Penyanyi dan pelakon, Zarul Husin memberikan pendapat selepas ditanya berhubung isu bertelagah melibatkan sesama artis tanah air yang hangat diperkatakan di media sosial.

Sebagai penyanyi yang sudah berkecimpung dalam dunia nyanyian lebih 20 tahun, Zarul atau nama lengkapnya, Zairulkefli Husin ini mengakui berasa kesal apabila melihat situasi sedemikian berlaku di kalangan artis tanah air.

“Kita Hidup Pun Tak Lama, Esok Lusa Pun Tak Tahu Ada Lagi Atau Tidak…,” – Pandangan Zarul Husin Isu Konflik Sesama Artis “Kita Hidup Pun Tak Lama, Esok Lusa Pun Tak Tahu Ada Lagi Atau Tidak…,” – Pandangan Zarul Husin Isu Konflik Sesama Artis

“Sejujurnya, saya berasa kesal apabila melihat sesama artis bergaduh antara satu sama lain. Bila buat sesuatu keputusan dalam keadaan marah, ada kesannya.

“Pada pendapat saya, sebagai orang lama nasihat saya kepada artis yang nak bergaduh sesama artis fikirlah dengan sebaik-baiknya sebab industri ni kecil. Pusing-pusing kita akan berjumpa balik.

“Kita ni hidup pun tak lama, esok lusa kita pun tak tahu kita ada lagi atau tidak, jadi memaafkan sesama kita adalah lagi penting bagi saya. Hidup dengan aman damai, berkasih sayang antara satu sama lain,” katanya.

“Kita Hidup Pun Tak Lama, Esok Lusa Pun Tak Tahu Ada Lagi Atau Tidak…,” – Pandangan Zarul Husin Isu Konflik Sesama Artis “Kita Hidup Pun Tak Lama, Esok Lusa Pun Tak Tahu Ada Lagi Atau Tidak…,” – Pandangan Zarul Husin Isu Konflik Sesama Artis

IKLAN

Dalam pada itu, penyanyi berusia 47 tahun ini berkata sudah menjadi asam garam kepada golongan selebriti berdepan dengan kecaman.

Meskipun begitu, pemenang tempat ketiga program Gegar Vaganza musim ketiga (GV3) ini tidak mahu bersikap berdendam dengan sesiapa sahaja.

“Macam saya, ada juga orang yang beri kecaman atau komen yang negatif pada saya. Tapi saya tak mahu berdendam dengan sesiapa pun.

“Sejujurnya, saya tak suka lagipun kita ni bukan hidup lama dekat dunia ni. Mahu berdendam nak bawa pergi mana kan? Jadi saya bertenang sahaja,” katanya lagi.

IKLAN

Dia pada masa sama turut selesa hidup dalam lingkungannya sendiri kerana ia sedikit sebanyak mengelakkannya daripada terjerumus dalam hal sedemikian.

“Kita Hidup Pun Tak Lama, Esok Lusa Pun Tak Tahu Ada Lagi Atau Tidak…,” – Pandangan Zarul Husin Isu Konflik Sesama Artis “Kita Hidup Pun Tak Lama, Esok Lusa Pun Tak Tahu Ada Lagi Atau Tidak…,” – Pandangan Zarul Husin Isu Konflik Sesama Artis

Dalam perkembangan lain, Zarul baru sahaja melancarkan single terbaru berjudul Sepenuh Hati ciptaan komposer Ajai dan penulis lirik oleh Iman Imran.

IKLAN

Kongsi Zarul, dia berasa teruja serta gembira apabila impian untuk berkerjasama dengan Ajai akhirnya tercapai.

“Saya sebenarnya dah cuba untuk berkerjasama dengan Ajai pada tahun 2013 lagi tapi pada ketika itu mungkin belum ada rezeki saya.

“Seperti yang kita tahu, Ajai seorang komposer yang pernah menang beberapa anugerah jadi saya berbangga bila dapat berkerjasama.

“Bila dapat peluang seperti inu, saya rasa ia satu rezeki juga,” katanya ketika sesi sidang media single berkenaan yang dilakukan secara virtual pada Selasa.

“Kita Hidup Pun Tak Lama, Esok Lusa Pun Tak Tahu Ada Lagi Atau Tidak…,” – Pandangan Zarul Husin Isu Konflik Sesama Artis

Foto: Instagram Zarul Husin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI