Dunia hiburan Korea kini dikejutkan dengan dakwaan yang mengaitkan pelakon terkenal, Kim Soo Hyun, dengan mendiang pelakon, Kim Sae-ron.
Tuduhan ini pertama kali dibangkitkan oleh saluran YouTube hiburan kontroversi, ‘HOVERLAB’, yang mendakwa kedua-duanya menjalin hubungan selama enam tahun sejak 2016, ketika Kim Sae-ron baru berusia 15 tahun dan Kim Soo Hyun pula berusia 28 tahun.
Dakwaan mengejutkan
Menurut ‘HOVERLAB’, hubungan pasangan ini mula goyah selepas insiden memalukan yang menimpa Kim Sae-ron pada tahun 2022, apabila beliau terpalit dengan skandal memandu dalam keadaan mabuk (DUI). Akibatnya, imejnya tercalar teruk sehingga ditolak oleh banyak produksi dan jenama terkenal.
Dakwaan semakin panas apabila agensi Kim Soo Hyun, Gold Medalist, dikatakan menuntut bayaran ganti rugi sebanyak 700 juta KRW daripada Kim Sae Ron kerana impak negatif yang diberikan terhadap drama Netflix ‘Bloodhounds’.
Pada masa itu, Kim Sae-ron didakwa dalam keadaan kewangan yang terdesak dan berulang kali menghubungi Kim Soo Hyun untuk meminta masa tambahan bagi melunaskan bayaran.
Namun, Kim Soo Hyun dilaporkan tidak membalas sebarang mesej dan akhirnya menyekatnya.
Ads
Gold Medalist menafikan
Sebagai respon kepada tuduhan ini, Gold Medalist dengan tegas menafikan segala dakwaan dan menyatakan akan mengambil tindakan undang-undang yang paling tegas terhadap penyebar fitnah.
“Semua tuduhan ini adalah tidak benar sama sekali, dan kami akan mengambil tindakan undang-undang yang paling tegas,” kongsi kenyataan itu.
Namun, keadaan semakin merumitkan apabila ‘HOVERLAB’ tidak berhenti setakat itu. Saluran YouTube tersebut kemudiannya mendedahkan foto, mesej, dan surat yang didakwa ditulis antara Kim Soo Hyun dan Kim Sae-ron sepanjang hubungan mereka.
Ads
Malahan, mereka mendakwa bahawa bahan bukti ini diperoleh daripada keluarga Kim Sae-ron sendiri.
Kim Soo Hyun bakal buat kenyataan rasmi
Dalam perkembangan terkini, Kim Soo Hyun dikatakan sedang berbincang dengan agensinya mengenai kenyataan media rasmi yang akan dikeluarkan minggu hadapan.
Dengan pelbagai spekulasi yang semakin hangat diperkatakan, masa depan Kim Soo Hyun dalam industri hiburan kini menjadi tanda tanya.
Dia kini sedang menjalani penggambaran untuk siri asal Disney+ ‘Knock-Off’, namun masa depannya dalam industri ini mungkin terjejas sekiranya kontroversi ini terus berkembang.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Jenazah pengasas produk kecantikan Dnars Skincare, Hajjah Faziani Rohban Ahmad, yang maut dalam kemalangan di Pattani, Thailand selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kedemit Luar, Wakaf Bharu, Kelantan kira-kira jam 10.00 malam semalam.
Dalam pada itu, anak Allahyarham, Iqbar Hakim ada meluahkan rasa kerana urusan pengebumian berjalan lancar.
“Langkah yang tidak pernah diduga , langkah yang penuh dengan keresahan , kesedihan,tapi apakan daya , manusia tiada kuasa untuk melawan takdir Allah S.W.T . Terima kasih kepada semua kwan2 , rakan2 media social dan media yang prihatin terhadap pemergian Arwah BONDA.
“Yang sanggup datang dari KL drive , flight , DM saya WS personal.
“Kekuatan sebenar lahir bila kita diuji , bukan bila kita dalam kesenangan.Itulah yang dapat saya simpulkan.
“Inshallah saya kuat dan redha , pemergian yang sangat baik “husnul khotimah” . .
Difahamkan, kira-kira 300 penduduk termasuk sanak saudara Allahyarham turut hadir pada majlis pengebumian.
Malah, proses tersebut selesai sepenuhnya kira-kira sejam kemudian.
Terdahulu, jenazah Allahyarham diiringi suaminyaAhmad Shah Rizal dari Hospital Pattani tiba di perkarangan rumahnya kira-kira jam 6.10 petang sebelum dimandi dan dikafankan.
*Kronologi*
Dalam kejadian pukul 10.30 pagi semalam Allahyarham maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima yang dinaiki bersama suaminya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Pattani, Thailand.
Semasa kejadian mereka dalam perjalanan menyerahkan wang zakat kepada salah sebuah pondok di kawasan berkenaan.
Mangsa maut di lokasi kejadian akibat parah dan tersepit di bahagian penumpang hadapan, manakala suaminya cedera ringan di bahagian mata kanan.
Video/Foto: IG Iqbar, Astro Awani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi baharu, Aliff Iskandar tidak mahu memikirkan soal cinta buat masa ini selepas menemui episod kegagalan dalam perhubungan yang terjalin sebelum ini.
Menurut Aliff, apa yang menjadi keutamaannya sekarang ialah masa depan kerjaya seninya sebagai penyanyi, penulis lagu selain mahu beri fokus sebagai pelajar di Institut Perguruan Ilmu Khas.
“Kita hanya mampu merancang, tapi Tuhan yang menentukan segalanya. Saya reda apabila hubungan saya berakhir tahun lalu. Ia berpunca daripada salah faham yang tidak boleh diselamatkan lagi.
“Saya reda apabila hubungan cinta selama lima tahun tidak mampu diteruskan. Saya okey dengan perpisahan ini kerana hidup perlu diteruskan.
“Lagipun dia sudah pun mempunyai kekasih hati baharu dan saya enggan memikirkannya lagi. Saya pun dah malas nak fikir soal cinta dan mahu fokus kerjaya terlebih dahulu,” katanya.
Dia bagaimanapun belajar daripada pengalaman seterusnya berharap dipertemukan wanita yang memahami satu hari nanti.
“Saya suka gadis yang boleh memahami dan terima kerjaya yang saya pilih ini. Sebagai manusia, kita mempunyai perasaan cemburu.
“Apatah lagi kerjaya seni banyak spekulasi ataupun perkara yang mendatangkan perasaan cemburu. Oleh itu, saya mahukan gadis yang benar-benar memahami kerjaya saya,” katanya yang akui ada menyelitkan kisahnya di dalam lagu yang dihasilkan.
Dalam pada itu, Aliff turut bersyukur kerana dia semakin diterima dalam seni dan akui masih dalam proses belajar untuk menjadi yang lebih baik.
“Banyak yang belum saya terokai. Sekarang saya mahu fokus membina kerjaya dan dalam masa sama, belum tamat belajar.
“Saya akan menamatkan pengajian dalam tempoh setahun setengah lagi. Jadi, saya mahu tolak perkara yang tidak penting untuk difikirkan,” katanya.
Aliff yang juga artis di bawah naungan Indigital Music akan muncul dengan single terkini berjudul Takdir.
Lagu itu akan menjadi runut bunyi bagi drama Saat Ku Tak Takluk Cinta Ini siaran TV3.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pengarah Azharina Entertainment, Azharina Azhar telah dipilih sebagai salah seorang panelis bagi 1st ASEAN Women’s Conference on Best Practices yang berlangsung di...