Hos dan pelakon, To’ Puan Syamim Mohd Farid menitipkan ucapan buat rakan artis, Bella Astilah yang telah pun memfailkan penceraian terhadap suaminya, Aliff Aziz di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada Rabu.

Menerusi Insta Stories, Syamim turut meminta agar Bella untuk terus kuat dalam menempuhi ujian meskipun ia bukanlah satu perkara yang mudah.

Sokongan itu dikongsikan Syamim menerusi status terkini yang dimuat naik di Insta Stories.

“We go way back. Bella sayang, semoga terus kuat. It definitely won’t be easy but trust me, it will get better.

“Allah is with you. Please know that I am by your side and that I am here for you, always,” tulisnya.

IKLAN

“Ketahuilah Yang Saya Sentiasa Di Sisi & Selalu Ada Untuk Kamu,” – To’ Puan Syamim Tunjuk Sokongan Moral Buat Bella “Ketahuilah Yang Saya Sentiasa Di Sisi & Selalu Ada Untuk Kamu,” – To’ Puan Syamim Tunjuk Sokongan Moral Buat Bella “Ketahuilah Yang Saya Sentiasa Di Sisi & Selalu Ada Untuk Kamu,” – To’ Puan Syamim Tunjuk Sokongan Moral Buat Bella

Terdahulu, Bella, 30, atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah mengakui, dia nekad untuk bercerai dan menganggap perpisahan adalah jalan terbaik untuk mereka.

IKLAN

Bagaimanapun, Aliff tidak hadir ke mahkamah bagi prosiding tersebut susulan mempunyai komitmen penggambaran.

“Saya cuma nak permudahkan proses, lebih-lebih lagi ini adalah bulan Ramadan. Saya mahu semuanya berjalan dengan lancar,” kata Bella.

IKLAN

Sementara itu, peguam yang mewakili Bella, Azmi Mohd Rais berkata, hari ini (Rabu) adalah tarikh sebutan pertama perceraian.

“Pihak kami failkan cerai kelmarin secara ekspres. Sebelum ini Aliff bersetuju untuk cerai dan datang, namun dia maklumkan ada penggambaran. Dia minta tarikh seterusnya.

“Ikut prosedur pada tarikh akan datang, Aliff perlu hadir dan menyatakan pendirian dia sama ada mahu cerai atau tidak. Jika tidak mahkamah akan tentukan langkah seterusnya iaitu Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan Hakam,” katanya.

Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI