Gara-gara beberapa kali mengalami kemalangan, pelakon Raja Atiq pernah diminta bapa untuk menjual motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki Z1000 miliknya.

Menurut Atiq atau nama sebenarnya, Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah, 22, kali terakhir dia kemalangan adalah pada Mac lalu ketika mengikuti konvoi bersama rakan artis seperti Tajul dan Afieq Shazwan di Bukit Fraser, Pahang.

Kerap Kemalangan, Bapa Raja Atiq Pesan Jaga Muka – “Jika Ada Parut, Secara Tidak Langsung Akan Jejaskan Sumber Rezeki Saya.” Kerap Kemalangan, Bapa Raja Atiq Pesan Jaga Muka – “Jika Ada Parut, Secara Tidak Langsung Akan Jejaskan Sumber Rezeki Saya.”

“Selepas kemalangan baru-baru ini, saya masih berfikir sama ada untuk membaiki atau jual motor. Orang kata, jangan gunakan lagi kerana badi bimbang akan kemalangan sekali lagi.

“Abi (ayah) kata sudah dua kali kemalangan dengan motor yang sama, lebih baik dijual sahaja.  Lagipun saya baru berusia 22 tahun, bagi Abi, saya masih terlalu muda untuk bawa motosikal berkuasa tinggi.

“Sebenarnya, sudah banyak kali saya kemalangan motosikal dan cuma sekali ketika menaiki kereta.

IKLAN

Kerap Kemalangan, Bapa Raja Atiq Pesan Jaga Muka – “Jika Ada Parut, Secara Tidak Langsung Akan Jejaskan Sumber Rezeki Saya.” Kerap Kemalangan, Bapa Raja Atiq Pesan Jaga Muka – “Jika Ada Parut, Secara Tidak Langsung Akan Jejaskan Sumber Rezeki Saya.”

“Memang saya masih fobia walaupun sudah dua bulan kemalangan, sakit pada bahagian bahu masih lagi terasa,” katanya kepada MH.

Pelakon yang popular menerusi drama rantaian Nur itu turut menambah, bapanya juga berpesan agar sentiasa berhati-hati ketika di jalan raya kerana wajah dan rupa paras merupakan aset dirinya sebagai seorang pelakon.

IKLAN

Kerap Kemalangan, Bapa Raja Atiq Pesan Jaga Muka – “Jika Ada Parut, Secara Tidak Langsung Akan Jejaskan Sumber Rezeki Saya.” Kerap Kemalangan, Bapa Raja Atiq Pesan Jaga Muka – “Jika Ada Parut, Secara Tidak Langsung Akan Jejaskan Sumber Rezeki Saya.”

“Saya tidak serik untuk menunggang motosikal kerana memang minat.  Cuma kini, saya lebih berhati-hati.

“Abi pun ada pesan, wajah dan badan saya adalah aset untuk karier seni, jika cedera atau ada parut, secara tidak langsung akan menjejaskan sumber rezeki saya.

IKLAN

“Saya pula memang tak pandai nak buat kerja lain selain daripada berlakon,” katanya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Raja Atiq

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI