
Penyampai radio Suria FM, Suraya Borhan secara rasmi tidak akan lagi mengendalikan segmen Suria Petang bersama rakan penyampai Tyzo dan Sharifah Shahirah bermula hari ini.
Suraya kini bakal ditugaskan untuk mengendalikan slot Team Pagi Suria bersama rakan penyampai, Ajak dan Fizi.
Perkara ini telah disahkan oleh Fatin Nur Sofia selaku Eksekutif Kanan Pemasaran & Komunikasi Korporat stesen radio berkenaan.
Menerusi laman media sosial Instagram miliknya, Suraya turut memaklumkan perkara yang sama bersama pengikutnya.
“Sayalah orang yang ketiga bersama Team Pagi Suria. Kita ‘biashe-biashe’ je malah bukan popular mana, tapi hanya melaksanakan amanah yang dipikul bersama,” tulisnya.
Sebelum ini, Team Pagi Suria yang ke udara pada waktu sebelah pagi telah dikendalikan penyampai Ajak, Fizi dan Issey.
Bagaimanapun Issey telah membuat keputusan untuk tidak lagi mahu menyambung kontrak perkhidmatannya bersama stesen radio tersebut yang berakhir pada 16 Julai lalu.
Sekadar informasi, Suraya telah mula mengendalikan Suria Petang pada waktu sebelah petang bersama Tyzo pada tahun 2017 sebelum Sharifah Shahirah digandingkan bersama mereka pada tahun berikutnya.
Foto: Instagram Suria FM, Suraya Borhan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Yang Hadapi Situasi Ini Pun Saya, Tak Boleh Nak Tutup Mulut Orang,” – Shuib Ulas Jodoh Hidup

“Saya serahkan semuanya pada Allah SWT. Saya tak berani nak cakap.” Itu kata usahawan dan pelawak, Shuib ketika ditanya mengenai soal jodoh selepas kira-kira lima bulan pemergian isterinya, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin.
Menurut Shuib, apa yang difokuskannya ketika ini ialah anak-anak mesti tidak menafikan ibunya turut bertanya mengenai soal pasangan hidup.
“Yang penting, saya cuma harap yang terbaik untuk anak-anak. Nak bercerita mengenai hal yang depan-depan soal benda itu… bukan tak reti, mak pun ada cakap cubalah berkawan dengan sesiapa dulu.
“Entahlah… saya memikirkan anak-anak yang ramai selain masa. Malah keadaan diri saya yang ‘on and off’, itu yang buatkan ia sukar sedikit,” katanya.
Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad menambah, meski dia ada mengenali seseorang, ia bagaimanapun masih terlalu awal dan menyerahkan soal jodoh kepadaNya.
“Ada yang cakap masih terlalu awal, ada yang berpendapat kena cepat (cari pasangan) sebab untuk ‘menggerakkan’ diri kita. Selagi begini dan tak berkawan dengan siapa-siapa kan?
“Tapi saya sendiri terfikir kadang-kadang saya pun jarang keluar. Kalau isi masa sekali pun mesti bersama anak-anak. Malah kebelakangan ini pun saya tidak terlalu terlibat dengan industri seni.
“Jadi saya tak tahu bila masa saya nak terlalu tumpu hal berkaitan jodoh atau mengenali seseorang. Tak reti nak cakap bila. Saya sibukkan diri dengan anak-anak. Perhatian memang kepada mereka,” katanya lagi.
Ditanya mengenai kecaman yang diterima susulan hal berkaitan pasangan hidup baru, Shuib memilih untuk tidak mengambil berat komen berbaur negatif.
Sebaliknya, dia percaya pandangan dan perhatian daripada ahli keluarga yang terbaik.
“Saya sekarang ni macam lantaklah orang nak cakap apa. Yang hadapi situasi ini pun saya. Saya tidak boleh nak tutup mulut orang.
“Misalnya kalaulah selepas lima bulan (pemergian Siti Sarah) saya cuba cari jodoh atau apa nanti, orang mungkin cakap dulu beriya-iya sedih sangat tapi sekarang ni macam cepat pula (cari pasangan).
“Jadi saya ambil pendekatan untuk tidak perlu dengar banyak perkara mengenai orang lain. Sebab hanya perlu dengar apa kata mak dan ibu mertua saya serta ahli keluarga lain. Lainlah kalau ada usik orang lain, itu lain cerita,” kartanya lagi
Shuib kini memikul tanggungjawab sebagai bapa tunggal kepada empat orang anak selepas isterinya penyanyi Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu selepas melahirkan anak keempatnya Ayash Affan dalam keadaan dijangkiti virus Covid-19.
Hasil perkahwinan bersama arwah, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia lima bulan.
Shuib ditemui di Sidang Media Loveta x Anzalna di sebuah hotel terkemuka di ibu kota pada Jumaat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dia Takkan Songlap Duit, Jenis Jujur,” – Kerjaya Seni Lancar, Mawar Rasyid Syukur Ada Abang Kandung Sebagai Pengurus

Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid mengakui berasa sangat bertuah kerana dikurniakan abang merangkap pengurus yang sangat bertanggungjawab menjaganya dalam segala hal.
Menurut Mawar, abangnya itu merupakan seorang yang sangat kuat bekerja bagi memastikan segala urusan hariannya berjalan dengan lancar.
Katanya lagi, dia juga tidak akan risau mengenai soal wang kerana menyifatkan abangnya merupakan seorang yang jujur.
“Bebey akan nangis kalau Mawar cakap thank you kat dia, Mawar akan cakap thank you sebab kerja keras untuk Mawar, bebey akan terharu sebab dia memang all out demi nak cari rezeki untuk kluarga bebey dan nak jaga yang terbaik untuk adik dia.
“Alhamdulillah syukur sangat-sangat bila abang sendiri jadi Manager Mawar. Apapun, kita tahu dia takkan songlap duit. Bab-bab duit kita tak yah risau sebab dia memang jenis jujur.
“And yang best nya, kalau dia kerja, memang dia buat betul-betul. Mana nak cari manager hebat macam ni. A-Z dia tolong settlekan dengan bantuan @arfanrashid , contoh dia, mua adik ke, baju adik ke, dialog adik ke.
“Sometimes my hubby @rafyaakob pun akan team up with my brothers to plan my schedule. Because memang hectic sangat. Syukur sangat Mawar ada mereka ni. Boleh la Mawar buat kerja-kerja Mawar yang pelbagai ni, sambil ada time jugak untuk family. Alhamdulillah,” tulisnya.
Rasa terharu itu dikongsikan oleh finalis Dewi Remaja 2017/2018 itu menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya.
Dikesempatan itu juga, Mawar turut dilihat ada menitipkan ucapan penghargaan buat abangnya itu kerana telah banyak berkorban buat dirinya sepanjang bergelar anak seni.
“Thank you brother! Hope you are happy! I just wanna say thank you so much to you sebab betul-betul buat yg terbaik untuk adik sampai kadang-kadang migrain, thank you jaga adik betul-betul, jaga emosi adik yang paling terbaik, thank you sanggup korbankan masa bersama your family hanya kerana nk jaga adik.
“Thank you jaga relationship dengan client bagus-bagus supaya dorang sentiasa ingat dan bagi job banyak-banyak kat adik.
“Nasib baik la you ni memang background dalam industry seni ni. Allah memang dah atur perfectly about everything. Alhamdulillah. Ok bye @eddydatorashid,” ujarnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat telah dua beradik tersebut selain turut mendoakan semoga Mawar akan terus sukses lagi selepas ini.
Sumber: Instagram Mawar Rashid
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Anak Selori Hutang Kahwin Tak Habis Lagi,”- Che Ta

Baru-baru ini, topik mengenai ada pasangan yang sanggup berhutang demi untuk melangsungkan majlis perkahwinan yang mewah telah menjadi perbualan hangat di laman media sosial.
Pelakon, Rozita Che Wan atau sinonim dengan panggilan Che Ta sempat memberikan kata-kata nasihat dan pendapat mengenai perkara tersebut.
Kongsi Che Ta atau nama sebenarnya Rozita Abu Bakar berkata majlis perkahwinan sepatutnya diadakan dengan secara bersederhana dan bebas dari segala hutang.
“Skrg ni tgh hangat isu berqutang sb nak kawen , anak dh selori hutang kawen tak habih lagi, Adoiiiiii masalah ni bukan setakat tepuk daie, baik p hantuk kepala kt dinding buang !
“Kalau dh sblm kawen pun tk dak duit, apatah lagi bila dh beqanak pinak … lambat lagiiiiiii boleh bayaq hutang! Ukur baju di badan sendiri !
“Sepatutnya buat apa yg termampu ja.. bukan majlis perkahwinan yg gilang gemilang yg di tuntut, tp kehidupan selepas tu yg perlu dititik berat kan ..
“Kalau mampu tk pa, buat la 14 haqi 14 malam pun .. tp kalau mas kawen 22 henggit pun share, takut lepaih beceqai dok ungkit plk , seluaq dalam selai pun laki tk penah beli lol ..
“Sapa yg dok pikiaq2 nk kawen , jgn sampai mcm tu na..Tanggung jwab lelaki biaq depa pikui .. biarpun sederhana .. .
“Ni kami kt majlis kawen di jelebu , walaupun perkahwinan ni sederhana saja, tk pakai catering , masak rewang ttp meriah dan yg penting Letuppppp pelamin depa ,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on
Lantas, perkongsian pelakon yang berusia 46 tahun ini mendapat perhatian daripada peminat.
Rata-rata peminat memuji kata-kata nasihat yang disampaikan oleh ibu kepada tiga orang cahaya mata ini.
Semoga apa yang dikongsi oleh Che Ta yang bermanfaat ini boleh dijadikan panduan kepada semua.
Foto : Instagram Rozita Che Wan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI