Tiada pengubat bagi kerinduan paling dalam kepada ibunda yang telah pergi.
Jelas anak pengasas produk kecantikan Dnars iaitu Iqbar Hakim Jasman ini, setiap kali kerinduan datang menerpa, hanya foto dan memori teks perbualannya bersama arwah ibu jadi pengubat rindu.
“Setiap kali rindu arwah, saya hanya mampu tengok gambar dan sedekahkan Al-Fatihah. Mesej saya dengan arwah sehingga hari ini saya simpan sebab banyak pesanan di dalamnya.
“Walaupun jasadnya sudah tiada, namun jiwa ibu dalam jiwa saya,” jelasnya kepada MH.
Sementara itu, Lelaki berusia 22 tahun ini sempat imbau kenangan sewaktu kecil di mana dia dan arwah hidup susah senang senang bersama.
Malah, memori kereta ditarik dan tiada wang untuk membayar sewa rumah cukup kuat terpahat di ingatan.
Ads
“Arwah ibu bukan berasal daripada orang senang dan saya sendiri sempat merasai kesusahan bersamanya. Bagi arwah, membesarkan saya bukanlah satu tugas mudah dengan keadaan rumah tangga yang retak, besarkan saya sebagai ibu tunggal, kereta kena tarik, tak ada duit bayar cukai jalan, tak dapat bayar sewa rumah.
“Tetapi ibu tetap kuat kerana anak-anak. Selepas ibu berjumpa dengan ayah tiri, Tuan Haji Rizal, waktu itu mereka sama-sama bina perniagaan dan syukur berjaya sehingga ke hari ini,” katanya.
Usahawan muda ini bercerita ketika ditemui pada majlis minum petang Top Beauty Entrepreneur 2020 bersama majalah Nona di Mercu Mustapha Kamal, pada Selasa.
Biarpun masih terlalu mentah dalam dunia perniagaan, namun berkat didikan arwah yang sering ‘mengheret’nya ke hulu ke hilir demi memberi pendedahan, anak sulung daripada lapan beradik itu kini lebih yakin terajui legasi bisnes ibunya.
“Sejak dahulu ibu selalu heret saya untuk fahami selok belok dunia perniagaan kosmetik. Jujurnya saya tidak minat, saya memang minat berniaga tapi bukan dalam bidang kosmetik.
“Hakikatnya, jalan yang Allah tetapkan cukup cantik. Dalam masa setahun dia ajar saya dan harus akur, di sinilah cerita saya selepas ibu meninggal dunia.
“Alhamdulillah adik-adik semua memahami. Cuma adik-adik yang besar agak sukar kerana mereka sedang membesar lebih-lebih lagi adik perempuan.
“Nak jaga adik perempuan bukan senang, dan bila orang tanya bila saya nak kahwin, jawapan saya, tunggu adik perempuan saya kahwin dulu,” jelasnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Iqbar menerima pengiktirafan Inspirasi Nona Beauty Award bagi pihak arwah ibunya, arwah Faziani Rohban Ahmad di majlis berkenaan.
Foto : Instagram Nona
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama @EyntanElysia mendedahkan dirinya telah menjadi mangsa gangguan seksual daripada seorang pelakon lelaki iaitu Syazwan Zulkifly.
Individu tersebut mendakwa, pelakon yang popular menerusi drama Juvana itu telah bertindak bertanyakan tentang saiz baju dalam yang dipakai.
“Mohon pupus spesies artis begini,” tulisnya.
Menerusi berbualan tersebut, Syazwan dilihat tanpa segan silu bertanyakan hal saiz bahagian ‘itu’.
Aktor Tony Eusoff meluahkan rasa kecewa apabila kisah silam yang pernah mencalit titik hitam dalam hidupnya kembali diungkit dan diperkatakan oleh segelintir netizen.
Baru-baru ini, menerusi hantaran di Instagram Stories, Tony atau nama penuhnya Anthony Joseph Hermas Rajiman berkongsi tangkap layar komen seorang netizen yang mempersoalkan kelayakannya untuk terus aktif sebagai pelakon meskipun pernah terpalit dengan dakwaan penyalahgunaan dadah.
“Dia ni sudah disenarai hitamkan untuk masuk ke Singapura sebab pernah masuk penjara sebab kes dadah. Malaysia tak sekat juga ke?” tulis individu tersebut.
Tony yang pernah membintangi filem Mencari Ramlee, tampil memberi respon secara terbuka terhadap komen berkenaan dengan nada yang cukup tenang dan bertanggungjawab.
“Ya, betul saya disenarai hitamkan dari masuk ke Singapura sebab salah saya sendiri. Bukan salah orang lain.
“Malah, saya sudah selesai menjalani hukuman dan telah dibebaskan selepas beberapa bulan meringkuk.
“Tapi apa niat awak nak timbulkan isu ini? Saya cuma ingin tahu. Mohon pencerahan,” tulis Tony.
Luka Yang Cuba Dilupakan
Meskipun hampir sedekad berlalu, Tony mengakui insiden itu masih menghantui emosi dan jiwanya.
Malah dia cuba berusaha untuk ‘move on’ dan bangkit semula, namun kehadiran komen bersifat menghukum seolah-olah membuka semula luka yang belum sepenuhnya sembuh.
“Haih, kisah 10 tahun yang lalu. Tolonglah, saya move on. Saya pernah berhutang dengan awak ke apa?
“Benci sangat sebab apa? Tak mengapalah. Yang membenci akan terus membenci,” jelasnya lagi.
Untuk rekod, mahkamah di Singapura pernah menjatuhkan hukuman penjara selama lapan bulan terhadap Tony Eusoff selepas didapati bersalah memiliki dadah.
Kes tersebut berlaku pada 12 Mac di Pusat Pemeriksaan Tuas apabila dia disyaki memiliki sekurang-kurangnya 4.56 gram bahan yang dianalisis mengandungi campuran ganja.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Tony Eusoff
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pasangan selebriti Aiman Hakim Ridza dan Zahirah Macwilson mengumumkan tarikh perkahwinan mereka.
Bagaimanapun Aiman menjelaskan, tarikh sebenar masih belum ditetapkan lagi.
“Bulan Februari cukup istimewa memandangkan bulan itu merupakan bulan kelahiran Zahirah.
“Namun tarikh sebenar belum ditetapkan buat masa ini kerana bagi saya perkahwinan bukanlah satu benda yang remeh-temeh.
“Banyak hal yang perlu diambil kira, termasuk lokasi dan sebagainya,” katanya.
Terdahulu, pasangan selebriti tersebut ditemui pada majlis sidang media pengumuman tarikh perkahwinan Aiman dan Zahirah yang berlangsung di Bikersfellas Cafe, di Ara Damansara.
Lebih romantik, Aiman turut sempat melafazkan “Will You Marry Me” dengan nada bergurau sewaktu pengumuman tersebut.
Setakat ini, Aiman memaklumkan majlis perkahwinan mereka hanya akan berlangsung di Kuala Lumpur.
Sebarang perubahan lain akan diberitahu kemudian, bergantung kepada situasi.
Terdahulu, Aiman dan Zahirah mengikat tali pertunangan pada Jun lalu sejurus berkongsi gambar majlis yang berlangsung di akaun media sosial masing-masing.
Kongsi Aiman lagi, lamaran darinya buat kekasih hati untuk mendirikan rumah tangga pada November lalu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Belum pun reda isu pelakon dan penyanyi popular, Amira Othman yang didakwa bakal berkahwin tidak lama lagi, terbaharu muncul pula sebuah video yang memaparkan...