Bersempena dengan ulang tahun kelahiran Abby Abadi, pelakon Norman Hakim ada menitip ucapan istimewa buatnya.
Malah, Norman turut berkongsi kejadian disebalik perkara yang dilalui Abby ketika melahirkan bayi pramatang, Daniel Firman seberat 535gram pada 27 September lalu.
“Sanah Helwah Selamat Ulangtahun Kelahiran Yang Ke-42 Mama kepada cahayamata2ku @abby_abadi112
“Ntah la bok..tp birthday awak kali ni saya rasa hiba sangat.Hiba tanda syukur sbb awak masih lagi ‘survived’ dalam hidup duniawi ni.Allah s.w.t & kita2 je ( @jaiezzany & @memeysuhaiza ) yg tahu betapa kritikalnya keadaan awak masa awak tumpah darah nak selamatkan Baby Daniel Firman Faizal hari tu.
“Saya tak pernah cerita kat awak part ni.Bila Jai bgtau pada saya & memey yg awak tumpah darah dan nak kena selamatkan SALAH SEORANG,masa tu saya terasa dunia berhenti sekejap.Saya tgk memey,memey tgk saya dan terus kitaorang nangis2.
“Spontaneously memey suruh saya pergi dulu bawak motor ke hospital,buat apa2 yg sepatutnya & bagi support kat Jai.
“Masa tu hujan lebat bok,saya bawak motor full throttle sampai terangkat2 tayar depan pergi hospital.Saya nangis dongak ke langit mohon pada Allah s.w.t tolong selamatkan kedua2 awak & Baby Daniel sbb kan salah satu doa yg in shaa Allah mustajab adalah masa tgh hujan.Org takkan perasan sy menangis masa tu sbb dah tak boleh nak bezakan antara air hujan & air mata.
“Masa insiden tu Bok,baru kitaorang sedar yg kitaorang sangat menyayangi awak Lillahita’ala.Hanya Allah s.w.t,saya, @memeysuhaiza , @jaiezzany yg tahu kasih sayang kita ni.Long story short,alhamdulillah Allah s.w.t perkenankan doa saya & beribu2 yg lain yg berterusan doakan awak & Baby Daniel sampai ke hari ni alhamdulillah syukur,” kongsinya.
Bersyukur dikurniakan umur panjang, Norman dan isterinya, Memey Suhaiza sama-sama meraikan hari jadi Abby di sebuah restoran.
“Dan hari ni Allah s.w.t bagi izin utk awak bernafas utk ulangtahun kelahiran yg ke sekian kali bersama Baby Daniel & yang tersayang.Kitaorang sayang awak sangat2 Bok.Awak insan hebat yg mempunyai hati & aura yg luar biasa.Dan saya personally berterima kasih banyak2 kat awak & jugak @memeysuhaiza sentiasa berusaha menjadi Mama & Mummy terbaik buat anak6 saya dengan izin dariNya
“We u Bok.Semoga awak sentiasa didalam lindungan,rahmat & kasih sayang Allah s.w.t Aamiin Ya Rabb,” titip Norman yang menggelar Abby sebagai Bok.
Sementara itu, Memey turut menitip ucapan buat Abby di Instagram miliknya.
“Assalammualaikum. Sy mulakan update ig saya hari ni dgn ucapan birthday utk kesayangan saya ni @abby_abadi112 ❤ Saya tak tau nk tulis apa.. buntu.. tulis padam,tulis padam dr td 😅 Sebab ….kalau nak digambarkan dgn kata2… terlalu byk kebaikan & kasih sayang yg tak mampu sy luahkan dgn kata2… Allah sahaja yg maha mengetahui..
“Apa yg saya boleh harap & selalu berdoa , Semoga insan bernama @abby_abadi112 ini sentiasa dalam lindungan & rahmat Allah.. diberi kebahgiaan ,kesihatan yg baik,umur yg diberkati & semoga selalu didekatkan segala yg baik2 untuknya,” tulisnya.
Dalam pada itu, Memey turut mendoakan agar pelakon drama Gerak Khas itu dilindungi dan diberkati Allah.
“I love u soooooooooooo much ❤ Syukur utk segala nikmat kasih sayang ni.. Semoga kita semua trs hidup dlm berkasih sayang💋 Happy Birthday kakak ku ❤ Jom ramai2 wish birthday kakak sy & pls doakan yg baik2 untuknya juga.. Semoga segala doa yg baik2 tu akn berbalik pada u all juga ..Amin,” titipnya.
Terdahulu, arwah pernah menjalani pembedahan membuang batu dalam perut pada 12 Mac lalu sebelum disahkan menghidap kanser perut tahap empat Oktober lalu.
Doktor turut memaklumkan ibunya yang berusia 79 tahun itu mempunyai jangka hayat selama enam bulan hingga setahun untuk hidup.
Foto: Instagram Roslan Shah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menerusi perkongsian di laman sosial miliknya, Datin Rebecca Nur Al Islam meluahkan kesedihan gara-gara barangan kemas hadiah hantaran perkahwinannya berjenama Chopard hilang.
Tidak mahu menuduh, namun jelas wanita ini, hanya dia dan suami serta tiga pembantu rumah sahaja mempunyai akses untuk keluar masuk bilik tidurnya.
“Assalamualaikum. Hari ini saya sedang sedih sangat tapi tak tahu bagaimana nak khabarkan. Sebagaimana yang dikongsikan di IG Story saya tadi, rantai dan gelang itu merupakan hantaran kahwin berjenama Chopard. Saya sayang sangat dan jarang memakainya.
“Saya simpan di atas almari mekap. Selain daripada suami dan saya ada akses ke bilik tidur, tiga pembantu rumah juga boleh masuk ke bilik tidur.
“Tiga pembantu rumah yang dibenarkan masuk adalah yang sentiasa mengemas bilik saya, dua orang sudah balik dan tinggal seorang dan akan balik pada bulan satu.
“Kalau dalam Islam, jika tidak nampak, kita tidak boleh menuduh. Namun saya sangat ralat dan sedih. Serba tidak kena dan rasa hendak menangis.
“Rasa seperti mimpi ngeri. Minta-minta Allah gantikan apa yang hilang dengan lebih baik.
“Mungkin jodoh saya dengan rantai dan gelang sampai di sini. Saya mengadu kepada suami dan suami minta saya reda dan berdoa banyak-banyak.
“Semua pembantu rumah saya mempunyai IG dan tahu saya amat menyayangi mereka. Saya tidak mahu menuduh, namun katakanlah antara ketiga-tiga pembantu rumah ini ada terambil. Bila buat salah, saya sentiasa memaafkan.
“Tapi tolong pulangkan. Ia adalah pemberian suami selama kami berkahwin 10 tahun. Semoga saya kuat,” luahnya dalam nada sebak.
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.