Pelakon terkenal Korea Selatan, Kim Min-hee, 43, telah selamat melahirkan seorang anak lelaki hasil hubungan bersama pengarah filem terkenal, Hong Sang-soo.

Menurut laporan media tempatan, Kim kini berada di sebuah pusat penjagaan selepas bersalin di Hanam, Gyeonggi, bagi menjalani tempoh pemulihan setelah melahirkan anak pertama mereka.

Sebelum ini, kehamilan Kim pertama kali dilaporkan pada bulan Januari lalu, sekali gus menarik perhatian ramai.

Hong Sang-soo, yang berusia 64 tahun, dan Kim Min-hee yang dilahirkan pada 1982, telah menjalin hubungan selama sembilan tahun.

Mereka pertama kali bertemu ketika bekerjasama dalam filem “Right Now, Wrong Then” pada tahun 2015 dan mengakui hubungan mereka secara terbuka pada tahun 2017.

Ads

Meskipun terdapat perbezaan usia yang ketara, hubungan mereka tetap kukuh dan tidak terjejas.

Sebelum bersama Kim, Hong telah berkahwin pada tahun 1985 dan dikurniakan seorang anak perempuan. Walau bagaimanapun, diamemilih untuk meninggalkan keluarganya dan telah menjalani kehidupan bersama Kim.

Ads

Pasangan ini memilih untuk hidup bersama, meskipun tidak berkahwin, namun hubungan mereka diterima dan dihormati ramai.

Menurut laporan lanjut, anak yang baru lahir itu akan didaftarkan sebagai anak luar nikah dalam rekod keluarga Hong.

Ads

Dari sudut undang-undang, isteri Hong yang kini masih menjadi pasangan sahnya, berkemungkinan akan disenaraikan sebagai ibu anak tersebut dalam rekod keluarga Hong.

Namun, Kim juga mempunyai hak untuk mendaftarkan anak tersebut di dalam rekod keluarga sendiri, jika diinginkan.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI