Pelakon dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob menitipkan ucapan istimewa buat isteri tercinta, Datin Azrene Ahmad bersempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-17.

Menurut Fazley, pelbagai cabaran telah dia dan isteri tempuhi bagi melayari bahtera perkahwinan disamping kehadiran empat orang cahaya mata.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob)

“17 tahun hari ini. Satu perjalanan yang sangat indah. 17 tahun lamanya bersama empat orang anak bukan perjalanan yang mudah.

“Kami melalui pelbagai liku-liku pedih, perit dan siksa dari awal perkahwinan sebelum mampu tiba ke 7 November 2023. 17 tahun pernikahan telah berlangsung,” tulisnya.

Nukilan itu dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Asmara Ini itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.

“Kereta Tetamu Ditoreh Dengan Pisau & Batu,” – Fazley Yaakob Throwback Kejadian Majlis Resepsi “Kereta Tetamu Ditoreh Dengan Pisau & Batu,” – Fazley Yaakob Throwback Kejadian Majlis Resepsi

IKLAN

Dalam pada itu, Fazley turut berkongsi mengenak kejadian aneh yang berlaku ketika majlis resepsi mereka dahulu.

“Gambar-gambar ini saya kongsikan dari majlis persandingan kami yang penuh dengan air mata di Gedung Lalang, Seremban, Negeri Semblian.

“Masih teringat semua kereta-kereta tetamu di toreh tajam dengan pisau dan batu kerana menghadiri majlis kami. Pelbagai lagi perkara mistik yang turut kami tempuhi ketika itu.

“Syukur pada Allah. Semua yang cuba digagalkan, Allah tetap merahmati dan mengizinkan berlangsungnya majlis kami,” kongsinya lagi.

IKLAN

“Kereta Tetamu Ditoreh Dengan Pisau & Batu,” – Fazley Yaakob Throwback Kejadian Majlis Resepsi

Pada masa sama, Fazley turut merakamkan ucapan penghargaan buat isterinya yang kini difahamkan sedang menyertai ekspedisi mendaki kem pengkalan Gunung Everest.

“Terima kasih adik sayang kerana menjadi teman terbaik, pasangan yang sangat memahamk dan ibu kepada anak-anak kita. Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-17.

IKLAN

“Selamat mendaki ke Everest Base Camp. Saya dan anak-anak akan menantikan kepulangan awak 27 hari lagi. Bismillah,” akhirinya.

“Kereta Tetamu Ditoreh Dengan Pisau & Batu,” – Fazley Yaakob Throwback Kejadian Majlis Resepsi

Sekadar informasi, Fazley dan Azrene telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 7 November 2006.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu mata iaitu Ahmad Fariedz Shah, Ahmad Fieradz Shah, Ahmad Firudz Shah dan Alayna Selma.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Fazley Yaakob & Azrene Ahmad

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI