Penyanyi, Nadeera Zaini menzahirkan rasa syukur selepas ada beberapa pihak yang sudi untuk menaja pembikinan muzik video bagi single terbaharunya yang berjudul Emas.

Menurut Nadeera, khabar gembira itu diterimanya selepas dia membuat luahan di media sosial gara-gara ada segelintir netizen yang menyifatkan dirinya sebagai pengemis kerana secara terbuka memohon bantuan dana.

“Ketika Itu Saya Murung…,”- Selepas Disamakan Seperti Pengemis, Nadeera Zaini Syukur Jumpa 4 Penaja

“Kalau ikutkan, saya pun masih baru di dalam industri ini dan perlukan bantuan. Saya rasa, saya tidak ada buat silap tapi ada segelintir pihak kerap menghantarkan mesej di media sosial mengatakan saya ini seperti mengemis pula.

“Saya agak sedih kerana saya bukan mengemis. Saya hanya buat perkara yang betul.

“Alhamdulillah, saya merima pelbagai respon positif dan kini saya telah temui hampir empat potensi penaja. InsyaAllah kita akan berjumpa mereka untuk perbincangan susulan,” katanya kepada MH.

Juara Big Stage 2023 itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Konsert Patah Hati 2.0 yang berlangsung di Z Botanica, One Utama, Petaling Jaya pada Rabu.

IKLAN

“Ketika Itu Saya Murung…,”- Selepas Disamakan Seperti Pengemis, Nadeera Zaini Syukur Jumpa 4 Penaja

Jelas Nadeera, kos pembikian muzik video menelan belanja hampir RM100,000 namun, dia belum boleh menggunakan wang kemenangan Big Stage 2023 kerana masih di dalam proses.

“Itu merupakan usaha saya. Daripada saya berdiam diri dan menunggu sahaja, itu pun tak seronok juga. Pada saya, saya perlu berusaha keras.

“Mungkin saya sudah bekerja keras sebelum ini tapi Allah nak saya berusaha lebih lagi.

IKLAN

“Jadi, ini merupakan antara perkara yang saya lakukan untuk ketengahkan karya saya ini. Namun, maklum balas yang tak sedap pula saya terima,” ulasnya lagi.

“Ketika Itu Saya Murung…,”- Selepas Disamakan Seperti Pengemis, Nadeera Zaini Syukur Jumpa 4 Penaja

Jelas Nadeera lagi, dia sudah tidak boleh berdiam diri lagi memandangkan dakwaan tersebut sangat melampau.

“Ketika itu, saya agak murung dan emosi agak terganggu. Jadi, saya tak fikir panjang dan muat naik hantaran itu. Saya terpaksa cakap juga dan tak boleh berdiam lagi.

IKLAN

“Saya pun sudah banyak kali terima dm orang bercakap tentang fizikal saya. Kali ini saya kena bercakap juga. Yang DM ada dari kalangan akaun palsu dan akaun sebenar juga,” akhirinya.

“Ketika Itu Saya Murung…,”- Selepas Disamakan Seperti Pengemis, Nadeera Zaini Syukur Jumpa 4 Penaja

Terdahulu, Nadeera bakal membuat kemunculan pertama di Konsert Patah Hati 2.0 yang akan berlangsung pada 23 November ini di Zepp, Kuala Lumpur

Selain Nadeera, lima lagi selebriti terkenal bakal memeriahkan konsert ini antaranya Naim Daniel, Ismail Izzani, Aisha Retno, Neeta dan Bunkface.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Kredit Foto: Instagram Nadeera Zaini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI