Pelakon Puteri Sarah Liyana memuat naik coretan lamanya khusus buat rakan artis, Bella Astilah yang telah pun memfailkan penceraian terhadap suaminya, Aliff Aziz di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada Rabu.

Menerusi tulisan berkenaan, Puteri Sarah yang kini sudah berpisah dengan bekas suami, pengarah Syamsul Yusof pada Jun tahun lalu mengakui sebelum ini dia tidak suka akan perpisahan.

Bagaimanapun, dia akhirnya mengerti bahawa sesuatu yang terjadi mempuyai sebab tersendiri.

“Dulu saya sangat takut untuk melepaskan. Dulu saya benci perpisahan. Dulu saya benci mengakhiri sesuatu.

“Dulu saya sangat takut betapa sakitnya hati saya ketika mereka tidak ada lagi dalam hidup saya.

“Saya memiliki banyak pertanyaan bagaimana, jika dan apa yang bisa terjadi kemudian dan disitulah kesalahan saya selama ni; takut akan segalanya.

“Dan sekarang saya mengerti. Ketika sesuatu berakhir, itu berakhir kerana suatu alasan. Ketika sesuatu tidak berhasil, itu tidak berhasil kerana sesuatu alasan,” kongsinya.

Ibu kepada dua cahaya mata ini juga menyifatkan apa terjadi juga adalah suratan Yang Maha Esa dan bersabar dalam menempuhi ujian.

“Kamu tahu melepaskan itu indah. Terkadang, itu sulit. Tapi selalu ingatkan dirimu bahawa setiap yang berlaku atas izin- Nya. Lepaskanlah hal-hal yang telah menyakitimu.

“Bersabarlah dalam prosesnya. Kerana setelah setiap kesabaran, ada hal yang indah yang menantimu, titipnya lagi.

Terdahulu, Bella, 30, atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah berkata, dia nekad untuk bercerai dan menganggap perpisahan adalah jalan terbaik untuk mereka.

Bagaimanapun, Aliff tidak hadir ke mahkamah bagi prosiding tersebut susulan mempunyai komitmen penggambaran.

“Saya cuma nak permudahkan proses, lebih-lebih lagi ini adalah bulan Ramadan. Saya mahu semuanya berjalan dengan lancar,” kata Bella.

Sementara itu, peguam yang mewakili Bella, Azmi Mohd Rais berkata, hari ini (Rabu) adalah tarikh sebutan pertama perceraian.

“Pihak kami failkan cerai kelmarin secara ekspres. Sebelum ini Aliff bersetuju untuk cerai dan datang, namun dia maklumkan ada penggambaran. Dia minta tarikh seterusnya.

“Ikut prosedur pada tarikh akan datang, Aliff perlu hadir dan menyatakan pendirian dia sama ada mahu cerai atau tidak. Jika tidak mahkamah akan tentukan langkah seterusnya iaitu Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan Hakam,” katanya.

Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI