“Alhamdulillah, kini sudah stabil.” Itu kata Ajak apabila ditanya mengenai keadaan terkini adiknya yang dipercayai mengalami kecederaan sewaktu menjalankan tugas.

Atas insiden yang berlaku, adik kepada bekas pengacara Melodi itu alami melecur kebakaran tahap dua.

“Buat masa sekarang, bahagian kulit yang terkena kesan kebakaran sudah pun dibersihkan. Apapun saya bersyukur kerana adik saya masih lagi boleh bersembang.

“Bila saya jumpa dengannya, dia minta maaf pada saya dan menangis. Katanya dia mohon maaf kerana serabutkan kepala saya, sehari sebelum final.

”Ketika dengar suaranya tu, saya terus menangis dan pada ketika itu, saya rasa final MLM (Maharaja Lawak Mega) saya tak penting langsung. Saya rasa hal ini lagi penting berbanding benda lain.

IKLAN

“Atas kecemasan yang berlaku saya ada beritahu Pak Ya dan Ropie, tak dapat nak datang untuk lalukan rehearsal. Lalu Abang Ropi cakap, tak mengapa selesaikan yang mana perlu dulu. Jangan risau, kami mendoakan yang terbaik untuk adik hang.

”Tapi pesan Pak Ya buat saya tak boleh lupa. Katanya… Ajak, kau teruskan apa yang kau rasa patut dan kiranya kalau kita gagal dekat sini, kami tak kan rasa kecewa. Adik mika lebih penting,” jelasnya.

IKLAN

Ditanya apakah punca kecelakaan menimpa terhadap adiknya itu, Ajak memberitahu ia berlaku secara pantas ketika adiknya sedang proses memasang penghawa dingin.

“Waktu itu, dia tengah nak pasang aircond, akan tetapi mungkin percikan api ketika kerja ‘welding’ itu, terkena pada gas yang mungkin ada kebocoran kecil.

IKLAN

“Lalu, menyebabkan ia meletup dan ketika itu adik saya berdua dan dia minta rakannya keluar kerana adik saya mahu cuba untuk tutup suis utama,” katanya lagi.

Terdahulu dalam saingan akhir MLM 2019 yang bersiaran secara langsung dari Royal Theatre, Shah Alam pada jumaat, Rare yang turut dianggotai Ropie dan Pakya diumumkan sebagai pemenang tempat kelima.

Atas kemenangan yang diraih, kumpulan berkenaan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM15,000 beserta trofi.

Sementara kumpulan Puteh pula diumumkan sebagai juara MLM musim ini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI