
Meski kini berada pada usia 30-an, namun penampilan ibu muda kepada dua cahaya mata Ayden Adrean dan juga Ara Adreanna yang bertubuh petit dan genit ini langsung tidak melambangkan usia sebenarnya. Malah, Bella atau nama penuhnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah masih terlihat persis gadis belasan tahun!
Menerusi temubual bersama Hijabista sebelum ini, Bella sempat berkongsi ‘rahsia” kecantikkan asli yang dimilikinya, selain mewarisi kecantikkan semulajadi secara genetik keluarga. Ini petua yang dikongsikan Bella khas buat Hijabi bertubuh genit sepertinya.
5 Tip Kecantikan Yang Dikongsikan Bella Untuk Cantik ‘Luaran Dan Dalaman’
- Kurangkan Tekanan
“Pertama sekali kita kena stress free atau kurangkan tekanan dalam diri. Kena jaga diri kita, sebab nak ‘pakai’ badan kita ni lama. Jadi jangan stres-stres.
- Jaga Pemakanan
“Kedua, jaga pemakanan. Pilih makanan-makanan yang menyihatkan. Kalau nak cheat day pun sekali sekala saja.
- Luangkan Masa Bersama Keluarga
“Ketiga, rancang masa berkualiti kita bersama keluarga. Lakukan aktiviti riadah bersama-sama.
- Air Kosong
“Keempat, minum air kosong secukupnya. Kurangkan air yang bergula atau bersoda.”
- Elakkan Diri Dari Menjejaskan Kesihatan Mental
Namun apa yang penting bagi Bella Astillah, untuk tenang dan bahagia kita berhak untuk mengelakkan diri daripada mereka yang boleh menjejaskan kesihatan mental.
“Kelima, kita berhak merehatkan diri dari apa-apa yang membuat sakit. Kita berhak menghindari diri dari orang-orang yang membuat mental down. Itu adalah kebahagiaan dan ketenangan kita.”
Untuk rekod, Bella pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi asal Singapura Aliff Aziz pada 9 September 2016, namun pernah bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula dalam tempoh idah.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna. Bagaimanapun mereka akhirnya berpisah sekali lagi pada 12 Jun 2024, apabila Aliff dan pelakon Ruhainies ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sebuah kondominium di ibu negara pada 9 Mac tahun yang sama.
Jadi, kalau anda rasa nak kekal tubuh badan yang cantik, boleh lah amalkan tip daripada Bella Astillah ini. Ada anak pun, tidak langsung menjadi halangan untuk jaga badan. Bukan untuk orang lain tetapi lebih kepada diri sendiri.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Bella Astillah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI