Terus… Dia (Elly) kena bersedia. Malah setiap kali bertemu, saya ada berbincang dan bertanya apa pembaharuan yang boleh dibawanya ke pentas GV memandangkan sebelum ini dia ada mengacara beberapa program lain juga,” katanya pada sidang media GV9 Akhir, Ahad lalu.
Raqim pada masa sama berterima kasih kepada Elly yang mesra disapa Kak Lina kerana sanggup menggalas cabaran seterusnya cuba berikan yang terbaik di GV9.
“Ternyata Elly sahut cabaran dan apa yang dilakukan di atas pentas GV adalah dia sendiri. Tiada paksaan daripada pihak kami dan saya berterima kasih kepadanya.
“Memang Kak Lina berani ambil cabaran dan kami berjumpa berbulan selepas Jihan hamil. Memang dia betul-betul bidan terjun dan melakukan pengacaraan yang sangat bagus,” katanya lagi.
Sementara itu, Penolong Naib Presiden Gen Next Astro, Razlin Irawati Johar pula mengakui gandingan Elly dan Nabil menjadi antara penyumbang kepada rating program berkenaan selain barisan bintang dan juri terlibat.
“Jika boleh dikongsikan, rating GV9 kali ini naik yang pertama sekali adalah disebabkan barisan bintang. Daripada awal sudah menarik minat jutaan penonton untuk menyaksikan GV9 setiap minggu.
“Yang kedua tidak dinafikan gandingan Kak Lina dan Nabil, mereka memang bagi all out. Penonton sentiasa terhibur dengan gelagat mereka selain barisan juri.
“Di mana saya lihat juri sama ‘naik’ dengan Kak Lina, saling memberi juga. Hiburan yang ada dalam GV9 itu sendiri buatkan program ini kekal nombor satu di negara ini,” katanya lagi.
Razlin bagaimanapun mendedahkan masih awal untuk mengetahui sama ada Elly akan berada dalam edisi GV yang seterusnya atau tidak.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!