Pengurus Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh menjelaskan bekas peserta Big Stage 2022, Iqbal Zulkefli yang tidak kelihatan pada di sesi sidang media sejurus program itu selesai adalah kerana keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan.

Nurzeha menambah, pihaknya juga masih menantikan maklumat lanjut mengenai hal terbabit daripada pihak pengurusan peserta yang tersingkir itu.

“Saya dimaklumkan oleh pihak produksi bahawa Iqbal terus keluar sejurus selepas diumumkan sebagai peserta yang tersingkir.

“Difahamkan, dia tak sihat dan mungkin akan terus ke klinik atau hospital untuk menjalani pemeriksaan lanjut,” katanya.

IKLAN

Terdahulu, Iqbal yang menyampaikan lagu Ketahuan  yang dipopularkan oleh band Indonesia, Matta meraih markah paling rendah keseluruhan iaitu 9.2 peratus daripada juri dan 5.56 peratus markah undian penonton.

Sementara itu, Elica Paujin menjadi bintang yang menjuarai konsert minggu kedua dengan meraih markah sebanyak 84.6 peratus.

Minggu ini, Aina Abdul diundang sebagai Juri Juara sementara Mas Idayu dan Datuk Seri Vida masing-masing menduduki kerusi Juri Pedas dan Presiden Netizen.

IKLAN

Setakat ini, 11 peserta dijadualkan bertanding untuk minggu seterusnya ialah Tuah Adzmi, Aisha Retno, Yazmin Aziz, Daniel Chuer, Elica Paujin, Lia Aziz, Megat Rahim, Sofiaa dan Ajoi Zainal.

Terdahulu, penyanyi Sarah Suhairi berjaya merangkul gelaran juara sewaktu penganjuran musim pertama (2018). Bintang Korea Selatan, Han Byul muncul sebagai juara musim kedua (2019). Manakala Azzam Sham pula diangkat sebagai juara musim ketiga (2020).

IKLAN

Bagi menyuntik pembaharuan segar, buat pertama kalinya proses pemberian markah oleh panel juri akan dibuat secara langsung atau ‘live marking’ yang mana setiap pemarkahan akan tertera di skrin LED untuk tontonan umum.

Juara Big Stage 2022 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100 ribu beserta trofi sumbangan Astro.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI